Sunday, June 10, 2007

Itqan Dah Terbit......
Pertama kali aku nak ucap tahniah kepada team Itqan kerana berjaya menerbitkan lagi majalah rasmi PPMS buat kesekelian kalinya. Walaupun penerbitannya kali ni terlewat dari jangkaan. Tapi kesungguhan kalian harus dipuji. Cuma lepas ni jangan lewatkan lagi yer. Bagi aku pula, Itqan kali ni sangat-sangat aku tunggu. Pada Itqan kli ni menyiarkan artikel tulisan aku. Rasa gementar pulak. Sebab ni la kali pertama aku menulis untuk majalah rasmi Persatuan kat sini. Bukan tak pernah menulis artikel, tapi kali ni lain sikit. Dalam artikel kali ni, aku bawa banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah. Aku risau orang payah faham. Sebab aku ada jumpa tok guru aku kat sini ataupun lebih kurang penasihat tak rasmi bagi aku dan aku bertanya pendapat dia tentang artikel aku, dia jawab “ Artikel macam anta tulis memerlukan kefahaman yang tinggi. Susah nak jumpa penulis macam anta lagi. Hanya orang yang tertentu sahaja faham tulisan anta ”. dan dia pun ucap tahniah kat aku dengan artikel aku kali ni. Aku nak rasa bangga pun tak boleh la. Sebab ramai lagi penulis-penulis yang hebat dari aku. Banyak lagi yang aku harus belajar untuk memperkemaskan tulisan aku. Entahlah, hati ni teringin sangat nak jadi penulis. Penulis yng mengajak manusia kearah kebaikan. Aku harus belajar lagi bagaimana nak sampai maksud aku melalui tulisan aku. Yer lah, dah penasihat aku kata, hanya orang tertentu memahami tulis aku. Apa yang aku ingin, aku nak semua pembaca memahami tulisan aku. Musim cuti panas kali ni aku dah da program. Kali ni aku nak siapkan dua buah buku yang bertajuk “ HIKMAH MENDIRIKAN SEMBAHYANG dan MENGEMBALIKAN KEDAULATAN ISLAM ”. Aku berdoa agar niat aku ni terlaksana. Kepada semua sahabat, nantikan kemunculan buku ni. Dan aku berharap pembaca dapat ambil manafaat dari tulisan aku. Dan aku akan terus menulis selagi mampu untuk Itqan.
Terima Kasih Buat Team Itqan Kerana Menyiarkan Artikel Aku............
(“ Ya Allah, kau tetapkanlah hati aku di jalanMu. Jauhkanlah aku dari sikap bangga diri. Segala-galanya dariMu. Aku hanyalah insan kecil yang mengharap keredhaanMu. Maklbulkanlah impianku ni Ya Rabb ” Dan artikel aku dalam Itqan bertajuk KEADILAN SUATU TUNTUTAN. .)
Terima Kasih Teman-Teman Seperjuangan.....
Tinggal diluar negara, jauh dari keluarga sangat mencabar kehidupanku. Dulu, aku ada mak, abah, tok dan tok wan kalau aku ada apa-apa masalah. Kini hanyalah kawan-kawan disekeliling. Kawan-kawan kat sini dah diibaratkan macam keluarga. Masing-masing saling mengharap. Aku rasa bersyukur bertemu dengan sahabat-sahabat disini. Ada yang sudi menolong aku, memberi tunjuk ajar kepada aku baik dalam masalah pengajian ataupun masalah persatuan ataupun lain-lain masalah. Banyak yang ku dapat belajar dari teman-temanku ni. Bahkan buat blog ni pun aku belajar dari sahabat aku namanya “ Hassan dan Siddiq ” Dua orang ni tinggal satu umah ngan aku. Terima kasih banyak-banyak.. Kepada Muazzin pelajar malaysia kat syria, Bilal, aku cukup senang ngan dia. Walaupun aku hanya kenal dia sebulan dua sebelum datang sini,tapi dia banyak bantu aku. Banyak bagi nasihat kat aku. Selalunya,segala masalah aku,dia akan dengar dan bagi nasihat yang berguna. Buat Aswad dan Isteri (kak jihah), sejuta penghargaanku buat kalian yang sentiasa jamu aku macam-macam kalau aku p rumah diorang ni. Ni la rahmat orang bujang kalau p umah orang kawin. Jangan marah Aswad....!!!! Dan tak lupa gak anak cilik Aswad, Ahmad Fawwaz Naufal yang sentiasa menceriakan keadaan. Aku ni selalu pegi umah diorang ni. Bukan nak gi makan la. Kadang-kadang tu g main anak dia. Takpun mengulangkaji sekali ngan Aswad. Aku ngan dia satu kelas. Takpun saja gi menyembang. Sebelah akhawat plak, tak lupa aku ucap terima kasih buat kak pah dah kawan-kawannya. Kadang-kadang tu aku saja usik kak pah suruh buat karipap ke, buat kek coklat ke. Tapi dia buat sungguh oi...Terus ahli umah aku kata macam-macam. Tapi bagi aku, kak pah ni ibarat kak aku jer.tak lebih dari tu. Sebab aku pun dah ada yang perkenan di hati. Tapi ada kat malaysia la. Bukan akhawat sini....hehehe....tapi, aku cukup risau ngan aswad la. Dia ni dah kawin. Silap-silap dia bagitau kat kak pah, mati aku. Jangan buat macam tu aswad noooo...Aku dah jadi milik orang...hahaha...korang jangan salah faham plak dengan entri ni. Sebenarnya aku nak tenangkan hati aku waktu ni. Tengah serabut exam katakan..............
( kepada sahabat-sahabat yang tak dapat ku sebut nama satu persatu,terima kasih gak aku ucap atas segala pertolongan korang)
Keceriaan Bayt Jiran Kubur, Ruknuddin, Damsyik....
Semua orang nak kepada kegembiraan dan kecerian. Kecerian dan kegembiraan menunjukkan seseorang tu dalam keadaan senang. Macam tu lah kami ahli-ahli rumah jiran kubur yang terletak di tengah-tengah bukit qosiyun, berjiran dengan kubur. Aku rasa seronok sangat dok kat rumah ni. Kadang-kadang tu rasa bengang pun ada. Biasalah manusia kan. Apa yang aku nak gambarkan kat sini adalah keceriaan. Riuh satu rumah. Kami ni 8 orang penghuni rumah tu. Macam-macam perangailah. Ada yang perangai Siru (tak boleh kira langsung), ada gak perangai yang dia ni sorang jer betul orang lain salah, ada yang ceria, macam-macam lagi lah. Bak kata iklan Astro “ macam-macam ada ”. Tapi semuanya ceria. Macam aku plak, kadang-kadang tu saja cari pasal ngan orang. Bukan nak gaduh tapi saja menceriakan keadaan. Kat umah aku adalah sorang kawan aku tu, badan dia ni berisi la sikit. Aku pulak boleh kata dalam kategori kurang makanan dan zat (hahahaha),maknanya kureng berisi lah. Aku ni selalu cakap kat dia “ hang ni sekali aku taboh, bersepai tulang rusuk, berselerak gigi ”. Terus kawan-kawan umah ku cakap “ tulang rusuk dia berterabur ke tulang rusuk hang berselerak ???”. Pastu kami semua pakat gelak...Lebih kurang bunyi macam hantu raya....HAHAHAHAHAHA...... Ntahlah, aku suka sangat menyakat orang. Kadang-kadang tu aku nyakat sorang kawan aku kat umah ni gak, orang panggil dia Che Mat. Pernah sekali aku nyakat dia dalam keadaan aku pegang nasi dalam pinggan, terus dia cakap “ sat lagi sekali nasi dalam pinggan tu ngan orangnya terterap ”. Maksudnya kena belasah la. Tapi setakat ni aku belum lagi la kena taboh ker ataupun kena belasah. Dan aku pun tak berasa teringin nak jadi orang pertama kena taboh. Aku tak mau, tak mau oooooo.......Aku saja seronok-seronok...Aku akan teruskan kecerian macam ni...
( rumahku syurgaku..inilah rumah sewa yang paling ceria pernah aku tinggal. Dan aku akan terus tinggal kat sini sampai habis ngaji. Tapi kalau aku jadi macam Zulhimi dan Aswad, terpaksa lah pindah. )

Thursday, June 7, 2007

Syukur Kepada Allah.....
Syukur kepada Allah tuntutan kepada semua umat islam. Kita semua mestilah sentiasa bersyukur kepadaNya. Sebab Allah kan Pencipta kita. Kepada sapa kita nak bersyukur kalau bukan kepada Dia???..Entahlah, kenapa aku nak tulis tajuk ni kali ni. Apa yang aku nak ceritakan tentang kehidupan aku kat sini. Kalau dulu mak aku bagi RM1000 kat aku, aku belanja dalam masa 3 bulan jer. Tapi tahun ni, mak aku bagi sebulan RM200 jer kat aku. Alhamdulillah, sentiasa cukup. Aku pun kadang-kadang rasa pelik gak. Macam mana boleh cukup dengan duit sebanyak tu??? Tapi inilah rahmat Allah. Tapi kadang-kadang tu aku pinjam gak duit umah. Malas nak g bank kerap-kerap. Aku pi bank pun sebulan sekali. Jadi pinjam la kt umah dulu. Cukup bulan aku bayar. Bukan pinjam sebab tak cukup duit tapi macam aku cerita tadi la. Malas nak g bank kerap-kerap. Mungkin duit ni aku belanja kearah kebaikan. Tu yang cukup tu. Rasa-rasanya kot. Mak aku pun pelik gak, selalu tanya, cukup ker duit banyak tu??? Aku harap rahmat Allah ni berpanjangan buat aku. Ye lah, kadang-kadang bila jalan, ada jer arab baik hati bagi aku duit. Bila naik servis (pengangkutan awam) ada jer yang baik hati tolong bayar kat aku. Terima kasih banyak-banyak. Semoga yang baik hati ngan aku tu, dirahmati Allah selalu.
( Ya Allah, Kau rahmatilah orang yang baik hati sesama umat islam)
Lain kak pah bagi petua, lain aku buat.........
Semalam aku p souq, pastu ada arab baik hati bagi aku sejenis cendawan (aku rasa cendawan la) tapi aku tak tau apa nama dia. Cendawan tu sebesar kepala lutut. Bila aku balik umah, aku pun tak tau nak masak apa ngan cendawan tu. Kali pertama dapat. Sebelum ni makan jer tapi kali ni kena masak. Mampos aku....Aku pun tanya la sahabat-sahabat umah ku, “macam mana nak masak ni???” semua pakat geleng kepala. Tak tau la tu. Aku pun fikir-fikir, nak buat macam mana ni???. Tiba-tiba aku teringat sorang akhawat kat sini yang aku panggil KAK PAH. Aku senang ngan dia. Senang macam mana???. Yer la, sebab aku minta tolong ngan dia, dia ringan tangan jer tolong aku. Bukan ringan tangan nak tampar aku. Aku terus menelefon dia, tanya macam mana nak masak cendawan ni???. Dia bagitau aku masaklah ngan spageti ker, masak ngan cabai ker, atau apa-apa jelah. Bila dengar jer apa-apa je lah, aku terus nak masukkan dalam masakan aku haritu. Sebab aritu aku giliran aku masak. Waktu tu pulak aku tengah masak lauk kurma. Aku pun dengan selambanya, masukkan cendawan tu (ala-ala Chef Wanz). Tiba-tiba kak pah telefon aku, tanya masak apa cendawan tu, aku pun jawab lah masak kurma dengan buat muka tak bersalah. Tiba-tiba dia marah aku, “mana boleh masak kurma” kata dia. “Cendawan tu kena goreng atau masak cabai.” Alamak!!! mati aku, dah masak dah. Nak buat macam mana ni???. Aku jadi gelabah puyuh. Tapi aku tenangkan diri. Biarlah apa nak jadi. Kalau sakit perut, satu rumah sakit perut. Jahatlah pulak aku ni. Ye la...Nak buang???. Nak mampos..Tapi lepaih jer kami makan, tak da apa-apa yang terjadi. Alhamdulillah...
Sedaplah pulak...Sempoi tak aku masak kak pah???...
( Lepaih ni aku tobat dah masak cendawan tu. Tapi lepaih ni aku dah tak masak dah. Yer lah, sayangku yang ngaji kat kolej islam perak tu akan masakkan untuk aku pula. Boleh kan sayang???)

Friday, June 1, 2007


Majlis Di Abu Nour....
Malam semalam (khamis,31 Mei 2007), aku berkesempatan mengikuti satu majlis yang diadakan di Abu Nour. Majlis tersebut bertujuan menyatakan sokongan kepada Presiden Syria. Baru-baru ni negara Syria telah mengadakan pungutan suara menyatakan sokongan kepada Presidennya. Majlis itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam Syria. Turut serta adalah Mudir Am Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro, tempat aku ngaji la...Majlis itu juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan thaqofah antara islam dan kristian. Kerana yang hadir pada majlis itu juga terdiri dari Syeikh-syeikh islam dan Paderi-paderi syria. Aku nak cerita lebih pun aku tak tau. Ye lah, aku masuk setengah jalan je majlis tu. Lepaih tu aku pun angkat kaki la. Balik la jawabnyer. Periksa dah nak dekat. Tak leh la lama-lama kat luar. Buku banyak lagi tak baca daaa...........
(Semoga Allah terus lindungi syria dan berikan kejayaan padaku dalam imtihan kali ni)
Aku bengang ...........
Satu petang tu, aku rasa boring sangat-sangat dok kat umah. Aku pun pegi la umah sahabat baik aku. Nama dia Aswad. Dia ni dah kawin. Cadang tu nak ambil anak dia. Saja nak main-main ngan anak dia. Tak pun nak bawa anak dia jalan-jalan. Sampai jer aku kat umah dia, aku pun tekan loceng. Pastu aku dengar satu suara bertanya “ sapa???”. Aku pun jawab, “ Mat Nipi “. Pastu dia pun buka lah pintu. “ Masukla ” kata dia. Aku cakap kat dia nak ambil anak dia nak bawa jalan-jalan. Dia bagitau Fawwaz (Anak dia la) tido. Takpelah kata aku. Pastu dia ajak aku p shopping kat souq. Aku pun no hal la..memang dah aku boring. Orang ajak berjalan, ok la tu...Seronoknya aku...Kami pun g la shopping. Beli ayam, beras dan berbagai lagi lah..Aku bukan bengang teman dia jalan-jalan shopping. Janganla korang salah faham. Yang aku bengang adalah bila aku balik ngan dia dari shopping.. Ketika kami naik bukit, maklumlah umah kami atas bukit, adalah sebuah kereta Mercedes belakang kami. Pemandu kete tu asyik dok hon kami, nak minta laluan. Kami nak bagi lalauan pun tak boleh sebab kiri kanan kami ada kereta parking. Ye la, perangai arab ni teruk. Parking kete ikut hati dia..Tiba-tiba pemandu tu rapati kami dan terus menolak aku. Kononnya aku ganggau jalan dia. Aku pun rasa nak naik marah. Tapi bila fikir aku ngaji syariah, kenalah sabar. Kalau ikut hati tu, silap-silap pemandu tu makan selipar aku jer. Tak pun aku nak ambil batu, baling, biar pecah cermin kete dia. Belagak...mentang-mentang naik Mercedes..Terus sahabat aku baca hadis yang mana Rasulullah marah kalau perangai macam ni. Ye la, dah naik kete besar, belagak sampai tolak pejalan kaki...
( Semoga Allah kekalkan kesabaran ku. Jauhilah dari sifat panas baran. Amin)


Pilihnraya Parlimen Syria...
Pada 22 April 2007 lepas ada satu program besar kat sini. Pilihanraya Majlis Parlimen Syria telah berlansung dengan meriah. Macam pilihanraya kat Malaysia. Masing-masing berkempen untuk memenangkan calon pilihan. Tak terkecuali yang bertanding adalah pensyarah aku.Pensyarah aku ni Dekan Kuliah Syariah tempat aku ngaji. Syeikh Dr Abd Salam Rajih namanya. Mula-mula aku tak berapa percaya yang syeikh aku ni bertanding, tapi bila dah tengok poster dia, sungguh aih, dia bertanding. Ye la, dalam kelas dia tak pernah cerita pun. Alhamdulillah, beliau telah menang. Tapi yang seksanya, beliau terlalu sibuk ngan jawatan ahli parlimen, kelas pun dah tak masuk. Tup-tup, bila kami tanya, “sampai mana masuk, syeikh, periksa nanti???” ( subjek yang beliau ajar ), beliau terus cakap “satu kitab”. Mampos aku. Ye la, dah la subjek Undang-undang Perkahwinan. Aku pula tak kawin lagi. Kalau aku macam Zulhimi, tak pelah kot. Mati aku. Tapi, aku bangga sebab pensyarah aku menang. Bermakna bakti beliau pada rakyat syria dibalas. Semoga Syeikh terus berbakti pada agama, bangsa, dan negara.
( Undilah Calon yang berjiwa islam...Membangun bersama Islam )
Sahabat Baik Aku Dah Kawin...
“ Wahai pemuda, jika kamu mampu berkahwin, kahwinlah. Sesungguhnya kahwin itu dapat menjaga pandangan kamu dan memelihara kemaluan kamu. Dan jika kamu tidak mampu, maka berpuasalah. Kerana puasa itu dapat menahan nafsu kamu ”....
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. Tanggal 12 April 2007, sahabat baik aku, Zulhimi Bin Abd Rahman selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Raidah Bte Ahmad. Rasanya belum lagi terlambat untuk aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia Hingga Anak Cucu. Memang aku tak jangka...sebab aku ingat dia main-main. Ye la, aku balik malaysia dengan dia, mai syria pun ngan dia..Masa kami musafir, dia banyak cakap pasal kawin. Aku pula tak ambil possing sangat apa dia cakap.. Rupa-rupanya, sungguh oi dia kawin..Cuma satu jer, aku tak sempat nak pegi kenduri kawin dia. Aku cuma pegi tengok dia akad nikah jer...Ntah, aritu rasa sibuk sangat... Tapi, jangan risau..Orang kawin satu rahmat bagi orang bujang kat sini... Ye la, bolehlah aku pegi makan nasi rumah dia...Jangan marah Zul....Tapi yang sedihnya atau lebih kurang kesianla, dia terpaksa berpindah rumah..Tuan rumah buat hal plak..Kesian dia...Ni la ujian paling besar kat syria..Pindah rumah..Kalau bujang tu tak kisah la, ni orang kawin..Susahlah sikit...Tapi apa-apa pun, aku percaya ini rahmat dari Allah bagi orang yang baru kawin. Dia nak uji kesabaran pengantin baru ni....
( Aku lambat lagi lah...Maklumlah, masing-masing tak puas hidup bujang lagi.Apa-apa pun biarlah ahli bayt aku dah lepaih semua dulu, baru aku kan banggugar???)