Sunday, September 30, 2007

MUSIM ANGGUR KAT SYRIA....
Anggur adalah sejenis buah yang hidup subur di bumi syria. Di syria sahaja terdapat beberapa jenis anggur yang enak untuk dinikmati. Antaranya anggur yang berwarna hijau dan memanjang, ada yang warna unggu, bulat macam biji guli, ada yang warna hitam, kecil bulatannya dan ada yang warna unggu tetapi memanjang. Apa yang aku nak cerita kat sini adalah kemewahan buah anggur yang banyak kat sini. Tahun lepas aku pernah balik malaysia dan aku pun bershooping kat Souq Al-Bukhari yang baru buka bersebelahan Yayasan Al-Bukhari. Hari aku pi situ, aku tengok orang mengerumun satu bahagian. Paling ramai adalah warga cina. Aku pun mengajak mak aku melihat apa yang mereka kerumun tu. Mana tau kot-kot barang jatuh harga Rupa-rupanya mereka sedang memilih untuk membeli anggur yang harganya sekilo RM 6.99. aku pun terus berkata secara tak sengaja kepada mak aku “ Mahalnya harga anggur kat sini, kalau tempat chaq ngaji sekilo hanya RM 2.00.” tiba-tiba ada seorang warga cina kat situ terus mengalih mukanya pada aku dan seraya berkata “ Aiya, lu tipu ka??mana ada tempat yang jual buah anggur mulah macam tu??”. Aku pun membalas balik “ Apek, tempat saya ngaji, depan umah pun ada tanam pokok anggur, sana budak-budak main guli pakai buah anggur ”. apek tu menjawab “ itu macam ka??? Apa nama tempat tu ”. aku pun menceritakan tempat aku ngaji yang banyak buah anggur. Sambil tu aku menyelit dakwah kepadanya. Inilah antara nikmat Allah dibumi syam. Lepas ni kalau balik malaysia, mana mungkin kita akan berjumpa anggur yang murah lagi...
(inilah antara perkara yang buat aku sayang sangat nak tinggal syria selain dua tiga benda lagi )

Wednesday, August 29, 2007

Perjalanan Umrah 2....
Kami sampai di sempadan Syria-Jordan tepat pukul 3.00 pagi. Walaupun aku masih dalam keadaan mamun lagi (baru bangun tido katakan). Yer lah. Tengah sedap tido orang gerak nak cop pasport plak. Nak marah pun ada. Tapi kenalah kontrol. Nanti tak dapat visa plak kan??lebih kurang 3 jam kami terpaksa melangut kat sana. Cop pasport kami sat jer, yang lama tu nak cop pasport rakyat syria yang ikut rombongan kami ke umrah. Cop pasport kami hanya 5 minit jer. Tapi alhamdulillah aku dan sahabat aku sempat mendirikan solat subuh kat sempadan tu sebelum kami bertolak ke sempadan Jordan-Saudi. Pukul 6.30 pagi kami bertolak ke sempadan Jordan-Saudi. Sepanjang perjalanan, aku asyik memandang kearah tingkap. Maklumlah kali pertama aku datang Jordan. Sebelum ni ada gak hasrat hati nak g sana, tapi bila fikir nak masuk Jordan kena bayar visa sebanyak 10 dinar Jordan, aku terpaksa batalkan hasrat tu. Tapi kali ni terpaksa bayar gak la. Kalau tak, pakai tak pi umrah la aku. Sepanjang perjalanan di Jordan, hanya yang dapat aku lihat padang pasir jer. Rasa sakit mata plak tengok. Yer lah, dah tak ada apa nak dilihat selain padang pasir jer. Kan??? Alhamdulillah, kami sampai kat sempadan Jordan-saudi tepat pukul 8.30 pagi. Waktu ni lah yang paling mendebar bagi aku dan kawan aku. Sebelum ni macam-macam yang kami dengar dari kawan-kawan yang dah pernah g umrah. Ada yang bagitau kat sempadan ni lah bas akan di scan. Anjing akan naik atas bas untuk periksa kalau-kalau ada benda yang tak elok. Tapi kami tawakal ajelah. Biarlah pasal tu. Yang penting sekarang kami nak kena cop pasport dulu. Tapi ada hal plak masa nak cop pasport. Immegresen saudi tak mau cop pasport kami. Tak tau la pasal apa. Tapi selepas itu, ada sorang mamat tu, pekerja immegresen jugak la tengok aku, pastu dia tanya pasal bola sepak malaysia yang kalah teruk masa kejohanan Piala Asia, mereka terus gelak kan aku. Tapi yang rahmatnya, masa diorang gelak, diorang mahu juga cop pasport kami. Dalam hati aku berkata "lantak korang la nak gelakkan aku ker, asalkan pasport aku dicop dan dibenarkan masuk Saudi". Lepas tu, bas kami pun bergerak untuk di periksa. Aku la orang yang pertama turunkan beg. Tapi dalam masa aku nak turunkan beg tu, tiba-tiba jer drebar bas suruh aku masukkan balik beg aku. Katanya bas kita tak perlu diperiksa. Alhamdulillah selesai gak urusan di sempadan. Sekarang masa bertolak ke Mekkah Al-Mukarramah....Perjalanan Umrah 3..........(Sepanjang Jalan Ke Mekkah Al-Mukarramah
Perjalanan Umrah 1....
Tarikh 26 jun 2007, selepas habis menduduki peperiksaan di universiti, aku dan kawan baik aku mendaftarkan nama untuk mengerjakan umrah di tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Aku bercadang nak ambil pakej khas untuk aku. Awalnya bercadang tak mau berkongsi bilik dengan arab. Sebab kawan aku memang ambil pakej khas sebab dia dah berkeluarga. Tapi akhirnya aku pun ambil juga bilik yang berkongsi ngan arab. Dapat juga aku menguatkan bahasa arab aku. Alhmdulillah, pada 17 julai 2007, aku pergi ke maktab yang kami daftar nama tu, aku diberitahu yang visa untuk kami ke umrah dah dapat. Apa lagi, aku bagaikan nak melompat kegembiraan. Selesai juga masalah visa yang selama ni hampir sebulan kami menunggu. Pada malam tu, aku pun datang ngan kawan aku ke maktab tu sekali lagi untuk bincang keberangkatan ke sana. Kami akan bertolak pada keesokannya. Pukul 12 tengah malam. Esoknya aku jadi sibuk sangat. Aku ngan kawan aku ni keluar awal pagi lagi. Pertama kami pergi ke immegresen untuk cop pasport atau pun memohon untuk keluar syria. Sebab ini prosuder bagi yang ada visa pelajar. Di situ sahaja hampir dua jam. Tapi akhirnya selesai gak. Alhamdulillah.... Lepas tu kami bergegas ke kedutaan jordan untuk ambil visa masuk jordan. Ye la, nak masuk negara orang kena la bayaran. Tapi kami batalkan hasrat untuk visa disitu sebab dah panjang sangat orang beratur. Kami pun bercadang ambil di sempadan je lah.petang tu aku balik dalam keadaan letih yang amat. Mana nak siapkan tugas aku lagi. Mana nak telefon keluarga di malaysia lagi. Tapi alhamdulillah, allah melapangkan masa aku. Aku dapat buat semua tu walaupun letih sikit. Malam tu, aku pun keluar rumah pada pukul 10 malam untuk ke stesen bas ke sana. Tapi ada masalah sikit. Arab yang satu rombongan ngan kami datang lambat. Hampir dua jam kami menunggu. Tepat pada pukul 1.30 pagi, bas kami pun bergerak ke sana. Alhamdulillah, bergerak gak bas kami. Tunggu sambungan Perjalanan Umrah 2.............

Friday, July 13, 2007

Roti Canai Bayt Jiran Kubur.....
Satu hari tu, aku teringin nak makan roti canai. Tak tau la sebab pa teringin sangat. Aku boleh pi beli roti canai kat kedai Rufaqa’ kat sini, tapi kali ni teringin nak buat sendiri. Aku pun keluar la beli bahan-bahan untuk buat roti canai. Dah beli semua barang, kami pun buat la roti canai tu ikut petua yang diberikan oleh sahabat serumah aku. Kami uli tepung, campur dengan telur ayam, mentega lagi, air. Ikut sukatan dan petua katakan. Bang gugar pun uli punya sakan. Sampai lenguh tangan-tangan. Dia paling pulun sekali. Nak makan roti canai air tangan sendiri. Aku tolong-tolong jer. Jeng-jeng, bila dah habis uli, kami pun peram la semalaman tepung yang dah diuli tadi. Cadang esok nak tebar. Esoknya, tak boleh nak tebar tepung tadi. Dah jadi melekat semua. Kami pun heran. Dah ikut petua pun jadi macam ni lagi. Apsal???? Rupa-rupanya aku terlebih masukkan air. Tak jadi roti canai terus jadi lempeng. Hahaha.......tu lah nak makan buatan sendiri, kena beli jugak....yang letihnya banggugar....
( Tak per banggugar, lepaih ni kita cuba buat murtabak plak....bab uli menguli ni bnggugar ada.....lepaih dah siap, jemput semua kawan-kawan mai makan. Tunggu jemputan kami yer )

Wednesday, July 4, 2007

Selamat Berjuang Sahabat-sahabatku Di Bumi Malaysia....
Tahun ni, ramai pelajar malaysia di syria pulang ke tanah air. Ada yang pulang kerana sudah tamat pengajian, ada pula yang pulang bercuti, dan juga yang pulang untuk mendirikan rumah tangga dan sebagainya. Tapi aku tak balik tahun ni. Sebab tahun lepas aku dah balik. Cukup lah balik tahun lepas. Biarlah aku habiskan pengajian dulu baru balik. Dah tak lama dah kat sini. Lagipun tahun ni aku dah rancang nak menunaikan umrah bersama sahabat baik aku. Dah daftar nama dah. Cuma sekarang hanya tunggu visa keluar sahaja. Kat sini aku cuma nak ucapkan kepada teman-temanku yang pulang ke tanah air, selamat berjuang menegakkan kebenaran di sana. Macam hari ni, sahabat serumah aku, hassan pulang ke malaysia. Dah 5 tahun dia tak balik. Semoga dapat menempuhi alam baru kat malaysia. Dan jangan lupa, masyarakat mengharapkan orang yang cerdik pandai dalam islam untuk memperbaiki mereka. Ust Firdaus pernah berkata dalam satu forum minggu lepas, dia cakap masyarakat malaysia sangat dahagakan ilmu. Jadi, pelajar islam la yang akan menyedarkan mereka. Jangan hanya nak berjalan sahaja. Bila balik sini, bawalah buah tangan dari malaysia untuk kami kat sini yang tak balik.
( Selamat pulang dan berjuang dan selamat kembali ke syria nanti )

Sunday, June 10, 2007

Itqan Dah Terbit......
Pertama kali aku nak ucap tahniah kepada team Itqan kerana berjaya menerbitkan lagi majalah rasmi PPMS buat kesekelian kalinya. Walaupun penerbitannya kali ni terlewat dari jangkaan. Tapi kesungguhan kalian harus dipuji. Cuma lepas ni jangan lewatkan lagi yer. Bagi aku pula, Itqan kali ni sangat-sangat aku tunggu. Pada Itqan kli ni menyiarkan artikel tulisan aku. Rasa gementar pulak. Sebab ni la kali pertama aku menulis untuk majalah rasmi Persatuan kat sini. Bukan tak pernah menulis artikel, tapi kali ni lain sikit. Dalam artikel kali ni, aku bawa banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah. Aku risau orang payah faham. Sebab aku ada jumpa tok guru aku kat sini ataupun lebih kurang penasihat tak rasmi bagi aku dan aku bertanya pendapat dia tentang artikel aku, dia jawab “ Artikel macam anta tulis memerlukan kefahaman yang tinggi. Susah nak jumpa penulis macam anta lagi. Hanya orang yang tertentu sahaja faham tulisan anta ”. dan dia pun ucap tahniah kat aku dengan artikel aku kali ni. Aku nak rasa bangga pun tak boleh la. Sebab ramai lagi penulis-penulis yang hebat dari aku. Banyak lagi yang aku harus belajar untuk memperkemaskan tulisan aku. Entahlah, hati ni teringin sangat nak jadi penulis. Penulis yng mengajak manusia kearah kebaikan. Aku harus belajar lagi bagaimana nak sampai maksud aku melalui tulisan aku. Yer lah, dah penasihat aku kata, hanya orang tertentu memahami tulis aku. Apa yang aku ingin, aku nak semua pembaca memahami tulisan aku. Musim cuti panas kali ni aku dah da program. Kali ni aku nak siapkan dua buah buku yang bertajuk “ HIKMAH MENDIRIKAN SEMBAHYANG dan MENGEMBALIKAN KEDAULATAN ISLAM ”. Aku berdoa agar niat aku ni terlaksana. Kepada semua sahabat, nantikan kemunculan buku ni. Dan aku berharap pembaca dapat ambil manafaat dari tulisan aku. Dan aku akan terus menulis selagi mampu untuk Itqan.
Terima Kasih Buat Team Itqan Kerana Menyiarkan Artikel Aku............
(“ Ya Allah, kau tetapkanlah hati aku di jalanMu. Jauhkanlah aku dari sikap bangga diri. Segala-galanya dariMu. Aku hanyalah insan kecil yang mengharap keredhaanMu. Maklbulkanlah impianku ni Ya Rabb ” Dan artikel aku dalam Itqan bertajuk KEADILAN SUATU TUNTUTAN. .)
Terima Kasih Teman-Teman Seperjuangan.....
Tinggal diluar negara, jauh dari keluarga sangat mencabar kehidupanku. Dulu, aku ada mak, abah, tok dan tok wan kalau aku ada apa-apa masalah. Kini hanyalah kawan-kawan disekeliling. Kawan-kawan kat sini dah diibaratkan macam keluarga. Masing-masing saling mengharap. Aku rasa bersyukur bertemu dengan sahabat-sahabat disini. Ada yang sudi menolong aku, memberi tunjuk ajar kepada aku baik dalam masalah pengajian ataupun masalah persatuan ataupun lain-lain masalah. Banyak yang ku dapat belajar dari teman-temanku ni. Bahkan buat blog ni pun aku belajar dari sahabat aku namanya “ Hassan dan Siddiq ” Dua orang ni tinggal satu umah ngan aku. Terima kasih banyak-banyak.. Kepada Muazzin pelajar malaysia kat syria, Bilal, aku cukup senang ngan dia. Walaupun aku hanya kenal dia sebulan dua sebelum datang sini,tapi dia banyak bantu aku. Banyak bagi nasihat kat aku. Selalunya,segala masalah aku,dia akan dengar dan bagi nasihat yang berguna. Buat Aswad dan Isteri (kak jihah), sejuta penghargaanku buat kalian yang sentiasa jamu aku macam-macam kalau aku p rumah diorang ni. Ni la rahmat orang bujang kalau p umah orang kawin. Jangan marah Aswad....!!!! Dan tak lupa gak anak cilik Aswad, Ahmad Fawwaz Naufal yang sentiasa menceriakan keadaan. Aku ni selalu pegi umah diorang ni. Bukan nak gi makan la. Kadang-kadang tu g main anak dia. Takpun mengulangkaji sekali ngan Aswad. Aku ngan dia satu kelas. Takpun saja gi menyembang. Sebelah akhawat plak, tak lupa aku ucap terima kasih buat kak pah dah kawan-kawannya. Kadang-kadang tu aku saja usik kak pah suruh buat karipap ke, buat kek coklat ke. Tapi dia buat sungguh oi...Terus ahli umah aku kata macam-macam. Tapi bagi aku, kak pah ni ibarat kak aku jer.tak lebih dari tu. Sebab aku pun dah ada yang perkenan di hati. Tapi ada kat malaysia la. Bukan akhawat sini....hehehe....tapi, aku cukup risau ngan aswad la. Dia ni dah kawin. Silap-silap dia bagitau kat kak pah, mati aku. Jangan buat macam tu aswad noooo...Aku dah jadi milik orang...hahaha...korang jangan salah faham plak dengan entri ni. Sebenarnya aku nak tenangkan hati aku waktu ni. Tengah serabut exam katakan..............
( kepada sahabat-sahabat yang tak dapat ku sebut nama satu persatu,terima kasih gak aku ucap atas segala pertolongan korang)
Keceriaan Bayt Jiran Kubur, Ruknuddin, Damsyik....
Semua orang nak kepada kegembiraan dan kecerian. Kecerian dan kegembiraan menunjukkan seseorang tu dalam keadaan senang. Macam tu lah kami ahli-ahli rumah jiran kubur yang terletak di tengah-tengah bukit qosiyun, berjiran dengan kubur. Aku rasa seronok sangat dok kat rumah ni. Kadang-kadang tu rasa bengang pun ada. Biasalah manusia kan. Apa yang aku nak gambarkan kat sini adalah keceriaan. Riuh satu rumah. Kami ni 8 orang penghuni rumah tu. Macam-macam perangailah. Ada yang perangai Siru (tak boleh kira langsung), ada gak perangai yang dia ni sorang jer betul orang lain salah, ada yang ceria, macam-macam lagi lah. Bak kata iklan Astro “ macam-macam ada ”. Tapi semuanya ceria. Macam aku plak, kadang-kadang tu saja cari pasal ngan orang. Bukan nak gaduh tapi saja menceriakan keadaan. Kat umah aku adalah sorang kawan aku tu, badan dia ni berisi la sikit. Aku pulak boleh kata dalam kategori kurang makanan dan zat (hahahaha),maknanya kureng berisi lah. Aku ni selalu cakap kat dia “ hang ni sekali aku taboh, bersepai tulang rusuk, berselerak gigi ”. Terus kawan-kawan umah ku cakap “ tulang rusuk dia berterabur ke tulang rusuk hang berselerak ???”. Pastu kami semua pakat gelak...Lebih kurang bunyi macam hantu raya....HAHAHAHAHAHA...... Ntahlah, aku suka sangat menyakat orang. Kadang-kadang tu aku nyakat sorang kawan aku kat umah ni gak, orang panggil dia Che Mat. Pernah sekali aku nyakat dia dalam keadaan aku pegang nasi dalam pinggan, terus dia cakap “ sat lagi sekali nasi dalam pinggan tu ngan orangnya terterap ”. Maksudnya kena belasah la. Tapi setakat ni aku belum lagi la kena taboh ker ataupun kena belasah. Dan aku pun tak berasa teringin nak jadi orang pertama kena taboh. Aku tak mau, tak mau oooooo.......Aku saja seronok-seronok...Aku akan teruskan kecerian macam ni...
( rumahku syurgaku..inilah rumah sewa yang paling ceria pernah aku tinggal. Dan aku akan terus tinggal kat sini sampai habis ngaji. Tapi kalau aku jadi macam Zulhimi dan Aswad, terpaksa lah pindah. )

Thursday, June 7, 2007

Syukur Kepada Allah.....
Syukur kepada Allah tuntutan kepada semua umat islam. Kita semua mestilah sentiasa bersyukur kepadaNya. Sebab Allah kan Pencipta kita. Kepada sapa kita nak bersyukur kalau bukan kepada Dia???..Entahlah, kenapa aku nak tulis tajuk ni kali ni. Apa yang aku nak ceritakan tentang kehidupan aku kat sini. Kalau dulu mak aku bagi RM1000 kat aku, aku belanja dalam masa 3 bulan jer. Tapi tahun ni, mak aku bagi sebulan RM200 jer kat aku. Alhamdulillah, sentiasa cukup. Aku pun kadang-kadang rasa pelik gak. Macam mana boleh cukup dengan duit sebanyak tu??? Tapi inilah rahmat Allah. Tapi kadang-kadang tu aku pinjam gak duit umah. Malas nak g bank kerap-kerap. Aku pi bank pun sebulan sekali. Jadi pinjam la kt umah dulu. Cukup bulan aku bayar. Bukan pinjam sebab tak cukup duit tapi macam aku cerita tadi la. Malas nak g bank kerap-kerap. Mungkin duit ni aku belanja kearah kebaikan. Tu yang cukup tu. Rasa-rasanya kot. Mak aku pun pelik gak, selalu tanya, cukup ker duit banyak tu??? Aku harap rahmat Allah ni berpanjangan buat aku. Ye lah, kadang-kadang bila jalan, ada jer arab baik hati bagi aku duit. Bila naik servis (pengangkutan awam) ada jer yang baik hati tolong bayar kat aku. Terima kasih banyak-banyak. Semoga yang baik hati ngan aku tu, dirahmati Allah selalu.
( Ya Allah, Kau rahmatilah orang yang baik hati sesama umat islam)
Lain kak pah bagi petua, lain aku buat.........
Semalam aku p souq, pastu ada arab baik hati bagi aku sejenis cendawan (aku rasa cendawan la) tapi aku tak tau apa nama dia. Cendawan tu sebesar kepala lutut. Bila aku balik umah, aku pun tak tau nak masak apa ngan cendawan tu. Kali pertama dapat. Sebelum ni makan jer tapi kali ni kena masak. Mampos aku....Aku pun tanya la sahabat-sahabat umah ku, “macam mana nak masak ni???” semua pakat geleng kepala. Tak tau la tu. Aku pun fikir-fikir, nak buat macam mana ni???. Tiba-tiba aku teringat sorang akhawat kat sini yang aku panggil KAK PAH. Aku senang ngan dia. Senang macam mana???. Yer la, sebab aku minta tolong ngan dia, dia ringan tangan jer tolong aku. Bukan ringan tangan nak tampar aku. Aku terus menelefon dia, tanya macam mana nak masak cendawan ni???. Dia bagitau aku masaklah ngan spageti ker, masak ngan cabai ker, atau apa-apa jelah. Bila dengar jer apa-apa je lah, aku terus nak masukkan dalam masakan aku haritu. Sebab aritu aku giliran aku masak. Waktu tu pulak aku tengah masak lauk kurma. Aku pun dengan selambanya, masukkan cendawan tu (ala-ala Chef Wanz). Tiba-tiba kak pah telefon aku, tanya masak apa cendawan tu, aku pun jawab lah masak kurma dengan buat muka tak bersalah. Tiba-tiba dia marah aku, “mana boleh masak kurma” kata dia. “Cendawan tu kena goreng atau masak cabai.” Alamak!!! mati aku, dah masak dah. Nak buat macam mana ni???. Aku jadi gelabah puyuh. Tapi aku tenangkan diri. Biarlah apa nak jadi. Kalau sakit perut, satu rumah sakit perut. Jahatlah pulak aku ni. Ye la...Nak buang???. Nak mampos..Tapi lepaih jer kami makan, tak da apa-apa yang terjadi. Alhamdulillah...
Sedaplah pulak...Sempoi tak aku masak kak pah???...
( Lepaih ni aku tobat dah masak cendawan tu. Tapi lepaih ni aku dah tak masak dah. Yer lah, sayangku yang ngaji kat kolej islam perak tu akan masakkan untuk aku pula. Boleh kan sayang???)

Friday, June 1, 2007


Majlis Di Abu Nour....
Malam semalam (khamis,31 Mei 2007), aku berkesempatan mengikuti satu majlis yang diadakan di Abu Nour. Majlis tersebut bertujuan menyatakan sokongan kepada Presiden Syria. Baru-baru ni negara Syria telah mengadakan pungutan suara menyatakan sokongan kepada Presidennya. Majlis itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam Syria. Turut serta adalah Mudir Am Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro, tempat aku ngaji la...Majlis itu juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan thaqofah antara islam dan kristian. Kerana yang hadir pada majlis itu juga terdiri dari Syeikh-syeikh islam dan Paderi-paderi syria. Aku nak cerita lebih pun aku tak tau. Ye lah, aku masuk setengah jalan je majlis tu. Lepaih tu aku pun angkat kaki la. Balik la jawabnyer. Periksa dah nak dekat. Tak leh la lama-lama kat luar. Buku banyak lagi tak baca daaa...........
(Semoga Allah terus lindungi syria dan berikan kejayaan padaku dalam imtihan kali ni)
Aku bengang ...........
Satu petang tu, aku rasa boring sangat-sangat dok kat umah. Aku pun pegi la umah sahabat baik aku. Nama dia Aswad. Dia ni dah kawin. Cadang tu nak ambil anak dia. Saja nak main-main ngan anak dia. Tak pun nak bawa anak dia jalan-jalan. Sampai jer aku kat umah dia, aku pun tekan loceng. Pastu aku dengar satu suara bertanya “ sapa???”. Aku pun jawab, “ Mat Nipi “. Pastu dia pun buka lah pintu. “ Masukla ” kata dia. Aku cakap kat dia nak ambil anak dia nak bawa jalan-jalan. Dia bagitau Fawwaz (Anak dia la) tido. Takpelah kata aku. Pastu dia ajak aku p shopping kat souq. Aku pun no hal la..memang dah aku boring. Orang ajak berjalan, ok la tu...Seronoknya aku...Kami pun g la shopping. Beli ayam, beras dan berbagai lagi lah..Aku bukan bengang teman dia jalan-jalan shopping. Janganla korang salah faham. Yang aku bengang adalah bila aku balik ngan dia dari shopping.. Ketika kami naik bukit, maklumlah umah kami atas bukit, adalah sebuah kereta Mercedes belakang kami. Pemandu kete tu asyik dok hon kami, nak minta laluan. Kami nak bagi lalauan pun tak boleh sebab kiri kanan kami ada kereta parking. Ye la, perangai arab ni teruk. Parking kete ikut hati dia..Tiba-tiba pemandu tu rapati kami dan terus menolak aku. Kononnya aku ganggau jalan dia. Aku pun rasa nak naik marah. Tapi bila fikir aku ngaji syariah, kenalah sabar. Kalau ikut hati tu, silap-silap pemandu tu makan selipar aku jer. Tak pun aku nak ambil batu, baling, biar pecah cermin kete dia. Belagak...mentang-mentang naik Mercedes..Terus sahabat aku baca hadis yang mana Rasulullah marah kalau perangai macam ni. Ye la, dah naik kete besar, belagak sampai tolak pejalan kaki...
( Semoga Allah kekalkan kesabaran ku. Jauhilah dari sifat panas baran. Amin)


Pilihnraya Parlimen Syria...
Pada 22 April 2007 lepas ada satu program besar kat sini. Pilihanraya Majlis Parlimen Syria telah berlansung dengan meriah. Macam pilihanraya kat Malaysia. Masing-masing berkempen untuk memenangkan calon pilihan. Tak terkecuali yang bertanding adalah pensyarah aku.Pensyarah aku ni Dekan Kuliah Syariah tempat aku ngaji. Syeikh Dr Abd Salam Rajih namanya. Mula-mula aku tak berapa percaya yang syeikh aku ni bertanding, tapi bila dah tengok poster dia, sungguh aih, dia bertanding. Ye la, dalam kelas dia tak pernah cerita pun. Alhamdulillah, beliau telah menang. Tapi yang seksanya, beliau terlalu sibuk ngan jawatan ahli parlimen, kelas pun dah tak masuk. Tup-tup, bila kami tanya, “sampai mana masuk, syeikh, periksa nanti???” ( subjek yang beliau ajar ), beliau terus cakap “satu kitab”. Mampos aku. Ye la, dah la subjek Undang-undang Perkahwinan. Aku pula tak kawin lagi. Kalau aku macam Zulhimi, tak pelah kot. Mati aku. Tapi, aku bangga sebab pensyarah aku menang. Bermakna bakti beliau pada rakyat syria dibalas. Semoga Syeikh terus berbakti pada agama, bangsa, dan negara.
( Undilah Calon yang berjiwa islam...Membangun bersama Islam )
Sahabat Baik Aku Dah Kawin...
“ Wahai pemuda, jika kamu mampu berkahwin, kahwinlah. Sesungguhnya kahwin itu dapat menjaga pandangan kamu dan memelihara kemaluan kamu. Dan jika kamu tidak mampu, maka berpuasalah. Kerana puasa itu dapat menahan nafsu kamu ”....
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. Tanggal 12 April 2007, sahabat baik aku, Zulhimi Bin Abd Rahman selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Raidah Bte Ahmad. Rasanya belum lagi terlambat untuk aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia Hingga Anak Cucu. Memang aku tak jangka...sebab aku ingat dia main-main. Ye la, aku balik malaysia dengan dia, mai syria pun ngan dia..Masa kami musafir, dia banyak cakap pasal kawin. Aku pula tak ambil possing sangat apa dia cakap.. Rupa-rupanya, sungguh oi dia kawin..Cuma satu jer, aku tak sempat nak pegi kenduri kawin dia. Aku cuma pegi tengok dia akad nikah jer...Ntah, aritu rasa sibuk sangat... Tapi, jangan risau..Orang kawin satu rahmat bagi orang bujang kat sini... Ye la, bolehlah aku pegi makan nasi rumah dia...Jangan marah Zul....Tapi yang sedihnya atau lebih kurang kesianla, dia terpaksa berpindah rumah..Tuan rumah buat hal plak..Kesian dia...Ni la ujian paling besar kat syria..Pindah rumah..Kalau bujang tu tak kisah la, ni orang kawin..Susahlah sikit...Tapi apa-apa pun, aku percaya ini rahmat dari Allah bagi orang yang baru kawin. Dia nak uji kesabaran pengantin baru ni....
( Aku lambat lagi lah...Maklumlah, masing-masing tak puas hidup bujang lagi.Apa-apa pun biarlah ahli bayt aku dah lepaih semua dulu, baru aku kan banggugar???)

Tuesday, May 29, 2007



Ramah mesra bersama Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria.
Alhamdulillah, kami pelajar-pelajar Malaysia Syria masih lagi diberikan lagi kelapangan masa, dimurahkan rezeki, dapat juga kami bertemu mata sekali lagi bersama Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak Darul Ridzuan bersama rombongan delegasinya. Majlis itu diadakan di Rumah Pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS), di Midan, bermula pada pukul 9.00 malam dan habis pada pukul 11.00 malam bertarikh 26 Julai 2007. Aku berasa sungguh gembira dapat bertemua dengan beliau. Dato’ Seri Mufti Perak terkenal dengan kelantangan beliau mengharamkan Konsert Sure Heboh yang dianjurkan oleh TV3. Pada pertemuan tersebut, beliau menceritakan keadaan umat islam sekarang baik di seluruh dunia mahupun di Malaysia. Umat islam sekarang ditindas, dizalimi dan berbagai lagi. Yang menyedihkan, Dato’ Seri Mufti mendedahkan bilangan umat islam yang murtad di Malaysia sekarang menjangkau 365,000. Satu berita yang amat menyedihkan kita semua. Dato’ Seri Mufti juga menyatakan umat islam di dunia membelanjakan sebanyak USD 800 juta sehari ke tabung yahudi melalui gejala menghisap rokok. Sebenarnya umat islam la yang banyak menolong yahudi. Kita membeli rokok yang mana kita sendiri tahu rokok itu adalah buatan yahudi. Setiap sen kita membeli rokok seolah-olah kita telah membeli peluru untuk yahudi membunuh saudara kita samada di Palestin, Chehya, Iraq, dan seluruh dunia. Tak guna kita berdoa kepada Allah sepanjang tahun memohon Allah menyelamatkan umat islam tetapi ditangan kita masih susah hendakkan tinggalkan racun buatan yahudi. Adakah ini umat islam yang bersaudara??? Membantu yahudi untuk membunuh saudara seagamanya??? Terima Kasih kami ucapkan kepada Dato’ Seri Mufti kerana sudi menziarahi anak-anak di perantauan. Semoga Allah merahmati Dato’ seri Mufti dan sentiasa tegas dalam membanteras orang yang ingin memusnahkan islam.
( tepuk dada, tanyalah iman-jangan hanya melaungkan “jahanam yahudi” tetapi kitalah yang banyak membantunya. Hentikan Merokok.)


Tahun Melawat Malaysia (TMM07)
Baru-baru ni, aku round-round in the world di sekitar damsyiq. Saja menghilangkan tension (Tensen). Tiba-tiba aku tepandang satu papan iklan. Uih, sampai sini dipaparkanya. Apa yang terpampar kat papan iklan tu??? Sebenarnya papan iklan tu memaparkan 5 orang budak dengan pakaian rasmi bangsa masing-masing. Budak Melayu dengan Baju Melayu-nya, Budak cina ngan Cheongsam-nya dan ada tiga orang lagi budak (hindu, kadazan dan dayak) yang aku tak tahu nama baju yang diorang pakai. Iklan tu bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007. Maklumlah, tahun ni Malaysia menyambut 50 tahun kemerdekaan. Terkejut aku iklan Malaysia ada kat sini. Terus rasa bangga dengan Malaysia. Ye lah, Malaysia kan tanah air aku. Rindu rasanya kat Malaysia walaupun aku baru saje pulang tahun lepas. Didalam hati terus menyanyikan lagu “NegaraKu”................ Tiba-tiba jer aku teringat sorang kawan aku cakap yang tahun ni ramai pelajar Malaysia balik. Aku tanya balik, diorang melawat malaysia ker??? Maklumlah, Tahun Melawat Malaysia 2007. Jawab dia, ye kot....Alahai seronoknya diorang....
(Yang balik tu, jangan lupa teman-teman kat sini.Balik syria nanti, bawalah kuih raya yer.Ikan kering jangan lupa.)

Sunday, May 27, 2007

Aku cakap pelik???
Mungkin pening korang memikirkan tajuk aku ni. Kan??? Maklumlah, saja seronok-seronok..Korang tahu apa yang aku cakap??? Korang jangan fikir yang tak elok, aku bukan cakap perkara-perkara yang pelik lagi tak elok. Nauzubillah..Yang aku maksudkan disini adalah cara percakapanku. Contohnya : Alasan, aku baca Asalan, Tension aku baca Tensen, Milo aku baca Bilo,Thank You, aku baca Tinkyu, SeTeam, aku baca Setin, Virus aku baca Birus. Rasanya macam budak-budak baru bercakap. Pelat... Ntahlah, kadang-kadang seronok gak tengok kawan-kawan aku tergeliat otak memikirkan bahasa aku. Kepelbagaian bahasa kan bagus. Aku harap aku bukanlah perosak bahasa tapi sebagai suka-suka menghilangkan tension...Eh, bukan tension...tapi TENSEN...
( Janganlah pulak lepas ni aku yang tergeliat otak memikirkan bahasa aku ni )
Bila arab mula cakap melayu.......
Korang tahu ke bila arab cakap melayu??? Aku tak tahu. Tapi disini aku nak cerita sorang paklong arab tu cakap melayu ngan aku. Paklong ni ada kedai photostat. Satu hari aku pun pergi la memotostat beberapa helai kertas berkenaan ngan pengajian. Habis jer kerja aku dan kehendak aku, aku pun mengangkat kaki nak balik. Tiba-tiba jer paklong tu cakap “ jumpa laki” dalam bahasa melayu. Aku pun tanya balik, “ Sapa laki tu???” dalam bahasa arab. Paklong tu cakap “ tak jumpa sapa-sapa pun” dalam bahasa arab. Aku pun tanya balik sebab aku dah pening, “la, tadi cakap jumpa laki, yelah sapa???”. “Bukan jumpa laki tapi jumpa lagi” Jawab paklong tu dalam bahasa arab sebab dia tengok aku mula pening-pening lalat apa yang dia cakap dalam Bahasa Melayu. Rupa-rupanya paklong ni nak bagitau JUMPA LAGI. Baru la aku tersedar, yang arab ni susah nak sebut huruf G.............................................. Ataupun aku silap dengar....
Wallah ua’lam bis sawab.....
( ulaq menjalaq atas pasiaq-ulangilah sepuluh kali sehari agar korang mantap berbahasa kedah )
Matahari terbit pukul 10 pagi....
Hai, anak teruna apa la aku ni..Pukul 10 pagi baru nak bangun tidur. Apa-apa pun yang penting, aku dah solat subuh. Rutin harian aku, bila balik dari masjid (solat subuh) jer, aku bacalah sikit buku. Lebih kurang sejam aku membaca. Lepas tu mata pun buat-buat berpinar. Nak suruh tido la tu.. Apa lagi, aku pun terus mengikut kehendak mataku. Dari pukul 7 pagi sampailah pukul 10 pagi aku membuta. Rasanya tak ada masalah. Sebab aku dah solat subuh. Bukan aku tak solat lagi. Kan??? Dulu mak aku selalu cakap, bangun subuh dulu lepas tu kalau nak tido balik pun tak pe. Agaknya aku ni anak mithali(anak soleh), aku pun ikut cakap mak aku. Tapi, tak taulah bila aku nak berhenti tido pagi ni. Nabi pernah sabda, sapa tido pagi(lepas subuh), rezeki kurang. Aku tahu pasal tu, tapi aku tetap nak tido gak. Sebab aku rasa, ni lah nikmat sebelum kawin. Sebab lepas kawin, confirm dah tak boleh tido pagi. Nak mati tido pagi??? Silap bulan kena cubit..Hehe...Dulu pernah arab bagi aku roti waktu pagi. Aku pun teringat tentang hadis tu. Benarlah sabda Nabi, Rezeki akan lari kalau kita tido pagi...Lepas ni, aku nak cuba tak nak tido pagi. Walaupun aku tak dapat roti lagi...........
( memanglah tak dapat roti lagi sebab pagi-pagi aku masak meggie )

Thursday, May 24, 2007

Imtihan terus menghambatku....
Tak lama lagi aku akan imtihan..Korang tahu apa tu imtihan??? IMTIHAN tu maknanyer PEPERIKSAAN. Imtihan ni dalam Bahasa Arab. Bahasa English pula, orang panggil EXAM. Imtihan aku bermula 2 Jun 2007 hinggalah 20 Jun 2007. Yang letihnyer, hari pertama imtihan jer, dah bertembung subjek. Bertembung macam mana??? Bukan macam pertembungan kereta dan lori.. Dan bukan juga pertembungan dua hala. Pertembungan yang aku maksudkan kat sini, pertembungan 2 subjek dalam hari yang sama. Maklumlah, aku ni ada bawa subjek tahun satu ke tahun dua. Subjek tahun satu, mula pukul 2 petang sampai pukul 4 petang. Subjek tahun 2 pula mula pukul 4.45 petang.. Habis jer subjek tahun satu, terpaksa berkejaran ke dewan subjek tahun 2. Alahai, nasib badan. Tu la..orang suruh lulus semua tahun lepas, tak nak. Nak merasa bawa subjek. Sekarang dah bawa dua subjek tahun satu. Terima la hakikatnya..Padan muka aku. Muka aku padan ker??? Kalau padan, eloklah. Allah cipta kita sebagai sebaik-baik makhluk. Kan??? Tahun ni, dah tobat tak nak bawa lagi subjek. Dan serik oooo...Tapi korang, jangan tengok jer!!! Doa-doakanlah aku. Apa-apa pun, aku bersyukur sebab keluarga aku sentiasa bagi semangat dan terus-terusan berdoa untuk aku. Sayang aku pula, terus beri semangat. Semangat untuk aku belajar dan semangat yang menguatkan hubungan kami. Jutaan dan ribu-ribuan jutaan terima kasih buat Mak, Abah, Adik-adik, dan Semua keluarga aku. Juga terima kasih yang tak terhingga buat Sayangku yang sekarang sedang menuntut di Kolej Islam Perak Darul Ridzuan. Teruskan pengajian. Jangan jadi macam abg, kena bawa subjek....Alahai sedihnyer.........
( Aku bawa dua subjek tahun 1. Subjek Usul fiqh dan Bahasa Arab (Nahu dan Sorof) ke tahun 2)
Aku Gembira Hari ini...
Apa yang buat aku gembira hari ini??? Rasa-rasanya aku dah macam dulu. Aku bukan nak riak. Mungkin aku terlalu seronok, gembira dan tak tau la apa lagi nak cakap. Semalam aku bersolat jemaah 5 waktu di masjid. Aku rasa dah lama tinggalkan masjid. Kalau pergi pun nak solat jumaat jer.Tak pun bila habis kuliah (kat universiti),aku tunggu kat masjid. Tak berasa langsung nak pergi masjid kalau-kalau musim cuti. Tak pun,aku akan ke masjid bila ada pengajian oleh Syeikh-Syeikh kat sini. Dulu aku kerap ke masjid. Setiap waktu, aku pasti bersolat jemaah di masjid. Tak kira la subuh ke, zohor ke, asar ke, maghrib ke, mahupun isya’.Ya Allah, ampunkanlah kelalaian hambamu ini. Kelekaan mengejar keduniaan hinggakanku hampir melupaimu.Aku harap, aku macam dulu. Sentiasa bersolat jemaah di masjid. Ya Allah kau tetapkan pendirian hambamu ini.Amin....
( nasiblah aku masih kenal mana pintu masjid )
Bermulanya Hari Ini........
Pagi-pagi, Tv Malaysia menyiarkan program seharian. Tv1 dengan Selamat Pagi Malaysia-nya. Tv3 dengan siarannya Malaysia Hari Ini. Tv-tv lain, entahlah apa nama rancangan mereka. Semuanya menyiarkan perkara-perkara hari ini. Lain pula hal aku. Bagi aku, inilah permulaannya. Permulaan bagi kehidupan aku. Jangan salah sangka pula. Aku bukan baru bersalin. Tapi kehidupan aku bersama blog ini. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku teringin sangat nak buat blog sendiri. Mungkinkah arus sekarang menolak aku kearah ini??? Ataupun arus sekarang menghendakkan aku kehadapan bersama yang lain??? Rasanya aku juga tak terkecuali menerima tempias arus kemodenan zaman sekarang..Siapa tahu??? Hanya Allah saja yang mengetahui rahsia hati hamba-hambanya. Apa-apa pun, aku berharap blog ini tidak menganggu kehidupan aku seharian sebagai mahasiswa. Aku tak mahu leka sehingga menjejaskan pembelajaran aku. Terutama menjejaskan kesihatan aku. Nanti sayang aku marah pula kalau aku tak sihat. Maklumlah, sayang aku tu jururawat aku..Apa yang penting, pengharapan aku agar blog ini menambah lagi semangat aku untuk terus belajar....Bermulanya Hari Ini, aku bersama kalian-kalian yang mempunyai blog.Selamat Datang buat diriku sendiri ke alam teknologi zaman sekarang..