Saturday, April 18, 2009

Surat Husam kepada MB Perak
Dato' Husam Musa

YB Dato' Zambry Abdul Kadir,
ADUN Pangkor, Perak Darul Ridwan.

Assalamualaikum wr wt.

PEMBUBARAN DUN PERAK

Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sihat sejahtera.

Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya.

Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai ?Menteri Besar? tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak.

Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah.

Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan.

Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.

Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil?

Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai ?Menteri Besar Perak? sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?

Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.

Salam
Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi?ul Akhir 1430/ 9 April 2009_
SPR : LAIN DI PERAK, LAIN DI PULAU PINANG
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Ya, apabila berlaku perletakan jawatan , siapa yang menerima surat perletakan jawatan tersebut? Tentulah Speaker Dewan dan sudah tentulah Speaker yang mengesahkan adanya kekosongan kerusi Derwan Undangan dan tugas Speaker memaklumkan hal tersebut kepada SPR.
Jelasnya di sini, bahawa bukan tugas SPR untuk menentukan adanya kekosongan kerusi dewan undangan negeri ; tetapi Speakerlah yang menentukannya dan Speakerlah yang menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan tersebut kepada SPR dan SPR hanya perlu mengadakan mesyuarat untuk melaksanakan pilihanraya tersebut - bukan untuk membincangkan kesahihan perletakan jawatan oleh Fairuz.
Ya, memang begitulah yang sepatutnya berlaku mengikut tata cara perlembagaan : SPR akan bertindak sebaik sahaja menerima notis kekosongan tersebut daripada Speaker.
SPR tidak perlu panggil Fairuz untuk minta penjelasan lanjut.Cukup menerima notis daripada Speaker. Fairuz pun tidak perlu pi jumpa SPR untuk beritahu perletakan jawatanya itu.
Tetapi, keadaan ini tidak dapat di terima dalam isu perletakan jawatan 3 Katak di Perak. Jom kita sororoti kes yang berlaku di Perak
Mahkamah Persekutuan telah 'overule' Speaker Sivakumar yang mengisytiharkan 3 katak itu meletakan jawatan mereka.
Tetapi, Mahkamah pula memutuskan bahawa hak menentukan kekosongan tersebut adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihanaya. Speaker hanyalah Pak Pacak?
Kemana perginya doktrin pengasingan kuasa yang menjadi asas kepada sistem demokrasi negara?
Pelik sungguh apabila keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada 3 katak walaupun peguam bela mereka gagal membuktikan bahawa surat perletakan jawatan mereka ditandatangani dengan cara paksaan tanpa kerelaan mereka sendiri.
18 April 2009

SIDANG DUN PERAK : SPEAKER DI HINA ???

"Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker" Kata V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang.

Beliau memaklumkan kepada media tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatut dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" DUN."Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Hj. Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approch" dan tidak ikut protokol" memaklum perkenan itu kepada ADUN.Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata " kenapa kelam kabut" ?

Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekira Speaker Dewan Rakyar, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri ?

Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontraversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa " tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang.

Semasa ditanya kepada ADUN Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyuokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah ADUN PR akan hadir pada sidang 7 Mei. Katanya " Perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu di sampaikan kepada kami, sah atau tidak".

"Sekali lagi BN buat telur busuk" kata Khalil.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.-

Friday, April 17, 2009

Dari seorang pengunjung blog The Scribe A.Kadir Jasin:
Dato:
Saya rasa Dato harus menghentikan usaha mem-propaganda-kan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.Tolonglah bercakap secara jujur dan terus-terang. Janganlah menjujung buta-buta axis Najib-Mahathir.
Soalan utama yang ingin saya kemukakan di sini: Siapa kata jemaah/kabinet Menteri Najib itu secara menyeluruhnya 'kecil' seperti kata Dato?Biar saya huraikan.

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).
Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).
Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).
Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!
Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia. Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.
Negara-negara dengan bilangan penduduk yang dua atau tiga kali ganda penduduk daripada Malaysia pun ada yang saiz kabinetnya lagi kecil daripada kabinet menteri negara kita.
Bayangkanlah.Mengikut satu kajian sains mengenai saiz kabinet yang paling efisyen, apa-apa kabinet yang lebih besar dari 20 menteri sudah kira semakin kurang efisyen (the "20-person rule" -- hukum 20 orang).
Najib sudah jauh melangkau nombor 20 itu (sudah kurang efisyen), dan lebih daripada itu menambahkan lagi bilangan timbalan menteri dengan mengisi jawatan-jawatan ini dengan orang-orang politik yang tidak semestinya layak atas merit atau kebolehan semata-matta:-- golongan ahli politik dari Sabah ditambah ramai (kerana bimbang mereka akan menarik balik sokongan mereka kepada Barisan)
Memberi 4 jawatan menteri kepada MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya 2008, sama seperti bilangan jawatan menteri tahun 2004 di mana MCA menang besar;
Najib melantik orang politik yang telah kalah teruk dalam pilihanraya umum (iaitu orang-orang yang tidak diiktiraf oleh rakyat): Koh Tsu Koon dari Gerakan (parti yang hancur kalah ranap di pilihanraya 2008), Shahrizat Jalil,Chew Mei Fun dan Awang Adek Hussin.
Semuanya ditolak rakyat masa pilihanraya.Ramai daripada menteri kabinet adalah sisa-sisa dari rejim Mahathir dan Abdullah Badawi juga.Jadi Dato, macam mana Dato boleh tergamak nak sebut kabinet Najib ini "menarik"?
Tolong jujur sikitlah Dato kalau nak dilihat sebagai penganalisa politik yang boleh dipercaya.Kalau Dato tidak boleh mengimbangkan komen yang positif dengan komen dan kritikan yang negatif, dan cuma menghelah rakyat dengan memberi komen-komen yang lembut dan manis sahaja, saya rasa baik Dato tolak jemputan masuk televisyen untuk rancangan-rancangan berbentuk 'analisis'.Para pembaca sekalian harus juga was-was apabila membaca tulisan Dato Kadir Jasin dan para penganalisa politik yang sewaktu dengan beliau agar tidak menelan bulat-bulat semua yang dikatakan mereka sebagai benar dan betul. Gunakanlah akal fikiran untuk menilai tulisan-tulisan mereka ini dengan berhati-hati. Luaskan bacaan dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang berbeza untuk mengimbangkan pandangan yang sempit.Wassalam.
Pilihanraya kecil: Siapa Penakut?

KERAJAAN Selangor takut, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus. Sebab itu, ia memujuk Elizabeth Wong kembali sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.

Shukor berkata, jika peletakan jawatan Wong diterima, maka kerajaan negeri akan menghadapi rakyat yang kini tahu bagaimana menilai prestasinya sejak setahun memerintah negeri berkenaan. Katanya, rekod kerajaan negeri buruk dan itu jadi punca ketakutannya melepaskan Wong.

Shukor juga berkata, langkah kerajaan negeri itu juga menunjukkan kerajaan negeri tiada mempunyai pemimpin yang sesuai untuk diketengahkan jika berlaku pilihanraya kecil.

Namun lain pula nada Umno di Pulau Pinang. Sebaik pecah khabar Ahli Dewan Negeri Penanti, Mohamad Fairuz Khairuddin meletak jawatan, Ketua Pembangkang dari Umno, Datuk Azhar Ibrahim berkata, itu adalah helah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merugikan dana awam.
Katanya, pilihanraya hanya akan menyusahkan rakyat.

Sementara sekutunya dalam Barisan Nasional Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dari MCA dan Dr Teng Hock Nan dari Gerakan berpendapat, pengumuman peletakan jawatan Fairus itu adalah cara PKR untuk meraih publisiti.

Oleh itu, mereka dan beberapa kerabat Barisan Nasional menyimpulkan bahawa tindakan PKR menggunakan pendekatan ini untuk “membersarakan” wakil-wakil rakyatnya yang bermasalah, adalah satu “salahguna” proses demokrasi.

Mereka menyebut pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh; Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah dan terakhir sekali mungkin bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, sebagai alasan hujah.

Laungan mereka ini disokong oleh kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Aziz Yusof apabila beliau menyatakan pilihanraya kecil memakan biaya yang besar.

Bagaimanapun katanya, jika ada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun parlimen, SPR tetap akan menguruskan pilihanraya kecil demi memastikan rakyat mempunyai wakil yang sah di dewan berkenaan.

Namun yang menjadi persoalan mengapa soal belanja dijadikan asas perkiraan? Benarkah ini merugikan? Jika benar, maka betullah tindakan kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak mahu pilihanraya kecil berlaku di Bukit Lanjan kerana soal kos pilihanraya. Jika demikian, kurang bijaklah Ketua Pemuda Umno Selangor mengatakan kerajaan negeri takut menghadapi rakyat!
Namun apabila PKR berani dan sanggup pula mengosongkan kerusi Penanti hanya untuk mengisinya dengan calon yang lebih efektif, tindakan itu dikatakan sebagai membazir dan menyusahkan rakyat.

Jika benar demikian kenapa Umno tidak rujuk sahaja kepada dan bekas Menterinya, Shahrir Samad berhubung tindakannya meletak jawatan ahli Parlimen Johor Bahru dan bertanding semula sebagai calon bebas lebih 20 tahun lalu? Shahrir bukan sahaja menang malah dapat membuktikan Umno (terutama Umno baru yang didaftar semula pada 1988) sudah tidak dapat kepercayaan rakyat lagi.

Oleh itu Umno perlu tentukan sikap – perlu atau tidak pilihanraya kecil di Penanti diadakan? Bila Pakatan Rakyat tidak mahu izinkan pilihanraya kecil berlaku di Bukit Lanjan, ia dikatakan penakut. Namun apabila ia hendak diadakan di Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan peluang menang tipis, ia dikatakan membazir.

Wakil PKR di Bukit Selambau meletakkan jawatan dan melorongkan pilihanraya kecil berlaku kerana keselamatan beliau dan keluarga terancam. Laporan polis dibuat, tetapi tiada tindakan tegas diambil. Bagaimana Arumugam hendak menumpukan perhatian kepada tugasnya jika keselamatan beliau tidak keluarga tidak terjamin? Maka beliau berhenti. Dan, pilihanraya kecil berlaku.

Fairuz pula berhenti kerana hendak beri tumpuan kepada keluarga dan melanjutkan pelajaran. Beliau juga hendak mengambil peluang di luar lingkungan tugas politik untuk membersihkan namanya dari pelbagai tohmahan. Salahkah tindakan itu?

Kes pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh lapan bulan lalu adalah unik. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua orang, baik kawan mahupun lawan akan mengakui hakikat bahawa potensi beliau sebagai pemimpin adalah besar. Dan, beliau tidak boleh menjadi wakil rakyat kerana dianiaya oleh musuh-musuh politiknya. Maka salahkan jika isterinya berkorban melepaskan kerusi parlimen supaya Anwar bertanding dan rakyat dan negara dapat memanfaatkan potensi kepemimpinannya?

Kini jelas kedudukan, mentaliti dan tahap keyakinan diri Umno. Jika Umno berani menghadapi rakyat, adakanlah pilihanraya kecil Behrang dan Cangkat Jering. Lebih baik lagi bubarkanlah Dewan Undangan Negeri. Ini akan membantu selesaikan kemelut politik Perak. Itu baru berani namanya. (TVantara)

Wednesday, April 15, 2009

AYUH BERKAMPUNG DI PENANTI PULAK......
Tadi handfone aku berbunyi mesej. Mesej dari Harakah. Maklumlah, semenjak bekerja dengan orang politik, aku melanggan harakah melalui khidmat pesanan ringkas yang dikenakan bayaran RM5 sebulan. Murahkan? berita kali ini, berita yang sudah dijangkakan pelbagai pihak. Termasuk aku. Cuma aku berdoa agar tidak menjadi realiti. Namun, aku yakin ALLAh nakkan kami turun untuk berjuang lagi mencapai matlamat yang diimpikan. YB Mohd Fairuz Khairuddin, Mantan TKM 1 Pulau Pinang memaklumkan beliau telah meletak jawatan sebagai ADUN Penanti berkuatkuasa hari ni. Alasan yang diberikan adalah untuk menumpukan sepenuh masa kepada pengajian kerana beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian siswazah lanjutan. Dan juga ingin memberi masa kepada keluarga yang banyak berkorban. Aku hormati keputusannya. Mengikut undang-undang, SPR mesti menetapkan tarikh untuk pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari. Cuma sekarang ni, marilah kita turun memastikan kerusi Penanti terus kekal di tangan PR walaupun yang bakal menjadi calon adalah PKR.....Sama-samalah kita mendoakan agar diberikan kemenangan lagi untuk untuk PRK kali ni.

Tuesday, April 14, 2009

Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi PAS. Sekarang ini PAS Kawasan di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat.

Saya menjangkakan tahun ini akan ada pemimpin baru yang muncul untuk mendepani POLITIK BARU yang diasaskan oleh PAS. Antara nama-nama baru yang bakal diketengahkan ialah Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang begitu popular dan telah teruji kepimpinan dan ketahanannya.
Nizar berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai karisma, personaliti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Beliau sudahpun memperolehi pencalonan sebagai Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.
Selain Nizar saya menjangkakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Azizan Abdul Razak juga akan melakukan 'comeback' setelah tidak dipilih menjadi Naib Presiden pada pemilihan lalu.
Beliau juga membuktikan keupayaannya memimpin kerajaan Kedah sehingga kini.Ustaz Azizan sehingga kini telah mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden dari PAS kawasan Temerloh.

Dalam masa terdekat ini lebih banyak PAS Kawasan akan mengadakan Mesyuarat Agong. Saya menjangkakan lebih ramai pemimpin-pemimpin baru akan dicalonkan kerana PAS sememangnya tidak ketandusan pemimpin.

Seperkara yang penting ialah demokrasi di dalam PAS tetap subur tidak sebagaimana Umno yang membunuh demokrasi.

Selain itu pencalonan dan pemilihan di dalam PAS dijalankan dalam suasana penuh beradab dan berhemah tidak seperti Umno yang dipenuhi oleh rasuah, fitnah dan sebagainya.
Syabas PAS, Allahu Akhbar.
-muslimeen united
KERETA MAHFUZ OMAR HILANG DI KOTA BHARU
WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu Harakahdaily, keretanya dicuri ketika beliau berada di Kota Bharu semalam.

Kereta jenis Rexton 270 bernombor pendaftaran MAR 4555 hilang di hadapan sebuah hotel di Kota Bharu selepas Mahfuz menghadiri satu undangan ceramah di sana.

Beliau memaklumkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu berhubung kehilangan tersebut.

Namun Mahfuz memaklumkan tiada barangan penting dalam kenderaannya yang hilang.

"Yang ada hanya keropok dan kain-kain baju kawan saya yang ikut serta dengan saya ke Kota Bharu,"katanya.

YA ALLAH, BANTULAH HAMBA MU INI……
Pagi ni, aku belek surat khabar lama. Saja tak ada keje pa. belek punya belek, aku terjumpa satu berita berbentuk bantahan dari sebuah persatuan bernama USIA. Apa yang mereka bantahkan? Mereka membantah seorang Exco Perak, Nga Kor Meng membaca ayat Al-Quran yang mulia. Kononnya menghina sensitiviti umat Islam sedangkan si pembaca bukan beragama Islam. Terus muncul dalam benak fikiran ku, apakah maksud bantahan ni? Seorang bukan Islam membaca Quran sebagai menghina? Apa yang menyedihkan, bantahan itu datang dari mulut orang yang bergelar Dato’, berpendidikan Islam yang agak tinggi ( aku tak pasti la orang tu faham tak pa yang dia pelajari ), mengetuai pertubuhan Islam yang agak besar. Sedih bila dikenangkan semua ini. Mereka menggangap semua ni menghina Islam sedangkan berapa ramai remaja Islam yang tidak mampu mengucap tidak pernah di ambil kisah oleh pertubuhan ini. Atau mana-mana pertubuhan Islam yang mengkeji perbuatan Nga Kor Meng. Pernah mereka bertanya atau membuat kaji selidik berapa ramai remaja Islam yang tidak mampu membaca Quran seperti Nga Kor Meng? Ini lagi menghina Islam. UMAT ISLAM TIDAK MAMPU MEMBACA QURAN SEDANGKAN BUKAN ISLAM MAMPU MEMBACA QURAN DARI UMAT ISLAM!!!!!!! Apakah jenis makhluk-makhluk ini?? Makhluk yang mengaku penganut Islam, namun kitab yang dipegang tidak mampu di baca. Apatah lagi untuk di fahami!!!. Sedarlah wahai Dato’, jangan kuman seberang laut kita Nampak, gajah depan mata buat-buat buta.

Afiq (berkopiah hitam)


Semalam, aku menziarahi sahabatku, Mohd Afiq Uthman Bin Abdul Latif yang ditimpa ujian berlanggar dengan kereta. Dan sekarang ni ditempatkan di ICU Hospital Taiping. Afiq merupakan junior aku di SMIDU. Dan kemuadian aku melanjutkan pengajian ke Syria, dia juga melanjutkan pengajian ke sana. Aku pernah tinggal sebuah rumah dengan dia di depan Jami’ Nablusi. Mengikut apa yang aku lihat semalam agak kritikal keadaan dia. Mengikut cerita yang aku dengari dari sahabat sekampungnya, beliau dalam perjalanan menghantar keropok lekor yang merupakan sumber pendapatan keluarganya. Dia yang mengambil alih tugas bapanya yang meninggal dunia tahun lepas akibat kanser tengkok. Tiba di satu jalan, beliau ingin memotong sebuah kereta. Dan tidak semena-mena, kereta dihadapanya berhenti mengejut. Lalu dia melanggar kereta dihadapan dan terjatuh di laluan bertentangan dan datang kereta di laluan tersebut melanggar dan menyeretnya hinggakan 3 lapis seluar yang dipakainya, hancur. Bahkan dompet yang mengandungi kad pengenalan pun terhakis akibat seretan atas tar yang panas. Apa yang kami tengok semalam, kulit belakangnya sudah tidak kelihatan. Nampak putih isi sahaja. Bahkan diberitahu, ada tulang di pinggangya patah. Inilah yang dinamakan ujianNya yang tidak sekali mampu kita menduga. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali Afiq, marilah kita mendoakan agar dia cepat sembuh dan mampu menyara keluarganya. Banyakkan solat hajat. Aku yang menunggang motor dari Alor Setar ke Taiping tiba di rumah pukul 12.30 malam. Sepanjang perjalanan, aku dan sahabat membaca apa yang patut untuk didoakan agar Afiq cepat sembuh.

Hari ini, aku menghubungi sebuah kampong bertanyakan persiapan untuk lawatan YB. Akan tetapi, agak sedih jawapan yang diberikan. Mereka minta tangguh atas sebab-sebab yang tertentu. Kadang-kadang timbul perasaan geram dalam jiwa, dulu mereka ni yang bisisng-bising kononnya YB tak turun jengok masyarakat. Bila dah PKWR susun, dan maklum awal, mereka pulak macam-macam alasan. Bagiku hendak seribu daya, tak mau seribu dalih. Yang menyedihkan, belum apa lagi, jawapan yang diberikan, orang kampong payah..mereka kerja…Aku macam nak tanya, Encik dah tanya orang kampong boleh ke tak? Dah usaha kumpulkan orang kampong ke belum? Dan rancang program ke belum? Ni tak, belum apa lagi, dia jawab bagi pihak orang kampong. Ini juga ujian yang menimpa tanpa dugaan kita. Aku fikir mudah kerja YB. Bila aku terlibat semua ini, semakin hari semakin aku sedar. Doalah agar Allah berikan aku kekuatan menghadapi semua ini.

Badanku masih keletihan lagi. Namun mana mungkin bisa aku tidur. Kerja masih enggak dibereskan lagi. Ada kawan-kawan bertanya, tak sambung ngaji lagi ker? Aku menjawab, aku masih mengaji. Cuma tahun ni, aku ngaji secara tak formal. Tahun ni, aku minta kat family nak rehat setahun dari pengajian formal. Sekarang aku mula menceburi bidang politik yang menjadi minat aku dari dulu. Susah payah dalam perjuangan Islam menjadi kepuasan bagiku. Hinggakan kemenangan Bukit Gantang, air mata aku menitis. Rasa berbaloi dengan segala penat lelah berkempen. Allah membayar tunai kepadaku. Ya Allah, terima kasih Ya Allah memberikan kami kekuatan dan kemampuan untuk terus bergerak, berjuang untuk agamaMu. Hari ni, aku makin mengenali orang-orang politik diperingkat atasan. YB Ust Izzat ( memanglah aku kenal – my boss ), YB Dato’ Haji Mahfuz, Dato Ir Amiruddin, Dato’ Taulan dan aktivis-aktivis politik dalam perjuangan PAS dan PR. Bahkn aku di ajar pelbagai cabang dalam politik, kebajikan rakyat, mengambil hati pengundi, bergaul dengan golongan marhean. Semua ini perlu kerana ku akan berhadapan dengan ribuan orang yang berlainan perangai dan ideologi. Buat teman-teman yang bertanya, kenap aku tidak menyambung pengajian lagi, ini jawapan ku – Tahun ni, aku nak ngaji ilmu politik sekejap. Dan tahun depan aku akan kembali menadah kitab di Universiti Islam Negeri, Jakarta, Indonesia, Insya Allah.. Tahun ni, berikan aku sedikit ruang untuk mencapai impian aku menceburi bidang paling aku minanti, bidang politik. Boleh????

Friday, April 10, 2009

KEMENANGAN “ 2 BUKIT ” KEMENANGAN RAKYAT…
Pertama sekali, ucapan Alhamdulillah yang keluar dari mulut aku apabila diumumkan kemenangan YAB Dato’ Seri Muhammad Nizar mempertahankan kerusi P059 Bukit Gantang dan S. Manikumar mempertahankan N25 Bukit Selambau. Ketika hari pembuangan undi, aku yang bertugas di DUN Bukit Selambau dapat melihat dengan jelas mood pengundi yang mula muak dan benci dengan permainan politik kotor dan jijik parti pemerintah BN sekarang. Lebih 50 tahun rakyat diperbodohkan oleh mereka dalam mempertahankan kuasa kuku besi mereka. Cukup manis rasanya kemenangan ini dirayakan oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia. Manakan tidak, sebelum berlangsungnya kempen pilihanraya ini, berbagai pandangan yang diberikan. Di Bukit Gantang, PAS menganggap Bukit Gantang adalah reforandum menolak kerajaan haram BN di Perak. Manakala di Bukit Selambau, YAB Dato’ Seri MB Kedah menegaskan andai PR kalah di DUN ini, maka beliau akan mmbubarkan DUN Kedah untuk pilihanraya seluruh Kedah. Aku yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas di Bukit Selambau cukup bimbang dengan keadaan dan suasana mood penduduk di sini. Takut rakyat termakan gula-gula getah yang diberikan PM selepas mengangkat sumpah sebagai PM dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan pengembalian pengantungan Harakah dan Suara KeADILan. Juga isu yang dimainkan parti lawan berkaitan “ Sembah Derhaka ” dan sebagainya. Dengan isu EXCO Kedah menghina Sultan juga dianggap peluru oleh parti musuh menembak kerajaan PR Kedah. Isu ini sedikit sebanyak memberi impak kesan kepada pengundi melayu terutama di saluran 1 dan 2. Aku dapat melihat dengan jelas kesan ini apabila kawasan Pokok Sena yang dipertanggungjawabkan menjaga UPU Taman Bandar Bharu menganjurkan Majlis Gotong Royong pada hari Sabtu, 4 April 2009 bertempat di Padang sebelah Masjid Taman Bandar Bharu. Pada masa yang sama BN-UMNO menganjurkan program penerangan di sebelah padang yang berdekatan. Program mereka berbentuk hiburan dengan acara senamrobik, dendangan muzik dan sebagainya. Jelas apa yang dinamakan bangsa Melayu memenuhi program BN akan tetapi bangsa Hindu dan Cina memenuhi Program PR. Di situ aku cukup merasa malu dengan bangsa aku yang masih lgi segelintirnya terkapai-kapai membezakan mana yang baik dan buruk. Dengan gaya dan fersyen yang menjolok mata, anak-anak gadis melayu melangkah ke program hiburan anjuran BN. Akan tetapi, bangsa lain bersama PR bergotong royong membersihkan kawasan yang bukan tempat lain, tempat tinggal anak-anak gadis tadi juga. Di sini, aku dan teman-teman membuat andaian, BN akan mengusai undi melayu dan PR menguasai undi bukan melayu. Andaian kami akan menepati suasana. Pada hari pembuangan undi, aku ditugaskan sekali lagi di Bangsal Panas dalam tugasan menyemak system daftar pemilih. Dari pemerhatian aku dan teman-teman, jeas kelihatan bangsa hindu dan cina yang banyak masuk di Bangsal Panas PR untuk menyemak manakala melayu lebih cenderong ke Bangsal “ Kati Senget ”.

Aku bertugas hingga ke waktu makan dan selepas iu bergegas ke Bukit Gantang untuk meninjau suasana pengundian di sana. Sempat singgah di Rumah Ust Annuar di Serdang untuk solat Jama’ dan menikmati makan tengah hari di tepi Sungai Perak sebelum memecut laju ke Taiping. Tika sampai di sana, waktu pembuangan undi sudah pun tamat. Namun perayu undi dari PR masih lagi berdiri, berdoa dan berselawat dalam suasana hujan yang agak lebat. Aku sempat membunyikan hon tanda sokongan kepada mereka dan terus menuju ke Dewan Perbandaran Taiping, Pusat Penjumlahan Undi P059 Bukit Gantang. Sehingga jam 8 malam, belum ada lgi pengumuman keputusan mana-mana UPU dan saluran. Sabar menunggu di dalam hjan yang agak renyai-renyai. Pukul 8.15 malam, pengumuman keputusan di umumkan oleh SPR dimulai undi POS undi-undi di kawasan yang menyebelahi pihak BN. Rasa cukup sedih di kawasan majoriti melayu seperti Air Kuning, PAS tewas. Namun sinar kembali cerah apabila DUN Kuala Sepetang yang majoriti cina diumumkan keputusannya, cukup jelas menunjukkan bangsa cina memahami landskap politik Perak. Sehinggalah pada jam 9.40, Pegawai Pengurus SPR mengumumkan keputusan yang memihak kepada PAS yang mewakili PR. Manakala di Bukit Selambau, keputusan agak lewat diumumkan. Apa yang penting, kemenangan juga memihak kepada PKR yang mewakili PR.

Aku pulang malam tu, dengan seribu kepuasan. Meraikan kemenangan PR dengan mengikat bendera di sisi kereta dan membunyikan hon tanda gembira.

Itu cerita hari pengundian.

Semalam MAT Dewan Pemuda PAS Pokok Sena berlangsung dengan lancar. MAT wajib dibuat mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan PAS. Dan tahun ini juga tahun pemilihan pucuk pimpinan baru. Ketua Dewan Pemuda PAS Pokok Sena ( DPPPS ) adalah YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki ( Bos Aku ) mengantikan Al-Fadhil Ustaz Zainol Asri Bin Ramli yang sudah cukup umur kepemudaan. Dan beberapa nama lagi yang pasti akan merancakkan jentera pemuda Pokok Sena mempertahankan kemenangan rakyat. Tugasan aku tak selesai lagi. Aku terus berkhimat dengan YB menyuun beberapa program bertemu rakyat. Malam ni, ada Majlis Makan Malam Bersama MB dan Dialog bersama Ketua Kampung Dengan YB di DUN Bukit Lada. Esok dan lusa, terus bersama menggerakkan tema “ Kedah Sejahtera, Nimmat Untuk Semua ” dengan penyusunan bebrapa program dan bantuan kebajikan untuk rakyat DUN Bukit Lada.

Sunday, April 5, 2009

MENJUNGJUNG KASIH KE BAWAH DULI TUANKU YaNG DI PERTUAN AGONG KERANA MUDAHKAN PAKATAN RAKYAT
SEMASA artikel ini ditulis, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Angkat sumpah ini melengkapkan Teori RAHMAN yang sekian lama dicanangkan oleh pemerhati politik tentang susun atur Perdana Menteri Malaysia. Kita bersyukur kepada Allah kerana proses peralihan kuasa ini berlaku secara tenang dan bersusila walaupun banyak juga pihak merayu kepada Seri Paduka Baginda agar menangguhkan dahulu angkat sumpah Najib ini. Walaupun saya sendiri tidak seronok berperdanamenterikan seorang yang dipalitkan dengan pelbagai skandal, tetapi saya tidak mahu peralihan kuasa berlaku dalam keadaan yang tegang seperti yang dialami oleh negara jiran kita, Thailand.
Kita tidak mahu angkat sumpah yang kecoh seperti yang berlaku di Kuala Kangsar tempoh hari apabila Dr Zambry Kadir mengangkat sumpah sebelum menteri besar sedia ada meletak jawatan. Hingga hari ini kegawatan politik tidak berhenti-henti di negeri timah itu. Kita tahu keadaan seperti ini tidak baik untuk rakyat, tetapi Datuk Seri Najib lakukan juga. Sebab itu, apabila PR membantah perlantikan Najib, kita tidak melakukan demonstrasi kerana tidak mahu periuk nasi rakyat terjejas. Mungkin Najib tidak berfikir begitu masa beliau menghuru-harakan Perak pada Februari lalu. Najib mungkin hanya berfikir bahawa dia mesti melakukan sesuatu untuk membolehkan dia dilihat sebagai ’hero’ sebelum menjadi Presiden Umno dan seterusya Perdana Menteri.

Apapun, saya amat bersyukur dan menjunjung kasih ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana memilih Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri keenam. Pertama, kerana Baginda telah melengkap teori RAHMAN, iaitu teori yang mengatakan perdana menteri dari Umno/BN dibentuk mengikut susunan ini berakhir dengan ’N’ iaitu Najib Razak. Ini sekali gus bermakna Najib adalah Perdana Menteri terakhir di kalangan pemimpin Umno/BN dan selepas selesai teori RAHMAN ini, maka giliran PR pula membentuk susunan perdana menteri yang baru. Kedua, pemilihan Datuk Seri Najib sebenarnya dengan sendiri mempermudahkan kerja PR dalam menumbangkan BN yang berkuasa sejak 1955 itu. Dengan imej yang begitu buruk, dari Paris ke Mongolia, mudahlah bagi PR untuk memberi rakyat tentang perdana menteri baru ini.

Pada 31 Oktober 2003 dahulu, ketika Tun Pak Lah mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir, imej Pak Lah cukup baik di kalangan rakyat. Apa tidaknya, beliau cucu kepada seorang ulamak besar, bapanya seorang tokoh politik terkenal, belau sendiri berpendidikan agama dan terkenal dalam Umno sebagai Mr Clean. Dengan imej itu, mudahlah beliau meyakinkan rakyat untuk menggantikan seorang perdana menteri yang diimejkan oleh rakyat dengan imej ’Mahafiraun’ dan ’Mahazalim’. Tetapi suasana peralihan kuasa hari ini berbeza sama sekali kerana Mr Clean akan digantikan oleh Mr Altantuya! Nama Najib begitu comot di mata rakyat dengan isu kapal selam, Eurocopter, politik wang / rasuah, rampasan kuasa di Perak dan juga Altantuya. Kegagalan Najib memimpin jentera pilihan raya BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah natijah daripada kecacamerbaan imej ini.

Sebagai seorang penghuni di Seri Perdana, Najib sebenar membawa imej yang amat tercalar kerana beliau tidak membersihkan dirinya dari pelbagai tuduhan dan dakwaan. Bukan hanya suara rakyat dalam dalam negeri, bahkan media massa di luar negeri seperti Perancis, Indonesia, India hingga ke Korea memperkatakan kredibiliti Najib. Najib digambarkan seorang yang tidak bermoral, tidak punya integriti dan ketiadaan kredibiliti. Apa tidaknya, rakyat didedahkan pelbagai persoalan. Nama Najib tidak dibersihkan ketika dipalitkan dengan isu pembunuhan Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansur turut disabitkan sama. Mereka hanya menafikan, tidak membersihkan. Isu ini adalah isu antarabangsa yang melibatkan pelbagai pihak. Bukan Najib sahaja yang dituduh, bahkan seluruh Malaysia dimasukkan ke kandang tertuduh.
Pengakuan bersumpah oleh penyiasat persedirian, Balasundram yang mendakwa wujud skandal antara Najib dengan Altantuya, bahkan berlaku hubungan seks songsang antara keduanya tidak boleh dipandang ringan. Saya bukan mengiyakan dakwaan bersumpah ini, tetapi tuduhan seperti ini mesti dibersihkan. Ia nampak begitu bersimpang-siur dan saling menyulam antara satu sama lain apabila Lans Koperal Sirul Azhar memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai sebab untuk membunuh Altantuya samada dia dibunu atau tidak Sirul tidak berpeluang untuk menjadi Ketua Polis Negara ataupun Perdana Menteri Malaysia. Bahkan, kata Sirul, beliau hanya dikambinghitamkan oleh orang yang berada di luar mahkamah. Seluruh mata rakyat memandang kepada Najib. Mengapa? Kerana imej Najib semenjak dikaitkan dengan skandal bersama artis di Port Dickson hinggalah isu Altantuya ini tidak pernah dibersihkan.

Sebagai Perdana Menteri, Najib bukan hanya memerlukan majoriti, tetapi juga integriti. Apabila BN tewas pada 8 Mac 2008, segala kesalahan dilonggokan ke atas kepala Pak Lah. Seolah-olah semua ini adalah dosa Pak Lah dan bekas perdana menteri itu mesti bertanggungjawab ke atasnya. Adakah kita lupa bahawa Umno/BN bukan ditadbir oleh Pak Lah seorang, tetapi semua pemimpin Umno/BN. Dahulu sebelum Pilihanraya Umum 2008 ketika Pak Lah mengambil pendirian yang salah, mengapa mereka tidak menyanggahnya. Mengapa Najib berdiam diri sahaja? Malah Najid pertahan Pak Lah ketika diserang oleh Tun Mahathir. Kenapa Najib tidak berani menyatakan kebenaran di atas kesilapan Pak Lah? Inikah pemimpin yang berintegriti? Hakikatnya, buruk kerajaan BN bukan semata-mata kerana Pak Lah, tetapi kerana seluruh kepemimpinan Umno/BN, termasuk Najib yang terutamanya. Menukar nahkoda untuk memimpin sebuah kapal buruk yang hampir karam tidak ada maknanya, lebih-lebih lagi bernahkodakan seorang yang lebih nakal dari nahkoda lama. Berubahpun tetap rebah!

Saya bukan dengki dengan Najib kerana dia menjadi Perdana Menteri. Tetapi saya mahu berperdanamenterikan seorang yang bersih dan dilihat bersih oleh rakyat dan dunia seluruhnya. Seorang perdana menteri yang bermoral, berintegriti dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin rakyat. Pada satu masa dulu, saya pernah difitnah oleh Utusan Malaysia kononnya saya mencabar Datuk Shaziman Abu Mansur (Menteri Kabinet) bertumbuk di Parlimen. Saya menyaman Utusan Malaysia untuk membersihkan nama saya, dan mahkamah telah memberikan hak itu kepada saya. Utusan Malaysia diperintah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi malu kepada saya sebanyak RM 120,000. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga pernah difitnah oleh Daily Mirror, sebuah akhbar di London yang mengaitkan presiden PAS dengan pengganas antarabangsa. Dan mahkamah di U.K memerintahkan akhbar tersebut membayar ganti rugi malu kepada Presiden PAS Sebanyak RM 500,000. PAS menyaman akhbar tersebut dan mereka terpaksa membayarnya. Kami bukan mahukan duit mudah, tetapi nama dan maruah mesti dibersihkan, walaupun hanya sebagai seorang pemimpin kecil dan kerdil.

Najib sebagai perdana menteri mesti membersihksan diri dari semua tuduhan ini. Najib tidak boleh membiarkannya terus membarah dan memburukkan nama Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang suram ini. Jika Najib terus membisu, rakyat akan bertanya mengapa Najib tidak berani untuk membersihkan namanya? Apakah takut akan terbongkar segala rahsia jika tuduhan-tuduhan ini dibawa ke mahkamah. Maknanya, jika tidak membersihkan diri, PR akan beruntung kerana ia mempercepatkan proses menamatkan teori RAHMAN sebagai perdana menteri tersingkat. Jika membersihkan diri di mahkamah, PR juga akan untung kerana terlondehlah segala kemungkaran yang selama ini tersembunyi. Kita lihat apa nasib Najib 7 April ini. Patik menjunjung kasih Tuanku Yang Di Pertuan Agung, kerana perkenan melantik memanda Perdana Menteri terakhir dari Umno/BN yang memudahkan kerja buat PAS dan Pakatan Rakyat!
Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Dato' Haji Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
15 Penderhakaan UMNO - malaysiakini
1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Thursday, April 2, 2009


Penyalahgunaan perkataan "Barisan Nasional"

Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.


Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:

1."Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan.

2.Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.
3."Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?

4."Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan sebuah pertubuhan yang haram.”

5.Berbeza dengan Umno yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."
Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.
Maka persoalan yang timbul ialah:

1.Bilakah Barisan Nasional diluluskan? Bilakah Barisan Nasional menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang – undang? Buktikan bahawa Barisan Nasional mempunyai rekod di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikenali sebagai Registrar of Society.
2.Gabungan 13 komponen Barisan Nasional tidak pernah ditubuhkan secara rasmi dan Barisan Nasional juga tidak mempunyai perlembagaan sendiri?
3.Mengapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta – mengunakan perkataan Barisan Nasional yang tidak diwujudkan secara sah dan mengikut perundangan di Malaysia?
4. Adakah ini bermaksud, Barisan Nasional juga merupakan pertubuhan yang haram dan penggunaan perkataan Barisan Nasional wajib diharamkan?
5.Bukankah penubuhan Barisan Nasional juga merupakan serpihan – serpihan 13 komponen
walaupun hanya UMNO yang dilahirkan di Istana?
Tambanan pula, kami ingin memperingatkan Pemuda Umno khususnya, Nur Saidi Nayan bahawa dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat telah bertanding dengan namanya sendiri yang sah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).
Manakala, Barisan Nasional, sebaliknya dalam pilihanraya 2008 dan sebelumnya, telah bertanding atas nama Barisan Nasional yang tidak ditubuhkan secara sah mengikut perundangan. Yang ditubuhkan secara rasmi ialah UMNO, MIC, MCA dan komponen – komponen lain dan bukannya Barisan Nasional.
Bukankah UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional perlu bertanding dengan menggunakan nama pertubuhan mereka yang sah? Bukankah mereka perlu bertanding mengunakan logo masing – masing? Mengapa mereka menggunakan perkataan Barisan Nasional dan logo Barisan Nasional yang tidak sah di sisi undang – undang?
Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah.

Adakah ini bermaksud Barisan Nasional sedang mentadbir negara kita melalui perlantikan dan pemilihan yang tidak sah?
Kami, menyeru Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu sebelum membahaskan sesuatu perkara. Ini menunjukkan identiti dan pendirian yang bercanggah dengan sejarah dan persefahaman di Malaysia. Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara.
Sekian.
Yang Benar,
Manivanan Gowin
Pro-Term President of CYM

KENALI CALON BN BUKIT GANTANG.....

Umno/BN menggunakan poster 'Mohon Restu Rakyat' dalam kempen PRK Bukit Gantang kali ini.Ungkapan begitu sangat menarik perhatian sesiapa sahaja.

Ada poster Najib dengan kalimah tersebut; orang ramai mudah faham perlunya Najib memohon restu rakyat supaya di terima sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Najib punyai rekod yang amat buruk.Najib dikaitkan dengan skandal rasuah yang berat-berat sewaktu menjawat Menteri Pertahanan.Dia juga didakwa terlibat dengan pembunuhan model Altantuya.Sehingga kini Najib tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa dia 'bersih'.
Lantaran itu, Najib mengambil kesempatan untuk merayu dan memohon restu rakyat dalam kempen Bukit Gantang ini supaya, walau macam mana jahat dan buruk kelakuaknnya itu, terimalah dia sebagai PM Malaysia.

Ada pula poster siZambry dengan kalimah yang sama- Mohon Restu Rakyat! Ini lagi satu pelesit yang cuba mengambil kesempatan untuk merayu agar rakyat Perak menerimanya sebagai Menteri Besar Perak!
Ah! rupa-rupanya dia sedar yang rakyat Perak rejek dia sebagai MB yang sah dan dia terpaksa menagih pengiktirafan sebagai MB melalui kempen PRK Bukit Gantang! Haram tetap haram!
Apa benarkah Calon yang akan bertanding ini, memohon restu rakyat di Bukit Gantang kerana dia mempunyai rekod salah laku yang terlalu parah sewaktu berkhidmat hampir 10tahun sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung?

Khabarnya lagi, dia telah diarahkan supaya bersara lebih awal kerana rekod buruk yang teramat sangat sewaktu disitu.
Antaranya :

Perasuah Tegar
* Sepanjang dia menjawat jawatan Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender Majlis Perbandaran M*nj*ng hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa dia menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan Majlis Perbandaran Manjung beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil.

"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

* Beberapa kakitangan wanita Majlis Perbandaran Manjung seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung tetapi hanya dia sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

* Dia seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

Salahguna Kuasa

* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung kerana menggunakan kenderaan Majlis Perbandaran Manjung untuk parti (UMNO).

* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi Majlis Perbandaran Manjung di Sitiawan yang didiaminya diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

Demi kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah dia dalam Siri Ke-2..!

Kalau kita memberikan undi kita kepada mereka, bermakna kita merestui salah laku dan kemungkaran yang telah mereka lakukan selama ini.Tunjukan ketegasan kita yang menentang kezaliman dan rasuah dengan mengundi Nizar, calon Pakatan Rakyat dengan memangkah lambang PAS



Gaya kempen BN dan UMNO...Menjatuhkan Moral...
Duduk di depan tu, Menteri UMNO yang jaga agama.
Selamba aje dia...

Majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.
Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.
"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. "(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. "Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya. (malaysiakini)
Dicatat oleh ar_rawa

2) Yang Benar….!!!!

Hari ini, riuh rendah plak UMNO mendakwa ada surat layang memburukkan kempen BN di Bukit Gantang. Maka sekoyong-koyong la pemimpin UMNO dan BN mengutuk perbuatan ini. Antara surat layang yang dikhabarkan kepada media adalah sabotaj program oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T.Murugiah. Tan Sri Mahyuddin Yasin menghebahkan bahawa ada individu yang meletakkan program cabutan bertuah ketika program Timbalan Menteri tersebut sedangkan cabutan bertuah itu tiada. BN mengutuk keras perbuatan yang tidak bermoral ini. Beliau berkata masyarakat tidak boleh menerima isi mana-mana surat layang.

Jawapan :
Baru hari ini BN nak kutuk perbuatan penyebaran surat layang yang sudah pasti sebagai alasan terdesak yang dicari BN untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan permainan politik kotor mereka. Apakah mereka tidak sedar perbuatan mereka yang mempercayai surat layang yang dihebahkan mereka berhubung kenyataan seorang EXCO Kedah menghina Tuanku Sultan? Maka, pencacai-pencacai bangsa ini menyerang Wisma Darul Aman memohon agar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak menyiasat dan memecat EXCO yang tidak diketahui. Apabila ditanya, siapa EXCO berkenaan itu, jawapan mereka “ adalah, adalah ”. Kadang-kadang merasakan cakap dengan orang gila,sudah tentu tak akan mengaku kegilaan mereka apatah lagi mereka sedang gila talak apabila tewas di tangan rakyat. Hari ini baru mereka sedar bahawa surat layang tidak boleh dipercayai. Adakah rakyat akan percaya ????!!! 7 April 2009, ramai-ramai kita buktikan dan kita aka tambahkan sakit gila BN dengan undi PR dan jatuh dan kuburkan UMNO-BN.

Wednesday, April 1, 2009



1)Yang Benar........!!!

Penipuan MB Kudeta BN, Dr Zambry
" Calon Pas Bukit Gantang Rampas Mikrofon Masjid Simpang dan Ambil Alih Program BN "
" Calon Pas gunakan Masjid untuk Kempen "

Perkara sebenar???Baca Tulisan YB Nizar yang diambil dari blog beliau..........

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya.

Pohon sembah derkaha!Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbandaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama.

Pimpinan UMNO berada disaf pertama.Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion).

Saya mengelak bagi memelihara suasana.Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".

Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

SAH!!!!MB Kudeta BN gila talak...Cetak dan sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia......




UMNO Pemusnah Agama Islam.Hangpa Tak Percaya !!!!!Baca Surat Dari Setiausaha UMNO Sendiri dibawah ini.....................................

Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.

Tuan-Tuan,

GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA.

Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.

Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.

Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.

3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.

Sekian, terima kasih.
Hormat dari saya,

SAMAN BIN HAJI AHMAD
Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.
s.k.
YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.

KEHANGATAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL
Pertama sekali, ingin ku memohon jutaan kemaafan kepada teman-teman apabila sangat-sangat tidak berkesempatan menaik tarafkan blog kesayangan ku ini. Manakan tidak, masa cukup mencemburui ku dalam kehidupan seharian. apatah lagi sekarang ini, kehangatan berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang untuk mempertahankan amanah rakyat dari dirampas dari Parti Pembunuh Demokrasi iaitu BN. 29 Mac lepas, aku berkesempatan mengikuti perarakan calon keADILan di Bukit Selambau. Signal dari rakyat menjelaskan keinginan rakyat untuk membuat 1 lagi kejutan buat BN-Umno. Kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi oleh Pemerintah Zalim lagi. Buat kalian teman-teman, teruskan berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada rakyat dalam menjatuhkan pemerintahan yang zalim-Reformasi !!!