Tuesday, May 29, 2007



Ramah mesra bersama Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria.
Alhamdulillah, kami pelajar-pelajar Malaysia Syria masih lagi diberikan lagi kelapangan masa, dimurahkan rezeki, dapat juga kami bertemu mata sekali lagi bersama Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak Darul Ridzuan bersama rombongan delegasinya. Majlis itu diadakan di Rumah Pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS), di Midan, bermula pada pukul 9.00 malam dan habis pada pukul 11.00 malam bertarikh 26 Julai 2007. Aku berasa sungguh gembira dapat bertemua dengan beliau. Dato’ Seri Mufti Perak terkenal dengan kelantangan beliau mengharamkan Konsert Sure Heboh yang dianjurkan oleh TV3. Pada pertemuan tersebut, beliau menceritakan keadaan umat islam sekarang baik di seluruh dunia mahupun di Malaysia. Umat islam sekarang ditindas, dizalimi dan berbagai lagi. Yang menyedihkan, Dato’ Seri Mufti mendedahkan bilangan umat islam yang murtad di Malaysia sekarang menjangkau 365,000. Satu berita yang amat menyedihkan kita semua. Dato’ Seri Mufti juga menyatakan umat islam di dunia membelanjakan sebanyak USD 800 juta sehari ke tabung yahudi melalui gejala menghisap rokok. Sebenarnya umat islam la yang banyak menolong yahudi. Kita membeli rokok yang mana kita sendiri tahu rokok itu adalah buatan yahudi. Setiap sen kita membeli rokok seolah-olah kita telah membeli peluru untuk yahudi membunuh saudara kita samada di Palestin, Chehya, Iraq, dan seluruh dunia. Tak guna kita berdoa kepada Allah sepanjang tahun memohon Allah menyelamatkan umat islam tetapi ditangan kita masih susah hendakkan tinggalkan racun buatan yahudi. Adakah ini umat islam yang bersaudara??? Membantu yahudi untuk membunuh saudara seagamanya??? Terima Kasih kami ucapkan kepada Dato’ Seri Mufti kerana sudi menziarahi anak-anak di perantauan. Semoga Allah merahmati Dato’ seri Mufti dan sentiasa tegas dalam membanteras orang yang ingin memusnahkan islam.
( tepuk dada, tanyalah iman-jangan hanya melaungkan “jahanam yahudi” tetapi kitalah yang banyak membantunya. Hentikan Merokok.)


Tahun Melawat Malaysia (TMM07)
Baru-baru ni, aku round-round in the world di sekitar damsyiq. Saja menghilangkan tension (Tensen). Tiba-tiba aku tepandang satu papan iklan. Uih, sampai sini dipaparkanya. Apa yang terpampar kat papan iklan tu??? Sebenarnya papan iklan tu memaparkan 5 orang budak dengan pakaian rasmi bangsa masing-masing. Budak Melayu dengan Baju Melayu-nya, Budak cina ngan Cheongsam-nya dan ada tiga orang lagi budak (hindu, kadazan dan dayak) yang aku tak tahu nama baju yang diorang pakai. Iklan tu bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007. Maklumlah, tahun ni Malaysia menyambut 50 tahun kemerdekaan. Terkejut aku iklan Malaysia ada kat sini. Terus rasa bangga dengan Malaysia. Ye lah, Malaysia kan tanah air aku. Rindu rasanya kat Malaysia walaupun aku baru saje pulang tahun lepas. Didalam hati terus menyanyikan lagu “NegaraKu”................ Tiba-tiba jer aku teringat sorang kawan aku cakap yang tahun ni ramai pelajar Malaysia balik. Aku tanya balik, diorang melawat malaysia ker??? Maklumlah, Tahun Melawat Malaysia 2007. Jawab dia, ye kot....Alahai seronoknya diorang....
(Yang balik tu, jangan lupa teman-teman kat sini.Balik syria nanti, bawalah kuih raya yer.Ikan kering jangan lupa.)

Sunday, May 27, 2007

Aku cakap pelik???
Mungkin pening korang memikirkan tajuk aku ni. Kan??? Maklumlah, saja seronok-seronok..Korang tahu apa yang aku cakap??? Korang jangan fikir yang tak elok, aku bukan cakap perkara-perkara yang pelik lagi tak elok. Nauzubillah..Yang aku maksudkan disini adalah cara percakapanku. Contohnya : Alasan, aku baca Asalan, Tension aku baca Tensen, Milo aku baca Bilo,Thank You, aku baca Tinkyu, SeTeam, aku baca Setin, Virus aku baca Birus. Rasanya macam budak-budak baru bercakap. Pelat... Ntahlah, kadang-kadang seronok gak tengok kawan-kawan aku tergeliat otak memikirkan bahasa aku. Kepelbagaian bahasa kan bagus. Aku harap aku bukanlah perosak bahasa tapi sebagai suka-suka menghilangkan tension...Eh, bukan tension...tapi TENSEN...
( Janganlah pulak lepas ni aku yang tergeliat otak memikirkan bahasa aku ni )
Bila arab mula cakap melayu.......
Korang tahu ke bila arab cakap melayu??? Aku tak tahu. Tapi disini aku nak cerita sorang paklong arab tu cakap melayu ngan aku. Paklong ni ada kedai photostat. Satu hari aku pun pergi la memotostat beberapa helai kertas berkenaan ngan pengajian. Habis jer kerja aku dan kehendak aku, aku pun mengangkat kaki nak balik. Tiba-tiba jer paklong tu cakap “ jumpa laki” dalam bahasa melayu. Aku pun tanya balik, “ Sapa laki tu???” dalam bahasa arab. Paklong tu cakap “ tak jumpa sapa-sapa pun” dalam bahasa arab. Aku pun tanya balik sebab aku dah pening, “la, tadi cakap jumpa laki, yelah sapa???”. “Bukan jumpa laki tapi jumpa lagi” Jawab paklong tu dalam bahasa arab sebab dia tengok aku mula pening-pening lalat apa yang dia cakap dalam Bahasa Melayu. Rupa-rupanya paklong ni nak bagitau JUMPA LAGI. Baru la aku tersedar, yang arab ni susah nak sebut huruf G.............................................. Ataupun aku silap dengar....
Wallah ua’lam bis sawab.....
( ulaq menjalaq atas pasiaq-ulangilah sepuluh kali sehari agar korang mantap berbahasa kedah )
Matahari terbit pukul 10 pagi....
Hai, anak teruna apa la aku ni..Pukul 10 pagi baru nak bangun tidur. Apa-apa pun yang penting, aku dah solat subuh. Rutin harian aku, bila balik dari masjid (solat subuh) jer, aku bacalah sikit buku. Lebih kurang sejam aku membaca. Lepas tu mata pun buat-buat berpinar. Nak suruh tido la tu.. Apa lagi, aku pun terus mengikut kehendak mataku. Dari pukul 7 pagi sampailah pukul 10 pagi aku membuta. Rasanya tak ada masalah. Sebab aku dah solat subuh. Bukan aku tak solat lagi. Kan??? Dulu mak aku selalu cakap, bangun subuh dulu lepas tu kalau nak tido balik pun tak pe. Agaknya aku ni anak mithali(anak soleh), aku pun ikut cakap mak aku. Tapi, tak taulah bila aku nak berhenti tido pagi ni. Nabi pernah sabda, sapa tido pagi(lepas subuh), rezeki kurang. Aku tahu pasal tu, tapi aku tetap nak tido gak. Sebab aku rasa, ni lah nikmat sebelum kawin. Sebab lepas kawin, confirm dah tak boleh tido pagi. Nak mati tido pagi??? Silap bulan kena cubit..Hehe...Dulu pernah arab bagi aku roti waktu pagi. Aku pun teringat tentang hadis tu. Benarlah sabda Nabi, Rezeki akan lari kalau kita tido pagi...Lepas ni, aku nak cuba tak nak tido pagi. Walaupun aku tak dapat roti lagi...........
( memanglah tak dapat roti lagi sebab pagi-pagi aku masak meggie )

Thursday, May 24, 2007

Imtihan terus menghambatku....
Tak lama lagi aku akan imtihan..Korang tahu apa tu imtihan??? IMTIHAN tu maknanyer PEPERIKSAAN. Imtihan ni dalam Bahasa Arab. Bahasa English pula, orang panggil EXAM. Imtihan aku bermula 2 Jun 2007 hinggalah 20 Jun 2007. Yang letihnyer, hari pertama imtihan jer, dah bertembung subjek. Bertembung macam mana??? Bukan macam pertembungan kereta dan lori.. Dan bukan juga pertembungan dua hala. Pertembungan yang aku maksudkan kat sini, pertembungan 2 subjek dalam hari yang sama. Maklumlah, aku ni ada bawa subjek tahun satu ke tahun dua. Subjek tahun satu, mula pukul 2 petang sampai pukul 4 petang. Subjek tahun 2 pula mula pukul 4.45 petang.. Habis jer subjek tahun satu, terpaksa berkejaran ke dewan subjek tahun 2. Alahai, nasib badan. Tu la..orang suruh lulus semua tahun lepas, tak nak. Nak merasa bawa subjek. Sekarang dah bawa dua subjek tahun satu. Terima la hakikatnya..Padan muka aku. Muka aku padan ker??? Kalau padan, eloklah. Allah cipta kita sebagai sebaik-baik makhluk. Kan??? Tahun ni, dah tobat tak nak bawa lagi subjek. Dan serik oooo...Tapi korang, jangan tengok jer!!! Doa-doakanlah aku. Apa-apa pun, aku bersyukur sebab keluarga aku sentiasa bagi semangat dan terus-terusan berdoa untuk aku. Sayang aku pula, terus beri semangat. Semangat untuk aku belajar dan semangat yang menguatkan hubungan kami. Jutaan dan ribu-ribuan jutaan terima kasih buat Mak, Abah, Adik-adik, dan Semua keluarga aku. Juga terima kasih yang tak terhingga buat Sayangku yang sekarang sedang menuntut di Kolej Islam Perak Darul Ridzuan. Teruskan pengajian. Jangan jadi macam abg, kena bawa subjek....Alahai sedihnyer.........
( Aku bawa dua subjek tahun 1. Subjek Usul fiqh dan Bahasa Arab (Nahu dan Sorof) ke tahun 2)
Aku Gembira Hari ini...
Apa yang buat aku gembira hari ini??? Rasa-rasanya aku dah macam dulu. Aku bukan nak riak. Mungkin aku terlalu seronok, gembira dan tak tau la apa lagi nak cakap. Semalam aku bersolat jemaah 5 waktu di masjid. Aku rasa dah lama tinggalkan masjid. Kalau pergi pun nak solat jumaat jer.Tak pun bila habis kuliah (kat universiti),aku tunggu kat masjid. Tak berasa langsung nak pergi masjid kalau-kalau musim cuti. Tak pun,aku akan ke masjid bila ada pengajian oleh Syeikh-Syeikh kat sini. Dulu aku kerap ke masjid. Setiap waktu, aku pasti bersolat jemaah di masjid. Tak kira la subuh ke, zohor ke, asar ke, maghrib ke, mahupun isya’.Ya Allah, ampunkanlah kelalaian hambamu ini. Kelekaan mengejar keduniaan hinggakanku hampir melupaimu.Aku harap, aku macam dulu. Sentiasa bersolat jemaah di masjid. Ya Allah kau tetapkan pendirian hambamu ini.Amin....
( nasiblah aku masih kenal mana pintu masjid )
Bermulanya Hari Ini........
Pagi-pagi, Tv Malaysia menyiarkan program seharian. Tv1 dengan Selamat Pagi Malaysia-nya. Tv3 dengan siarannya Malaysia Hari Ini. Tv-tv lain, entahlah apa nama rancangan mereka. Semuanya menyiarkan perkara-perkara hari ini. Lain pula hal aku. Bagi aku, inilah permulaannya. Permulaan bagi kehidupan aku. Jangan salah sangka pula. Aku bukan baru bersalin. Tapi kehidupan aku bersama blog ini. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku teringin sangat nak buat blog sendiri. Mungkinkah arus sekarang menolak aku kearah ini??? Ataupun arus sekarang menghendakkan aku kehadapan bersama yang lain??? Rasanya aku juga tak terkecuali menerima tempias arus kemodenan zaman sekarang..Siapa tahu??? Hanya Allah saja yang mengetahui rahsia hati hamba-hambanya. Apa-apa pun, aku berharap blog ini tidak menganggu kehidupan aku seharian sebagai mahasiswa. Aku tak mahu leka sehingga menjejaskan pembelajaran aku. Terutama menjejaskan kesihatan aku. Nanti sayang aku marah pula kalau aku tak sihat. Maklumlah, sayang aku tu jururawat aku..Apa yang penting, pengharapan aku agar blog ini menambah lagi semangat aku untuk terus belajar....Bermulanya Hari Ini, aku bersama kalian-kalian yang mempunyai blog.Selamat Datang buat diriku sendiri ke alam teknologi zaman sekarang..