Wednesday, January 9, 2008

Perjalanan Umrah 4...................................
Sesudah niat di miqat masjid bir ali (Dzulhulaifah), aku sempat bergambar dengan pakaian ihram. Selesai jer bergambar, kami pun menaiki bas untuk bertolak ke Makkah Al-Mukarramah. Baru jer naik bas, tak sempat nak bergerak, bas buat hal plak. Ada masalah kat minyak hitam. Bas terpaksa di service terlebih dahulu. Hampir 15 minit kami menengung dalam bas. Tapi tak dok saja la. Kami bertalbiah memuji Allah sebagai tetamu Allah. Labbaikallahummalabaik, Labbaikala syarikala kala baik, dan seterusnya. Sepanjang perjalanan ke Makkah, kami sentiasa bertalbiah sampai la aku tertido. Letih sangat2. Sampai la kat satu tempat tu, kami berhenti untuk solat subuh. Lebih kurang setengah jam la kami berhenti kat situ. Seterusnya kami terus bertolak ke Makkah Al-Mukarramah. Sampai jer kat pintu masuk Makkah, aku terjaga dari tertido. Rasa sayu jer bila sampai kat pintu Makkah Al-Mukarramah. Walaupun kali sebelum ini aku dah jejak kaki kat sini, tapi rasa belum puas lagi. Kami terus ke hotel penginapan terlebih dahulu. Hotel yang kami duduk tu pulak, lorong dia sempit jer. Bas kami tu susah nak masuk. Nak parking pun susah. Aku menginap kat Hotel Jazirah Saqar. Kawan aku pulak menginap di hotel yang berdepan dengan hotel aku. Sebab dia ambil pakej khas. Setelah selesai meletak barang dalam bilik, aku pun terus menuju ke Masjidil Haram untuk lakukan umrah pertama....
Perjalanan Umrah 5................( Umrah Pertama )
Perjalanan Umrah 3.....................................
Alhmadulillah, kami selesai gak dekat sempadan Jordan-Saudi. Sekarang bas dah mula bergerak menuju destinasi utama iaitu Makkah Al-Mukarramah. Tapi tak sampai setegah jam jalan, bas berhenti berehat. Aku macam nak marah jer. Tadikan dah berhenti kat sempadan. Jalan la sikit lagi. Tapi kenalah sabar gak. Nak jadi tetamu Allah kan??? Kami berhenti kat tempat rehat tu lebih kurang setengah jam gak la. Yang syoknya, kat tempat tu da jual sim kad arab saudi. Da la sorang rombongan kami ni dari orang arab (yer la aku pi dengan rombongan arab) beli sim kad tersebut. Lepas jer dia call famili dia, kawan-kawan dia pakat nak pinjam. Dia ni plak murah hati. Bagilah kawan-kawan pinjam untuk call famili, tengok2 dah habis kredit. Dia macam sedih jer. Aku ngan kawan aku macam nak tergelak. Yer la. Kad sim tu mahal sangat-sangat. 1 kad sim 150 riyal. Lebih kurang RM 150. Awal tu aku pun cadang nak beli. Bila tahu jer harga macam tu, terus cancel. Aku pun bawa 500 Riyal jer. Mati aku nanti. Tapi tak perla. Saja nak citer jer. Pastu bas kami terus bergerak selepas setengah jam berhenti. Sepanjang perjalan tu, nak cerita perkara best pun tak da. Yer la, keliling pada pasir. Sampai aku terpaksa menutup tirai sepanjang perjalanan sebab tak tahan haba panas. Tak leh nak bayangkan macam mana Rasulullah berhijrah dalam keadaan macam tu. Ni dalam bas pun dah tak tahan. Kami terus bergerak menuju destinansi. Sampai waktu zohor, kami berhenti satu tempat tu. Aku tak ingat nama tempat tu. Tapi yang pasti sebuah stesen minyak. Kami berhenti untuk solat zohor dan asar. Solat jama’. Lepas selesai jer, kami terus bergerak. Nak sampai maghrib, kami berhenti kat Tima (bacaan Taima’ ). Kat situ kami berhenti lama sikit sebab nak mandi lagi, rehat2, solat maghrib dan isya’ lagi. Lebih kurang 2 jam kami berehat, kami terus bergerak menuju ke Madinah Al-Munawwarah untuk miqat umrah kat Bir Ali. Lebih kurang pukul 10 malam, kami masuk Madinah Al-Munawwarah dan terus ke Masjid Bir Ali untuk miqat kat sana. Waktu kat Taima’ tadi aku tak mandi. Jadi, ni lah peluang nak segarkan badan selepas seharian tak mandi. Aku mandi puas2 kat situ walaupun air suam. Yer la. Negara panas. Lepas mandi, aku pun pakai ihram dan terus solat sunat 2 rakaat aku pun pasang niat nak lakukan umrah.. Kemudian kami pun bertolak ke Makkah Al-Mukarramah.......
Perjalanan Umrah 4.................( Sesampai Di Makkah Al-Mukarramah )