Friday, July 17, 2009

Teoh Beng Hock: "Sepatutnya Ia Hanyalah Satu Ugutan..."

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.
Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.
Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.
Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.
Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.
Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik
SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.
Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.
Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.
Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.
SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.
Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!
Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.
Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.
Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.
Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.
Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.
Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah.
Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.
SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.
Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.
Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.


(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)
Komplot SPRM dan BN di Selangor
Oleh MSK

Tanya lah kepada orang-orang Pakatan Rakyat di Perak…”Siapakah yang menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh?”. Jawapanya hampir serupa. Hampir seratus peratus akan menyalahkan Jamal dan Osman. Kerana itulah yang dimainkan disetiap ceramah dan perjumpaan.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lupa bagaimana BPR (Sekarang SPRM) memainkan peranan menjatuhkan Pakatan Rakyat Perak.

Tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Perak, Umno masih gagal memujuk Jamal dan Osman…malah beberapa lagi ADUN PKR untuk berpaling tadah. Umno sudah hilang kesabaran dan mula menggunakan khidmat BPR untuk membantu menjatuhkan PR Perak. Dan perancangan pun dimulakan untuk memerangkap Jamal dan Osman, dua orang ADUN PKR yang bermasalah.

Dengan menggunakan Imran sebagai ejen, BPR berjaya memerangkap Jamal dan Osman …dan satu operasi dijalankan. Skrip operasi tersebut disediakan oleh BPR Putrajaya, tanpa pengetahuan Pengarah BPR Perak, Datuk Shamsiah.

Pada hari operasi tersebut dijalankan, Datuk Shamsiah hanya membaca skrip yang disediakan oleh BPR Putrajaya…dan nyata skrip dan apa yang terjadi berlainan sama sekali. Datuk Shamsiah naik marah dan melawan. Akhirnya beliau ditukarkan ke Sarawak.

Tangkapan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman bukan kerana mereka benar-benar bersalah..tetapi hanya untuk digunakan sebagai ugutan terhadap mereka. Sehingga kini, walaupun kerajaan Perak sudah bertukar tangan..namun kes mereka masih lagi tertunggak-tunggak dimahkamah.

Dakwaan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman digunakan sebagai umpan untuk meruntuhkan kerajaan PR Perak. Kalau Jamal dan Osman bersedia untuk menyokong BN, maka dakwaan mereka akan ditarik balik. Ini kerja SPRM!! Komponen ke 17 Barisan Nasional.
Jamal memilih untuk tidak terjatuh dari Tingkat 14 Bangunan SPRM sebaliknya belot dan menyokong BN. Jamal dan Osman terselamat dari maut tetapi kerajaan PR Perak runtuh. Semuanya kerja SPRM.

Setelah berjaya di Perak, SPRM melebarkan aktivitinya ke Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairudin juga bermasaalah. Tak perlu sesiapa pun yang melaporkan kepada SPRM, sebaliknya SPRM begitu ghairah membenteras rasuah dinegeri-negeri Pakatan Rakyat. 500 juta rasuah kapal selam terlalu kecil bagi mereka. 12.5 billion skandal PKFZ juga masih kecil bagi mereka.

Bukti-bukti terhadap Fairus memang jelas. Dan Anwar melakukan ‘pre-emptive strike’ dengan meminta Fairus meletak jawatan. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh SPRM!! SPRM tidak mahu Fairus meletak jawatan sebaliknya mengharapkan Fairus akan menjadi Jamal dan Osman.
SPR melengah-lengahkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil. Malah SPR juga cuba mengelak PRK diadakan. Seminggu kemudian, SPRM memutuskan Fairus tidak bersalah. Tidak ada kes terhadap Fairus.

Semasa keputusan SPRM Putrajaya mengumumkan Fairus bersih seperti kain putih, aku berada di Penanti bersama beberapa pemimpin PKR untuk persiapan PRK Penanti. Bila aku tanya…bagaimana kalau Fairus tidak bersalah dan menarik balik surat perletakan jawatannya…mereka senyum. Tak mungkin!! SPRM Pulau Pinang sudah memaklumkan kepada pemimpin PKR Pulau Pinang bahawa Fairus tidak boleh lepas.

Bila aku bagi tau kepada salah seorang pemimpin PKR disitu, tentang laporan Malaysiakini, dia terus menghubungi kawannya di SPRM Penang. SPRM Pulau Penang tak tahu menahu tentang pengumuman tersebut!! Malah kertas siasatan masih berada di Pulau Pinang!! Bagaimana SPRM Putrajaya boleh membuat pengumuman sedangkan kertas siasatan masih belum siap dan masih lagi di Pulau Pinang? Macam tu lah kerja SPRM. Mereka membuat kerja bukan untuk membenteras rasuah tetapi membuat kerja-kerja kotor Umno dan Barisan Nasional.SPRM gagal di Pulau Pinang.

Apabila Najib mengambil alih Umno Selangor, sasaran pertama Najib ialah untuk menggulingkan kerajaan PR Selangor. Dan sekali lagi SPRM dipergunakan. Tak perlu sesiapa yang membuat laporan…SPRM akan bertindak walaupun hanya laporan akhbar.

Tan Sri Khalid menjadi sasaran awal. Kes lembu korban pun boleh dijadikan alasan untuk SPRM membuat siasatan. Dan mereka serius!! Kalau kes Anwar pun boleh dicipta…apatah lagi terhadap Khalid. Pakatan Rakyat Selangor boleh dikatakan kukuh kalau mengikut jumlah kerusi. Ini sukar untuk Najib merampas Selangor tetapi Najib mempunyai seluruh jentera kerajaan untuk dipergunakan.

Siasatan yang dilakukan terhadap EXCO-EXCO Selangor merupakan langkah terdesak kerana Najib sudah hilang sabar. Najib perlu melakukan semua ini sebelum sidang Parlimen penggal depan yang akan bermula September atau Oktober ini.

Keruntuhan kerajaan PR Perak memberikan impak negatif kepada Umno. Rakyat bangun memberontak dan Najib tidak mahu perkara ini berlaku di Selangor. Dia mahukan rampasan kuasa yang akan dilakukan di Selangor akan dilihat seolah-olah mendapat restu rakyat. Sebab itu beliau bersungguh-sungguh mempelopori Kerajaan Perpaduan dengan Pas.

Dan sebahagian daripada pemimpin Pas termakan dengan perancangan Najib ini. Kalaulah perancangan Hj. Hadi dan Ust. Nasha untuk mengadakan UG dengan Umno ini diterima dalam Muktamar Pas yang lalu, Selangor sudah lama jatuh ketangan Umno.

1 Julai 2009 merupakan tarikh yang dinantikan oleh perampas-perampas kuasa UBN. Tarikh tersebut ialah tarikh Anwar akan dibicarakan. Pendakwa akan memohon supaya jaminan yang diberikan terhadap Anwar ditarik balik dan Anwar akan dihantar ke Sungai Buloh. Untuk mengimbangi impak yang akan berlaku akibat dari peristiwa ini, SPRM juga akan menahan seorang bekas Timbalan Menteri dari BN dan juga…Tan Sri Khalid.

Pakatan Rakyat akan kehilangan ketua, Selangor juga akan kehilangan ketua. Dan pada masa itu, Najib akan bertindak. Apakah yang akan berlaku sekiranya Muktamar Pas bersetuju dengan UG?

Anwar dipenjara Sungai Buloh, Hj. Hadi sudah bersedia dengan UG dan apakah yang boleh dilakukan oleh Kit Siang?

Beberapa ADUN dari PKR dan PAS sudah boleh dibeli dan Selangor akan menjadi model Kerajaan Perpaduan, dimana ia akan di kuasai oleh Umno tetapi Menteri Besar dari Pas. Begitulah mulianya Umno…sanggup menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Pas. Dan ulama-ulama dari Pas akan mengeluarkan nas-nas dan hadis bagi menghalalkan rampasan kuasa itu. Demi bangsa, agama dan negara. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP semuanya korup dan tidak bermoral, maka lebih mulia untuk bersekongkol dengan Umno.

Itu sebabnya mengapa Nik Aziz bermatian mempertahankan Pakatan Rakyat. Malah sanggup ‘menghalau Timbalan Presiden Pas’ sekiranya masih mahu meneruskan usaha Kerajaan Perpaduan.

Mengapa SPRM tidak berminat untuk mencari kesalahan pemimpin Pas? Ataupun adakah kerana memang tidak ada pemimpin Pas yang korup?Kalau dibandingkan dengan kes lembu dan kereta Tan Sri Khalid, apa yang berlaku di Kedah lagi teruk. Tapi SPRM tidak berbuat apa-apa. Biaq pi la. Kerana Umno masih mengharap Ust. Azizan akan bersama mereka satu hari nanti. Pernahkah Ustaz Azizan mengkritik UG? Malah beliau ‘menasihati’ Nik Aziz pula!.

Lupakanlah Kerajaan Perpaduan. Lupakan lah niat untuk berbaik dengan Umno.

Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock hanyalah salah satu dari ‘kekejaman’ Umno dan Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock juga sepatutnya menjadi ‘catalyst’ kepada Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan pakatan. Kejatuhan PR di Perak bukan hanya disebabkan oleh Jamal, Osman atau pun pemimpin-pemimpin PKR yang tidak bermoral. Kejatuhan PR di Perak adalah angkara Umno dan SPRM.

Altantuya dah mati…Bala dah hilang…Kugan mati dalam lokap…Raja Petra juga hilang…Adi Anwar Mansor masih memerlukan ‘life support’ akibat disiksa dalam lokap polis.
Berapa lagi nyawa yang diperlukan untuk mempertahankan nafsu Umno dan Barisan Nasional? Jangan tunggu sehingga anak kita sendiri mati dilokap polis atau membunuh diri di pejabat SPRM.

Thursday, July 16, 2009


Ingin Merasai Suasana Ramadhan di Negara Umat Islam Paling Ramai???
Sertai Rombongan Pelajar Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU )
ke Palembang, Indonesia.
24 – 26 Ogos 2009 M bersamaan 3 – 5 Ramadhan 1430 H
RM 500 ( tambang kapal terbang air asia pergi dan balik, penginapan dan pengangkutan bersiar-siar sekitar Palembang )
Bayaran ini tidak termasuk makan.
Lawatan Ke IAIN Rade Fatah, Palembang.
Berminat ???
Hubungi 019 – 5556987
Tarikh tutup penyertaan 22 Julai 2009.

Monday, July 13, 2009

Pengalaman Yang Memberikan Keistimewaan
Saja aku menulis entry macam ni. Mungkin sebagai mengisi masa luang aku yang hanya kadang-kadang muncul. Bukan tidak mahu pedulikan blog kesayangan aku ni. Tapi masa cukup terbatas. Sejurus aku meletak jawatan sebagai Setiausaha Kerja, aku terlibat dalam program-program motivasi. Bersama sahabat, 4 orang kesemuanya, kami menubuhkan 1 kumpulan pengisian program. Bernaung dengan sebuah syarikat di Kuala Lumpur, kami memcipta modul untuk program-program anjuran syarikat ini. Ini yang kadang-kadang membuatkan aku bertambah sibuk. Aku yang baru saja menamatkan pengajian di KIDU. Dan sekarang ini sedang menunggu hari bersejarah untuk Konvokesyen. Alhamdulillah, tarikh yang tunggu-tunggu akan tiba. Selepas dimaklumkan oleh pentadbiran KIDU hari ini. Namun, di saat menunggu tarikh tersebut, aku tetap dengan kerjaya aku dalam menguruskan program motivasi yang akan berlangsung pada 7-9 ogos 2009. Banyak benda perlu persiapan lagi. Aku semakin sibuk. Pada waktu yang sama, aku dalam urusan untuk menyambung pengajian ke Indonesia. Mungkin ke IAIN Raden Fatah, Palembang. Permohonan kemasukan ke sana telah pun dihantar oleh seorang ustaz. Sekarang hanya menunggu pengesahan penerimaan. Bila dah dapat pengesahan, aku akan bergegas membuat visa dan menempah tiket kapal terbang. Mungkin keluarga aku akan menemani aku ke sana. Waktu yang sama gak, aku bersiap sedia untuk berkampung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani dari 22-28 Julai ni. Aku dilantik sebagai petugas tetap untuk khemah pameran SMIDU dan KIDU pada Festival Kedah Sejahtera. Seminggu aku akan berulang alik dari Alor Setar ke Sungai Petani. Motor kesayangan aku sekali lagi akan memberikan khidmat terbaiknya. Aku mendoakan dia tak buat kelaku. Pergi pukul 6.30 pagi, balik malam. Waktu yang sama gak, kumpulan aku akan mendapat 1 lagi projek motivasi. Tapi tempat belum pasti. Mungkin di Langkawi, mungkin di Kelantan, dan mungkin di Selangor lagi. Apa-apa pun, harapan aku dan sahabat-sahabat akan cuba laksanakan amanah yang diberikan dengan jayanya. Doakanlah.