Sunday, February 8, 2009

Konspirasi Nizar-Anwar
oleh: MSK
Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.
Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.

Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.
Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.
Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.
Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.
Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.
Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.
Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.
Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.


Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.
Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?
Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?
Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?
Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”
Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”
Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.
Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.
MASIHKAH RAKYAT PERCAYA TEMBELANG PIMPINAN DAN MEDIA UMNO-BN?

Kenapa kecoh bila pimpinan Pakatan pakai Toyota Camry sedangkan pemimpin BN pakai Rolls-Royce, Diamler, BMW dan Mercedes ???- Yb Saifuddin Nasution.

Di kala mereka kecoh dan bising pasal penggunaan kereta Toyota Camry oleh pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin BN di negeri yang mereka kuasai menggunakan kereta rasmi mewah dan mahal. Demikian pendedahan Pengarah Strategik KeADILan, YB Saifuddin Nasution.
Menurut Yb Saifuddin, maklumat yang diterimanya menunjukkan pemimpin-pemimpin BN terutamanya di Sarawak dan Terengganu menggunakan kereta yang sangat mewah yang jarang mampu dimiliki oleh rakyat biasa.
“Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud mempunyai beberapa buah Rolls-Royce manakala dua timbalan menteri di negeri itu menggunakan BMW 7 series. Selain itu ada menteri di negeri itu menggunakan Diamler”, kata Yb Saifuddin.
Harga pasaran sebuah Rolls-Royce dianggarkan paling kurang RM1.5 juta sebuah, manakala BMW 7 series menjangkau RM700,000 sebuah. Manakala Diamler dalam lingkungan RM 1 juta bergantung kepada model.
“ Di Sarawak juga, lima pegawai kanan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan Setiausaha Kewangan menggunakan Mercedes Kompressor. Model yang sam juga digunakan oleh Exco-exco kerajaan di Terengganu,” ujar beliau lagi.
“ Jadi apa salahnya jika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak memutuskan untuk membeli Toyota Camry yang jauh lebih murah untuk kegunaan exco-exconya?” tanya Yb Saifuddin.
Harga pasaran Toyota Camry ialah RM140,000 hinggan RM170,000. Menurut Yb Saifuddin, sementara kerajaan Pakatan Rakyat telah pun menjelaskan pembelian Toyota Camry kerana ia lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol dan penyelenggaraan, BN perlu menjelaskan kepada rakyat alas an pembelian Rolls-Royce, Diamler, Mercedes Kompressor dan BMW untuk kegunaan pegawai dan exco-exconya
“ BN perlu memberi penjelasn kepada rakyat alas an pembelian kereta-kereta mewah ini kerana ia melibatkan pembaziran jutaan wang rakyat,” tambahnya.

-Sumber Suara KeADILan (4-11 Februari 2009)

PERMAINAN POLITIK JIJIK DAN HINA BN DAN NAJIB RAZAK.

Seluruh rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya kembali menyaksikan permainan kotor, jijik dan hina dalam merebut kuasa di negeri Perak. BN-UMNO yang terkenal dengan sedemikian rupa telah membelakangkan hak rakyat dan perlembagaan untuk berkuasa kembali di Perak. Sudahlah dimalukan oleh rakyat pada 8 mac 2008, kemudian di Permatang Pauh da mutakhir di Kuala Terengganu, BN-UMNO masih dilihat lupa semua ini. Mereka bukan cuba untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka akan tetapi meranapkan sedikit sebanyak kepercayaan yang masih diberikan oleh seorang dua orang yang dangkal politik Malaysia. Bahkan kemasukan 2 orang ADUN pencacai PKR ke BN-UMNO yang masih bergelumang dengan tuduhan rasuah wang dan juga rasuah “ betina ” akan mengikis keyakinan seluruh dunia kepada pemimpin yang bakal menjawat jawatan no 1 Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Abd Razak. Tun Dr Mahathir juga meluahkan rasa kekecewaannya apabila BN menerima kemasukan pencacai ke dalam BN. Mereka ini bukan sahaja mengkhianati undi rakyat bahkan menghina institusi Raja Perak. Seperti umum ketahui, selepas kemenangan PR di Perak, 2 orang ini juga yang menimbulkan pelbagai masalah antaranya keinginan pengkhianat Jamaludin Radzi yang begitu kebulur untuk memegang jawatan MB. Sehinggakan Sultan Perak memanggil semua ADUN PR dan mentanda tangani satu perakuan untuk taat setia kepada kerajaan PR dan jangan ada yang keluar dari PR kerana akan menimbulkan masalah kepada kerajaan. Hari ini, jelas lagi terang mereka lah yang mengingkari arahan DYMM Sultan Perak. Media elektronik dan cetak terus menyerang YAB Dato’ Seri Muhammad Nizar menuduh beliau yang menghina dan derhaka kepada Sultan. Lupakah kita apa yang berlaku di Terengganu dan Perlis selepas PRU-12??? Hari ini UMNO-BN cuba menjadi hero yang tidak ada maruah menyatakan mereka la yang mempertahankan institusi Raja berpelembagaan di Malaysia dan Perak.

Penulis cukup pelik kemanakah “ kemaluan ” najib merancang konspirasi meranapkan hak rakyat. Ini kah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6? Cukup tidak bermaruah dan tidak berakhlak. Dengan pendedahan demi pendedahan masalah rasuah, kronisme dan sehinggakan tuduhan pembunuhan Altantuya, Najib sudah lari jauh dari landasan seorang manusia yang berakhlak dan berjiwa rakyat. Dengan wajah yang tidk tahu malu mengumukan memperolehi majoriti mudah memerintah Perak. Padahal, keputusan Speaker untuk mengosongkan 2 kerusi DUN masih dalam peringkat mahkamah. Apakah sudah tersangat kebulur untuk memerintah sehinggakan tidak sempat untuk menunggu keputusan mahkamah atas 2 kes yang membelengu pengkhianat bangsa dan umat ini?

Di saat ini, apa yang harus kita buat adalah terus bersatu dan bersama menumbangkan hantu-hantu dan toyol-toyol gila kuasa. Bukan lgi mengeluarkan kenyataan yang akan mengguriskan hati sahabat kita. Seperti pesanan Dato’ Haji Mahfuz, jangan ada di kalangan ahli PAS yang berkata " inilah perangai orang keADILan ". "orang keADILan tak leh dipercayai ". Jangan sesekali kata macam tu. Adakah kita tahu dan lupa pemimpin PAS juga pernah lari dan masuk BN? Dato’ Nakahaie dulunya pimpinan PAS lari masuk BN. Adakah hendak kata PAS pun tidak boleh dipercayai? Yang salah mereka yang lari, menjadi pencacai, tali barut memusnahkan harapan rakyat kepada mereka sahaja bukannya kepada parti. Parti tetap parti dengan wadah dan perjuangan membela rakyat dan menegakkan Islam. Ketahuilah mereka lari keluar adalah takdir dan pertolongan dari Allah untuk bersihkan jamaah kita dari mereka yang gilakan kuasa dan tamakkan dunia. Sepatutnya kita bersyukur Allah mengeluarkan mereka ini dari jamaah kita.

Semalam umat Islam bermunajat dan mendirikan solat hajat agar Allah memberi pertolongan untuk mengekalkan kuasa kerajaan yang ingin menegakkan agama Allah di Perak. Ada yang berkata kepada penulis “ dah banyak kali kita solat hajat dan munajat ”. jawab penulis, “ bagi Allah segala-galanya mudah. Akan tetapi ketahuilah dihujungnya pasti ada hikmah yang tidak tersimpul oleh fikiran manusia. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah suka mendengar rintihan dan doa dari hamba-hambanya. Bagi Allah, bila disebut “ Kun”, maka jadilah. ”. Bahkan penulis sendiri pun telah menitis airmata bila fikirkan ini adalah mahar perjuangan yang harus di bayar untuk mengakkan Islam dan terkenangkan situsi politik Perak. Terkadang kita di atas, tetapi dijatuhkan dengan perbuatan yang lebih dahsyat dari yahudi. Bagi penulis yang masih lemah dalam semua ini, membayangkan bagaimana perasaan Dato’ Seri Muhammad Nizar dalam menghadapi situasi genting ini. Penulis yang berkesempatan makan tengahari bersama beliau ketika kempen pilihanraya Kuala Terengganu mengenali beliau seorang yang lemah lembut, penyayang dan berkasih saying. Cara beliau duduk, makan, bersembang cukup menyentuh hati penulis dan mengangap beliau adalah bapa yang mithali. Hari ini, kerakusan pemimpin yang gilakan kuasa melaksanakan agenda yang cukup keji.

Sahabat-sahabatku seluruh dunia, ketika umat Islam Palestin berhadapan Israel dan Zionis, kta di Malaysia juga berhadapan pemimpin yang hampir menyerupai perangai yahudi laknatullah. Rampasan kuasa di Perak boleh disamakan dengan kejadian dan cubaan memusnahkan penduduk dan umat palestin oleh kerajaan Yahudi Laknatullah. Teruskanlah berdoa dan bermunajat untuk Allah membantu hamba-hambanya dalam menegakkan agamaNya. Jangan sesekali berhenti merintih, berdoa, bermunajat untuk kembalikan kuasa rakyat di Perak dan dibukakan hati DYMM Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak.

TERUSKAN BERDOA, BERMUNAJAT, MERINTIH MEMOHON ALLAH MEMBUKA HATI DYMM SULTAN UNTUK MEMBUBARKAN DUN DAN MENGEMBALIKAN KUASA PEMILIHAN DI TANGAN RAKYAT….DAN POHONLAH AGAR ALLAH MUSNAHKAN BN DAN KERAJAANNYA..

ALLAHUAKBAR 3X!!!!!!

Thursday, February 5, 2009

‘TRAGEDI HITAM RAMPASAN KUASA DI PERAK…’
Feb 6th, 2009 | By Webmaster | Category: Isi II
Oleh : Mohd Ezli Mashut (LL.B (Hons) UIAM

Laman Blog : www.ezli007.blogspot.com / email :ezli007.blogspot.com /

No Tel : 017-6543974

‘Rampasan kuasa oleh UMNO/Barisan Nasional di Perak Darul Ridzuan merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi di Malaysia. Ia umpama merobek kuasa rakyat dengan melalui taktik kuasa wang, ancaman dan ugutan. Apa yang berlaku tidak ubah sepertimana tindakan Kerajaan Zionist Israel yang tidak menghormati pilihan rakyat Palestin apabila memilih HAMAS sebagai kuasa pentadbir …’

‘Dalam PRU-12 DUN Perak, Pakatan Rakyat mendapat 442,660 undi dan BN 399,565 undi (berdasarkan undi polular). Ini menunjukkan 43,095 lebih undi daripada BN. Menafikan pilihanraya baru adalah satu ketidakadilan’….

Situasi politik di Perak semakin meruncing dan rumit. Kejutan politik yang berlaku kini akan menjadi lipatan sejarah hitam tragedi demokrasi kuasa rakyat di Perak Darul Ridzuan. Detik itu juga akan dikenang sebagai hari ‘Kejatuhan Kerajaan Rakyat Perak ‘ ataupun ‘The Fall Of Perak People Kingdom’ kerana saat itu kuasa wang menjadi raja di sana. Taktik kotor dan jijik itu seumpama tindakan Zionist Israel yang tidak mengiktiraf Kerajaan Hamas yang menjadi pilihan rakyat Palestin untuk mentadbir wilayah tersebut.

Tindakan tidak bermaruah ini iaitu penculikan politik, ancam dan ugut juga sebenarnya telah merampas kuasa pilihan rakyat yang telah membuat pilihan sewaktu 08hb Mac 2008. Kuasa yang sah pilihan rakyat ini juga sewajarnya dipelihara dan dihormati oleh semua pihak khususnya kepada ahli-ahli DUN yang telah diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab.

Sebenarnya rampasan kuasa rakyat ini hanya memberi persepsi dan gambaran jelas keadaan UMNO/BN sudah berada di penghujung kuasa dan pengaruh atau ‘The End Of BN Era’. Jika benar UMNO/BN masih mendapat sokongan rakyat, kepimpinan mereka tidak perlu gentar untuk berhadapan dalam PRU-13 atau pembubaran DUN. Rampasan kuasa ini juga menjadi bukti UMNO/BN sanggup ‘by hook or by crook’ melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa tanpa mempedulikan kuasa pilihan rakyat Perak yang telah menobatkan Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Pada asasnya kini tindakan UMNO/BN merampas kuasa melalui tindakannya hanya akan menyebabkan kerajaan yang dibina bertunjangkan asas-asas yang cukup lemah. Dijangkakan usia kerajaan rampasan kuasa ini hanya akan berkuasa dalam tempoh yang pendek dan penuh pergolakkan. Strategi yang telah dilaksanakan juga akan menjadi asas terbaik untuk Pakatan Rakyat membuka pintu Putrajaya yang dijangka berlaku pada sidang Parlimen bermula 16hb Februari 2009.

Mengikut pemerhatian kita pertukaran kuasa melalui tindakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kabinetnya yang mengikut kehendak lunas-lunas Perlembagaan Malaysia diyakini bakal berlaku antara minggu keempat dan kelima iaitu antara 09hb Mac 2009 sehingga 19hb Mac 2009 ini. Tarikh tersebut amat sesuai untuk pertukaran kuasa kerana saat itu juga UMNO sedang bergelut di saat akhirnya jawatan-jawatan tertinggi yang akan menjadi faktor berpecahnya perpaduan UMNO secara total.

Tempoh 11 bulan Perak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat walaupun satu waktu yang begitu singkat boleh diumpamakan sebagaimana pemerintahan Khalifah Agung Umar Abdul Aziz. Walaupun tempoh pemerintahan Umar Abdul Aziz hanya 2 setengah tahun, era tersebut dikenang sebagai kemuncak tempoh paling gemilang tamadun Islam. Usia pemerintahan yang singkat bukan menjadi faktor penghalang untuk melaksanakan usaha perubahan dan reformatif. 11 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan terus dikenang oleh rakyat Perak generasi akan datang sebagai era tempoh paling gemilang dalam erti kuasa rakyat kuasa keramat.

Rampasan kuasa oleh UMNO/BN ini boleh diibaratkan sepertimana taktik yang digunakan oleh pihak Zionist Israel dalam menghadapi tentangan daripada pimpinan Hamas di Palestin. Kita melihat gaya dan taktik ala-Mossad ini mula menyerap dalam taktik UMNO/BN di Malaysia. Ketika seluruh dunia mengutuk tindakan kejam serangan Zionist Israel kepada rakyat Palestin. Rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang meniru-niru gaya dan taktik pihak yang kejam dan zalim itu.

Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan perlu dipertahankan. Kita melihat tokoh-tokoh pahlawan negeri Perak selama ini yang menjadi pejuang pembebasan menentang penjajah dahulu kini semangatnya kembali memugar. Ketika saat penjajah datang dahulu tokoh-tokoh pejuang seperti Dato Maharajalela, Tok Sagor dan para ulama menunjukkan semangat mempertahankan tanahair dan agama daripada dirobek oleh para penjajah. Tetapi hari ini walaupun penjajah sudah lama diusir tetapi pemikiran dan tindakan UMNO/BN tidak ubah seperti penjajah yang datang ke Perak untuk merampas hak kuasa rakyat melalui rampasan kuasa.Kini pejuang-pejuang yang mempertahankan kuasa rakyat akan menjadi benteng kepada kedaulatan Perak Darul Ridzuan.

Memetik satu catatan bersejarah negeri Perak :

Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat di dalam Hikayat Misa Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair “Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya” sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.

Gambaran sejarah di atas menceritakan saat kegemilangan Negeri Perak pada ketika itu. Mungkin gambaran di atas juga akan tercatat dalam sejarah Perak di mana tahun antara Mac 2008 sehingga Feb 2009 akan dikenang sebagai zaman kegemilangan Perak di mana dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti dan karektor yang tersendiri. Namun episod bersejarah kebangkitan rakyat negeri Perak dalam mempertahankan Kerajaan Rakyat Perak baru sahaja bermula.

Rampasan kuasa terbaru oleh UMNO/BN ini dilihat akan menjadi titik tolak kepada penolakkan rakyat Perak Darul Ridzuan secara total dalam PRU-13. Apabila kuasa rakyat sudah diinjak-injak oleh penguasa korup ini maka letusan kebangkitan rakyat akan diterjemahkan dengan penolakkan secara total terhadap tindakan yang tidak berpelembagaan dan menolak majoriti pilihan rakyat. Ini adalah episod baru perjuangan rakyat yang akan berterusan bermula detik hari ini. Setelah 11 bulan mandat rakyat dinobat, hari ini menjadi saksi mandat itu dirampas dengan rakusnya oleh UMNO/BN.

Berikut adalah beberapa komen menarik yang dipetik dalam laman Facebook Mohammad Nizar Jamaluddin yang menjadi bukti sokongan tidak berbelah-bagi rakyat Perak dan Malaysia.

Nor Sahidah Bt Hamid wrote at 10:12pm

Tidak pernah sekali pun pemimpin tertinggi BN yang berjiwa seperti dato sri. Sanggup memberi kuliah subuh di setiap masjid. memberi tazkirah di surau-surau jabatan kerajaan.Semua dilakukan tanpa sambutan carpet,kompang dan imbuhan. Boleh menjadi imam dengan wirid yang panjang. Talkin kan jenazah, memberi khutbah tanpa teks. Anak2 yang berjaya dunia…

Mohd Shahrir wrote at 10:14pm

Mereka (BN) tewas kepada nafsu dan ketamakan untuk merampas kuasa..kebencian yang meluap dikalangan seluruh rakyat akan akan terbayar juga Insya Allah…Dato’ Seri terus bersabar. Demi Allah dan Rasul, kebatilan tidak pernah kekal. Allah bersama-sama orang yang sabar

Dheva Naveendran Appavoo wrote at 9:43pm

dato seri, i’ve always regarded you as a very good leader and at this point of time where we are facing this diemma, you can be well assured that all the RAKYAT is in support of you and our prayers will always be there for you and the entire PAKATAN RAKYAT.

Mohd Ezli Mashut wrote at 11:56pm

Rampasan kuasa ini akan menjadi detik kebangkitan rakyat untuk terus mengangkat martabat Pakatan Rakyat di Malaysia. Tragedi ini umpama tindakan Zionist Israel yang menzalimi Hamas di Palestin…Ayuh bangkit rakyat pertahan Kerajaan Rakyat Perak…

Sehingga artikel ini ditulis komen-komen sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin terus diterima daripada seluruh pelusuk negeri dan dunia. Ini menjadi bukti bahawa sokongan rakyat semakin meningkat. Intelek rakyat pada hari ini tidak boleh dipermain-mainkan lagi oleh putaran media yang bias dan mengampu.

Rampasan kuasa ini tidak akan berakhir sehingga rakyat kembali bersuara dan menunjukkan kuasa keramatnya. Kita yakin di akhir episod kemelut politik di Perak ini akan lahir hero-hero rakyat yang akan terus mempertahankan kuasa keramat rakyat.

Akhirnya, rampasan kuasa ini akan terus dikutuk sepanjang generasi akan datang. Buku-buku sejarah akan mencatatkan peristiwa hitam ini sebagai detik matinya kuasa rakyat. Namun sejarah perjuangan ini masih bermula. Anda yang sedang membaca ini adalah bakal-bakal hero dan pejuang yang akan menghiasi buku-buku sejarah akan datang jika menjadi benteng pertahanan terakhir mempertahankan kuasa Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan. Ayuh..rakyat Malaysia semua kita bangkit pertahan perjuangan kita daripada tindakan dayus dan zalim ini.