Friday, May 29, 2009

Sidang Media Oleh Dato’ Haji Mahfuz Bin Omar.
28 Mei 2009.
2.30 Petang
Kompleks PAS Pokok Sena, Kedah Darul Aman.


Penguncupan Ekonomi Malaysia.
Penguncupan 6.2 peratus ekonomi Malaysia sudah tentu memberi implikasi negatif untuk rakyat Malaysia. Penguncupan ini di umumkan oleh Bank Negara Malaysia dan menjadikan tahun 2009, peratusan penguncupan ini di bawah paras 1 peratus. Namun Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz memberitahu bahawa tidak akan ada perubahan pada suku tahun ke dua ekonomi Malaysia dan di jangka pulih pada suku tahun ke tiga.

“ Bagaimana boleh suku ke tiga akan pulih seperti sediakala sedangkan suku pertama dan ke dua sudah berlaku penguncupan seperti laporan MIER ?” soal Dato’ Mahfuz.

Beliau juga menjelaskan penguncupan ini akan memberi kesan yang buruk taraf ekonomi rakyat Malaysia. Apa yang dikesalkan sikap kerajaan yang baru mengumumkan penguncupan ini. Kerana Dato’ Seri Najib ( ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan ) memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan berlaku penguncupan ekonomi ( utusan 1 Januari 2009 ) dan beliau juga pernah menyatakan bahawa Malaysia mempunyai daya tahan untuk mengelakkan berlakunya penguncupan ekonomi ( Malaysia Kini 17 Februari 2009 ).

“ Jelas ini satu pembohongan oleh Menteri Kewangan 1 ketika itu. Dan pembohongan ini terbongkar apabila ada desakan agar Malaysia membentangkan langkah-langkah alternatif untuk menghadapi masalah ekonomi global ”.

Beliau kesal kerana Menteri Kewangan 1 tidak melihat jauh permasalahan ini dan cepat menafikan pandangan dan pendapat pakar-pakar ekonomi. Beliau memberi cadangan agar di usulkan pemotongan gaji Dato Seri Najib sebanyak RM 10 dibentangkan dalam parlimen yang bakal bersidang padang 15 Jun ini. Pemotongan ini dibuat kerana pembohongan kepada rakyat seolah-olah Malaysia tidak mengalami masalah ekonomi sedangkan sebaliknya yang berlaku. Beliau juga menambah, usul pemotongan gaji ini mestilah di usulkan oleh pihak kerajaan sebagai menandakan kerajaan sekarang adalah kerajaan yang telus dengan tema “ 1 Malaysia ” dan beliau mengesyorkan supaya Dato’ Seri Nazri Aziz yang membawa usul ini. Pemotongan ini sebagai hukuman moral dan peringatan kepada Menteri Kewangan 1 supaya tidak lagi mengulangi pembohongan kepada rakyat.

Beliau juga mengulangi kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan ketidak yakinan beliau terhadap Najib untuk tangani masalah ekonomi global. Dato’ Haji Mahfuz juga ditanya adakah PR akan mencadangkan agar Menteri Kewangan 1 perlu ditukar dan digantikan dengan pakar ekonomi. Beliau menegaskan

“ setiap Menteri Kewangan 1 mestilah mempunyai kekuatan dan latar belakang ekonomi dan semestinya bersikap terbuka untuk menerima pendapat dan pandangan dari mereka yang pakar. Dan faktor ini tiada pada Najib ”. tegas beliau.

“ sehingga sekarang saya belum dapat melihat plan yang konkrit untuk Malaysia menghadapi masalah ekonomi global ini dan saya tidak yakin Malaysia akan pulih pada suku ke tiga sedangkan suku ke pertama dan kedua sudah mencatatkan penguncupan ”.

“ bahkan rakyat ingin tahu ke mana pergi pakej ransangan ekonomi RM 60 bilion yang diumumkan oleh Najib pada mac lalu, keberkesanan perlaksanaannya, dan semua ini mesti dibahaskan dalam parlimen untuk pengetahuan rakyat keseluruhan ”.

Keputusan tergesa-gesa.
Keputusan Kementerian Pelajaran untuk menghadkan hanya 10 subjek bagi setiap calon SPM mulai tahun depan dilihat sebagai tindakan dan keputusan yang tidak wajar dan tergesa-gesa. Keputusan ini dilihat akan memberi kesan negatif dan masalah kepada pelajar-pelajar sekolah agama.

Keputusan ini akan melahirkan lepasan sekolah agama yang lemah kerana tidak dapat menguasai ilmu khusus tentang agama. Pelajar-pelajar ini apabila memasuki Universiti akan ketinggalan kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan pengajian ilmu agama yang agak tinggi disebabkan tidak memperlajari secara mendalam ilmu tersebut di sekolah menengah.

“ apa salahnya kalau ada yang hendak ambil lebih dari 10? Dan kalau alasan untuk menghadkan pengambilan subjek untuk SPM berkaitan dengan biasiswa, berapa orang sangat yang ambil sampai 20 subjek? Kalau setakat Madihah seorang pun kerajaan tak mampu beri biasiswa, andai lepas ini beribu yang dapat 10 A, mampukah kerajaan bagi biasiswa? ” Tanya Dato’ Mahfuz.

“ sepatutnya kerajaan berasa bangga apabila ada pelajar yang mampu memperolehi sehingga 20 A dan ini membuktikan Malaysia mempunyai penduduk yang cerdik ”.

Pilihanraya kecil Penanti
Dato’ Mahfuz meminta pihak SPR mengambil tindakan terhadap Khairy Jamaludin apabila menghasut pengundi-pengundi Penanti supaya tidak keluar mengundi pada 31 Mei nanti. Proses pengundian merupakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia apabila cukup umur. Kenyataan Khairy Jamaludin boleh mendorong supaya rakyat menolak proses demokrasi yang dijunjung di Malaysia.

Beliau uga menegaskan bahawa menghasut dan menghalang supaya orang ramai tidak keluar mengundi adalah satu kesalahan. Dan ini seolah-olah menghina SPR kerana setiap kali pilihanraya diadakan sudah tentu SPR ingin melihat peratusan keluar mengundi mencatat peratusan yang tinggi untuk membuktikan keberkesanan gerak kerja SPR. Namun, masih ada yang sanggup menghasut rakyat supaya tidak keluar mengundi.

Sidang media ini dibuat atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen Malaysia.

Thursday, May 21, 2009

Salam....
Kepada semua teman-teman,marilah kita sama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T agar diberikan kemenangan dalam kes YAB Dato Seri Muhammad Nizar Jamaludin. Pastikan demokrasi terus subur untuk rakyat. MENGEKALKAN KEMENANGAN RAKYAT!!!!

Friday, May 15, 2009

Siapakah hakim yang benarkan permohonan Zambry ?
KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim."Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama."Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar."Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya. Harakahdaily.
SELAMAT HARI GURU-BUAT GURU-GURUKU.....
Sempena 16 Mei 2009, Hari Guru yang di sambut di Malaysia, aku yang pernah bergelar pelajar dan sekarang masih lagi bergelar pelajar ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat GURU-GURUKU di Sekolah Rendah Islam (SRI) ABIM, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum ( SMIDU ) dan guru-guru yang sudi mengajar diriku ini tanpa penat lelah. Terima Kasih guru-guruku yang sudi menabur ilmu pada insan yang kerdil ini dalam memanusiakan manusia. Semoga jasa dan bakti kalian di beri pahala di sisi ALLAH dan diberikan ganjaran yang berupa Syurga........

Friday, May 8, 2009

REALITIKAN AMANAT DAN WASIAT UST FADZIL !!!
Ketokohan, keperibadian dan sikap pertanggungjawaban yang ditunjukkan oleh Almarhum Ust Fadzil Mohd Noor disegani kawan dan lawan, dikagumi sahabat dan musuh. Sentiasa berusaha memastikan PAS berada ditahap sekarang, di persada politik perdana melebihi UMNO. Di tengah kegawatan pencabulan demokrasi yang berlaku pada tahun 1998 selepas kemuncak kebangkitan rakyat menentang pemecatan yang tidak bermaruah terhadap Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ust Fadzil mengorak langkah menubuhkan GERAK yang dianggotai parti-parti politik dan NGO-NGO. Sikap cepat bertindak untuk kepentingan rakyat dipuji ramai pihak. Melalui GERAK, beliau menyatupadukan rakyat Malaysia menentang kezaliman, penindasan, kuku besi dan sebagainya. Presiden PAS itu juga telah memberi satu amanat dan wasiat yang penting kepada semua pimpinan, pendokong, ahli dan penyokong PAS terhadap konsep kepimpinan di dalam organisasi parti PAS. Konsep “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ” menjadi tema yang cukup berkesan menarik ramai pihak menyertai PAS. Konsep ini secara tidak langsung membuang sedikit sebanyak teori hanya PAK LEBAI KAMPUNG sahaja yang layak menyertai PAS. Mantan MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid pernah menyatakan “ Dimana ada padi, di situ ada pondok. Dan dimana ada pondok, di situ ada PAS ”. 3P ini seolah menjadi kenyataan. Padi,Pondok, PAS. Manakan tidak, umum mengetahui PAS lahir dari jiwa-jiwa yang betul-betul ingin melihat Islam tertegak di muka bumi Malaysia. Perjuangan mereka bukan kerana wang ringgit, harta benda dan ganjaran. Walaupun mereka hanya berpendidikan pondok, mengerjakan sawah namun keringat mereka untuk perjuangan PAS tidak boleh dipertikaikan. Justeru apabila ada golongan professional, Ust Fadzil selaku Presiden ketika itu mengetengahkan konsep ini agar semua golongan tidak tersisih dan diketepikan dalam kerjasama dan pengembelingan tenaga ke arah penubuhan Negara Islam Malaysia. Ini kerana setiap kali menjelang muktamar dan pemilihan pucuk pimpinan, akan ada provokasi dan sikap melaga-lagakan pimpinan PAS di dalam pertikaian dan perselisihan antara memilih ulama atau professional yang akan menerajui PAS. Justeru konsep ini sangat relevan. Namun, Allah lebih menyayangi Ust Fadzil. Seluruh Malaysia dikejutkan dengan pemergian beliau mengadap ilahi pada 23 Jun 2002. seluruh pendokong, ahli dan penyokong PAS menangisi pemergian beliau. Justeru kehadiran melebihi 500 ribu orang ketika pengkebumian beliau tidak memeranjatkan. Seluruh rakyat ingin melihat dan memberi penghormatan terakhir kepada Presiden PAS itu. Dan ALLAH telah menunjukkan kepada kita semua jasa-jasa beliau dan pengorbanan beliau harus di ikuti dan di contohi. Awan melindungi pesawat yang membawa jasad beliau menunjukkan segala-galanya.
Hari ini, provokasi dan cubaan melaga-lagakan pimpinan PAS dalam penentuan samada professional atau ulama kan yang akan menerajui PAS timbul semula. Di saat ramai melupakan konsep yang di ketengahkan mantan Presiden PAS yang lalu. Apa yang menyedihkan, ada pimpinan PAS yang dilihat seoah-olah termakan dengan provokasi dan hasutan tersebut. Kalau UMNO setiap kali pemilihan pucuk pimpinan, kita akan dihidangkan individu yang di dakwa menggunakan politik wang untuk memenangi jawatan tetapi PAS dihidangkan perselisihan memilih pucuk pimpinan di kalangan ulama dan professional. Ada yang inginkan ulama memimpin dan professional membantu. Ada golongan yang inginkan professional memimpin dan ulama menasihati. Dan ada juga golongan yang hendakkan ulama dan professional sama-sama memimpin. Juga tidak ketinggalan ada golongan yang inginkan ulama sahaja memimpin dan juga sebaliknya iaitu inginkan professional yang memimpin. Hanya segelintir pimpinan menyahut konsep dan saranan mantan Presiden PAS, Ust Fadzil. Yang sudah mempunyai latar belakang pendidikan agama berusaha menambahkan ilmu pengetahuannya dalam ilmu-ilmu professional moden. Mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang professional untuk membolehkan mereka tidak terkepung di bawah satu bidang sahaja atau menjadi ulama sahaja. Antaranya :

1. AJK PAS Pusat, Dr Mohd Mujahid Bin Yusof Rawa – beliau belajar bidang agama untuk ijazah pertamanya dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengajar apabia pulang ke Malaysia. Kemudian ( mungkin menyahut amanat dan saranan Ust Fadzil ) beliau menyambung pelajarannya dalam bidang Pengurusan di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan seerusnya memperolehi Phd dalam bidang Pengurusan dari Universiti tersebut. Ini boleh dianggap beliau adalah ulama professional dalam PAS.
2. Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharudin Bin Mat Isa atau lebih dikenali Ust Nasa juga boleh dimasukkan dalam kategori ini. Beliau yang menuntut di ITM kemudian menyambung pengajian ke Jordan dan seterusnya menjadi pensyarah di UKM dan UIA dalam bidang Syriah dan Perundangan.

Bagi yang mempunyai asas pendidikan professional pula, mereka mula menambahkan ilmu mereka dengan menyertai kelas-kelas agama dan terus menyambung pelajaran mereka secara formal dalam bidang agama. Antara contoh yang ketara adalah :

1. Datuk Husam Bin Musa, sebagai seorang anak tok guru yang terkenal di negeri Kelantan, apabila mengikuti pengajian di peringkat Universiti, beliau memilih bidang professional iaitu ekonomi. Selepas tamat belajar Husam merasakan beliau cacat kerana tidak boleh merujuk urusan agamanya melalui sumber asal Al-Quran dan hadis dalam bahasa arab. Lalu Husam pergi ke Jordan dan mengikuti pengajian bahas arab di sana untuk sekian lama. Selepas pulang, Husam tidak kekok lagi berhujah dalam bidang agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis kerana mampu menguasai bahasa arab dan merujuk urusan agamanya kepada rujukan asal.

2. Satu lagi contoh yang diketahui menyahut amanat dan saranan Ust Fadzil adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ariffin Deraman. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang IT dari USM, Pulau Pinang. Selepas tamat belajar, beliau bekerja dengab PAS Terengganu untuk memantapkan bidang teknologi maklumatnya. Mungkin kerana merasakan dirinya tidak lengkap, selepas bekerja sekian lama dengan PAS Terengganu, Ariffin belajar semula secara separuh masa dan mendapat tempt untuk belajar di Universiti Al-Azhar. Kini setelah pulang, Ariffin yang pakar IT sudah dipanggil “ Ustaz ” kerana dia juga mempunyai ilmu agama dan mendapat ijazah dari Al-Azhar.

3. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad juga boleh dijadikan contoh. Beliau adalah pakar dalam bidang racun dan menjadi pensyarah dalam bidang toksikologi di USM Kubang Kerian, Kelantan. Namun cubalah untik berhujah dengan beliau tentang agama. Kalau calang-calang Ustaz sudah tentu akan tertunduk oleh beliau.

Ada pihak yang menggelarkan golongan ini yang belajar bidang agama dan professional sebagai “ mee celup ” ( sekejap dalam kuali sahaja ) dan mereka yang belajar dalam satu bidang sahaja digelar “ mee goreng ” ( lama dalam kuali ).
Hujah sedemikian sangat tidak relevan di saat PAS semakin dterima rakyat tidak kira bangsa dan agama sehinggakan tertubuh kelab penyokong PAS. Golongan yang belajar kedua-dua bidang adalah berusaha untuk melengkapkan diri mereka dengan segala sudut ilmu agama dan professional. Dan golongan yang menuntut di satu bidang sahaja, tidak menjadi suatu kesalahan apabila mereka tidak menuntut dalam bidang professional.
Terbuktilah masih lagi ada segelintir pimpinan yang berusaha mencapai amanat dan saranan Ust Fadzil. Seolah-olah sudah tidak wujud lagi istilah hanya satu golongan yang menerajui PAS seperti ucapan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Bin Nik Mat sekembalinya beliau dari tanah air baru-baru ini.
“ saya tidak nampak ada kekeliruan tentang apa yang dikatakan pertembungan antara ulama dan professional dalam PAS. Kini ulama kami adalah professional dan professional kami juga adalah ulama. Jadi saya tidak nampak sebarang masalah di sini ”.
Bagi golongan yang memperjuangkan satu-satu golongan sahaja, mereka ini dilihat ketinggalan zaman arus politik Malaysia. Mungkin hati kecil mereka seronok melihat perpecahan di kalangan pimppinan PAS dan menabur baja dilemma dikalangan ahli. Golongan ini sebenarnya bimbang akan terjejas kedudukan atau pengaruh yang diperolehi dsan seolah-olah seronok melihat percakaran di kalangan akar umbi. Apa yang jelas, terbukti golongan ini tidak dapat menerima orng lain yang lebih dari mereka dan jelad menunjukkan kelemahan diri mereka.
Apa yang penting pada muktamar kali ini, harus ada reform ke arah pembaikan saf kepimpinan PAS yang lebih baik dan mengantikan pimpinan yang hanya pandai bercakap dengan mulut namun susah laksanakan amanah yang diberikan. Bukan kerana mereka ulama atau professional kerana ia telah di selesaikan oleh Ust Fadzil 10 tahun yang lalu “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ” dan kenyataan YAB Tuan Guru Mursyidul Am Pas “ ULAMA KAMI ADALAH PROFESIONAL DAN PROFESIONAL KAMI ADALAH ULAMA ”.
penulis adalah Setiausaha Kerja ADUN Bukit Lada.
APABILA PARTI PEMERINTAH TAKUT KEPADA BAYANG-BAYANG.
SPR hari ini mengumumkan keputusan tarikh pilihanraya kecil DUN Penanti Pulau Pinang. Pilihanraya kecil kali ini dilaksanakan berikutan perletakkan jawatan oleh ADUN Penanti, YB Muhammad Fairuz yang juga TKM 1 Pulau Pinang. Pelbagai spekulasi yang timbul berikutan kelewatan pengumuman oleh SPR. Bahkan timbul desas-desus yang tidak keruan. Antaranya muncul desas-desus bahawa BN-UMNO yang merupakan parti pemerintah persekutuan tidak mahu meletakkan calon di PRK kali ini. Ini adalah antara ucapan Presiden UMNO. Akan tetapi, ramai pimpinan UMNO mahukan BN meletakkan calon. Juga disebut bahawa pilihanraya menyebabkan pembaziran wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menghadapi situasi kegawatan ekonomi global yang melanda Malaysia. Bagi pihak Pakatan Rakyat sangat mengalu-alukan keputusan BN untuk tidak meletakkan calonnya. Situasi sekarang yang menyebabkan PR berasa yakin kemenangan akan menyebelahi perjuangan rakyat yang didokong oleh PR. Sesudah kemenangan 4 -1 dalam PRK setakat ini membuatkan BN bagaikan menikus takut berhadapan rakyat.

SPR telah membuat keputusan penamaan calon pada 23 Mei 2009 dan hari pembuangan undi pada 31 Mei 2009. Namun di sebalik semua ini, SPR juga membuat beberapa undang-undang yang dilihat menafikan sistem demokrasi dalam Malaysia. Parti politik tidak dibenarkan mendirikan bangsal panas dan merayu undi pada hari pembuangan undi. Undang-undang yang dilihat memihak kepada BN. Maklum tahu, BN cukup takut apabila rakyat berubah fikiran di saat-saat akhir sebelum memasuki kawasan pembuangan undi. Disebabkan kesungguhan perayu undi PR yang gigih berkempen di saat-saat akhir. Berbeza dengan perayu undi BN yang hanya mampu bertahan hingga jam 12 tengahari. Sebelum itu, juga ada aura-ura untuk menghadkan jumlah penyokong ketika penamaan calon, hari pengundian dan ketika pengumuman keputusan. Undang-undang rimba yang menyekat kebebasan rakyat untuk menyokong mana-mana parti politik dalam Malaysia. SPR dilihat dalam keadaan terdesak untuk berhadapan dengan rakyat dan dalam keadaan tertekan untuk membantu kemenangan BN.

BN dalam keadaan cukup dilemma. Mereka takut berhadapan dengan rakyat yang pasti membawa kekalahan buat kali ke-5 sekaligus menjatuhkan air muka dan moral di mata rakyat. Akan tetapi, jika tidak meletakkan calon, tercipta 1 sejarah baru Malaysia, parti pemerintah takut berhadapan dengan rakyat dan juga sekaligus menjatuhkan moral mereka. Pengalaman berhadapan dengan situasi ketika berpuluh ribu rakyat bersama mengiringi calon PR di dua PRK terbaru membuatkan mereka tidak tidur lena sehinggakan undang-undang yang tidak relevan terpaksa di adakan. Bermatlamatkan untuk memastikan kemenangan menyebelahi BN walau apa cara sekalipun tanpa mereka sedari setiap perbuatan dan perkara yang mereka lakukan menambahkan kebencian rakyat dan keinginan rakyat menumbangkan kerajaan BN memuncak. Krisis yang berlaku di Perak adalah punca yang membuatkan rakyat begitu marah dengan BN. Apabila demokrasi dicabuli hanya semata-mata memastikan kekuasaan terus di genggaman pemerintah kuku besi di dalam Malaysia. PR harus sentiasa bersiap siaga berhadapan dengan pelbagai serangan dari pelbagai sudut untuk merosakkan sokongan rakyat kepada kepimpinan PR. Inilah masa serangan maut untuk menumbangkan kerajaan BN dan dalam masa yang memperkukuhkan hubungan di kalangan pimpinan PR.