Wednesday, June 18, 2008

Win-win solution': Mahfuz legakan rakyat
Saidah Hairan Wed Jun 18, 08 4:22:24 pm MYT

Ramai penonton dan peminat setia rancangan Hujah yang biasa disiarkan jam 9.30 malam Selasa kecewa dan terkejut kerana siaran tersebut diganti dengan Bicara Media. -->
Penulis yang setia menanti rancangan tersebut turut terkejut lantas mengubah siaran ke RTM1 dan NTV7.

Semuanya mempaparkan rancangan yang sama, Bicara Media membincangkan isu minyak yang dipengerusikan Dato' Johan Jaafar.

Tanpa berlenggah penulis terus menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Penerangan PAS, YB Mahfuz Omar; "Mengapa Hujah tiada?" Mahfuz dengan ringkas membalas, 10.30 pm.

Fikiran penulis mula bersoal jawab mengapa dialih waktu siaran. Apakah kerajaan kena 'tibai' teruk oleh Mahfuz. Apakah Mahfuz berjaya menguraikan dengan lebih tepat bahawa kenaikan tidak sepatutnya berlaku kerana negara memperolehi pendapatan tinggi kesan daripada kenaikan harga minyak?

Sementara menanti siaran Hujah, penulis terpaksa menahan telinga menonton Bicara Media. Apa yang menyakitkan hati apabila wakil akhbar langsung tidak menghuraikan soalannya dengan baik. Bertambah sakit hati Bicara Media diulang tayang di TV3 jam 11.00 malam.
Mungkin kerajaan sudah tertekan dengan desakan dan bantahan daripada rakyat. Rakyat yang semakin cerdik sudah tidak percaya dengan jawapan daripada pihak kerajaan berhubung alasan menaikkan harga minyak.

Sembang santai selepas menonton rancangan tersebut bersama Mahfuz melalui talian telefon bimbit, beliau yakin sudah tentu ada agenda terancang supaya kali ini rakyat akan melepaskan marah kepada Petronas.

Sebab itu katanya, kerajaan terpaksa memperalatkan Tan Sri Hassan Merican untuk menyakinkan rakyat mengapa harga minyak petrol dan diesel perlu dinaikkan.
Penulis terfikir betul juga tanggapan Mahfuz sebab jika selepas ini rakyat hendak marah sudah tentu segala kemarahan itu akan dilemparkan kepada Petronas.

Mengulas hujah antara Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz dengan Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz, penulis yakin rakyat Malaysia yang menonton malam itu menarik nafas lega berpuas hati dengan persembahan bekas tahanan ISA itu.

Mahfuz yang memakai kemeja oren dengan gaya bersahaja lancar berbicara sehingga sukar untuk Mohamad Aziz memotong hujah beliau.

Penonton rancangan Hujah lega kerana beliau berjaya membawa isu keperitan dan kesusahan rakyat berikutan kenaikan harga minyak setinggi 78 sen.

Beliau dengan berani mencabar pak-pak menteri supaya menjadi peniaga dalam masa tiga bulan. Dengan sinis beliau yakin tentu pak-pak menteri yang bersuara lantang menghalang peniaga daripada menaikkan harga barangan akan gulung tikar.

Ternyata Mahfuz membuat 'homework' sebelum berhadapan dengan Mohamad Aziz dan paling penting soalan maut daripada Pengerusi Hujah, Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusuff.
Penulis memerhatikan Dr Agus turut terpegun dengan hujah yang penuh fakta daripada Mahfuz. Beliau berulang kali menahan Mohamad Aziz daripada menganggu Mahfuz.

Walaupun penulis terlalu cetek dalam ilmu politik tetapi apabila mendengar hujah ahli Parlimen Sri Gading, penulis tergelak kerana beliau mengeluarkan hujah mengampu kerajaan.

Beliau mengatakan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara drastk itu satu langkah yang betul. Katanya, jika kerajaan beri tempoh dua bulan untuk menaikkan harga minyak, sudah tentu orang kaya akan berlumba-lumba membeli minyak dan disimpan sehingga habis minyak di semua stesen minyak. Apakah beliau terlupa bahawa Hujah itu disiarkan di seluruh negara dan seluruh rakyat menonton rancangan tersebut.

Dari sudut penampilan memang kemas malangnya persembahan ketika berhujah langsung tidak menunjukkan beliau seorang Ahli Parlimen.

Sehelai kertas tidak ada di atas meja jauh berbanding dengan persediaan Mahfuz.

Tahniah untuk Mahfuz. Bekas tahanan ISA itu memang layak digelar pakar debat. Patut pun Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishamuddin Hussein takut untuk menyahut cabaran beliau untuk berdebat ketika Mahfuz diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia.

PAS perlu menyediakan ramai lagi tokoh yang berani dan berkeyakinan untuk berdebat atau berhujah supaya pihak kerajaan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan wakil PAS.

( Aku masih lagi ingat ucapan Ust Fadzil dalam parlimen dulu. " kalau nak mengampu pun,belajar la dulu cara nak mengampu. jangan sampai tak reti nak mengampu, nak mengampu jugak " )
Tahlil Perdana Sempena 6 Tahun Pemergian Ust. Fadzil Noor

Satu Majlis Tahlil Perdana bersama YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz bin Nik Mat dan YAB Ust Azizan Abd. Razak Sempena Memperingati 6 tahun Pemergian Almarhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil bin Mohd Noor akan diadakan di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah Darul Aman pada 21 Jun 2008.Majlis akan berlangsung selepas Solat Maghrib.

Pihak Muassasah Darul Ulum membuka peluang kepada para penyumbang yang bermurah hati untuk menyertai majlis tahlil tersebut. Penyertaan boleh dibuat dengan menyertakan senarai nama arwah untuk tujuan tersebut dan hantarkan kepada Kolej Islam Darul Ulum, KM. 23, Jalan Kuala Nerang, 06300 Pokok Sena, Kedah sebelum @ pada 20 Jun 2008. Atau hubungi no. telefon berikut : 04-7825754 (pejabat) 017-4800965 (Ust. Ghani) atau fax : 04-7825754. Sumbangan boleh dibuat secara 'bank in' ke dalam akaun Muassasah Darul Ulum (BIMB 2011010033350), atau datang sendiri ke alamat di atas. Sumbangan dalam bentuk cek mestilah atas nama Muassasah Darul Ulum.

( Ust Fadzil, jasamu sentiasa dikenang.)

Tuesday, June 17, 2008

Pergiat ternakan ikan dalam sangkar - MB Kedah

ALOR STAR, 17 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri Kedah akan mempergiatkan projek ternakan ikan dalam sangkar bagi meningkatkan sumber pendapatan rakyat di negeri ini.

Bernama melaporkan Menteri Besarnya, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata sebagai permulaan kerajaan negeri akan melaksanakan projek ikan patin dalam sangkar berskala besar di Tasik Pedu dan hasilnya akan dieksport ke luar negara.

"Hasil ternakan ini bukan sahaja boleh dipasarkan ke luar negara malah projek ini dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Sebagai contoh, harga ikan di Mesir amat mahal dan kalau boleh kita nak hantar ikan kita ke sana," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Konsul Diraja Thailand di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Azizan berkata bagi menjayakan rancangan itu, wakil kerajaan negeri telah dihantar ke luar negara untuk mencari pelabur yang berminat melabur dalam projek berkenaan.
Sementara itu, Azizan berkata rakyat perlu berdikari untuk mengurangkan perbelanjaan harian dengan mengusahakan sendiri tanaman sayur dan membela ikan air tawar untuk kegunaan keluarga.

"Harga minyak dah naik sekarang, jadi orang kampung patut bertani, sekurang-kurangnya tak payah keluar belanja untuk sayur. Bagi orang yang tinggal di flat atau tiada tanah, mereka boleh tanam sayur secara hidroponik, dapat tanam sikit pun cukuplah untuk kegunaan satu rumah," katanya.

Beliau berkata rakyat di negeri ini berupaya untuk bertani sendiri kerana latar belakang kebanyakan penduduknya pernah terlibat dengan projek pertanian.

Bersama Menjana Ekonomi Islam dan Bersama Menjaga Kemenangan !!!

Monday, June 16, 2008

MENUJU WAWASAN


Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat

Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat

Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan

Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Suara Fidaus....

Sunday, June 15, 2008

PEPERIKSAAN DAH TAMAT DAN MASA DEPANKU......
Hari ni, keputusan peperiksaan dah keluar.Alhamdulillah,keputusan agak memuaskan.Walaupun sedikit terkilan dengan pencapaian aku kali ni.Teringin nak sangat pegang mumtaz,tapi apakan daya,usaha dah berusaha.Setakat jayyid jiddan jer yang mampu aku perolehi.Dapat jer keputusan,terus call famili aku.Bagitau keputusanku.Aku tipon rumah,tak ada orang angkat.Terus aku call abah kat pejabat.Ingat nak call pejabat abah,tapi takut abah tak ada kat pejabat.Tak pun mesyuarat.Fikir punya fikir,tipon handset abah jer lah.Nasib abah tak ada keje apa.Boleh gak la sembang ngan abah.5 minit jer sembang ngan abah sebab tak tau nak sembang lebih-lebih ngan abah.Cuma bagitau keputusan,pastu adalah sikit-sikit sembang ngan abah.Lagipun tak nak ganggu abah.Takut abah ada keje lagi.2,3 hari lepas tu,baru tipon umah.Tapi macam besalah,adik aku yang angkat fone setiap kali aku call dan seperti besa gak,aku terus minta nak cakap ngan mak.Dah cakap ngan mak,macam-macamla yang disembangkan.Pasal keputusan peperiksaan,perkembangan terkini setelah bertanya khabar famili semua.Selalunya aku call, paling kejap pun setengah jam.Tapi kali ni,sempat sembang ngan mak hanya 10 minit jer.Sebab mak sibuk dah la ni.Mesyuarat merata.Nak buat macam mana.Dah pegang jawatan macam-macam lepas Kedah diperintah oleh PR.Jadi AJK Jawatankuasa Bencana Alam Negeri la, jawatan NISA' Negeri lagi, dan macam-macam la.Maknjang bagitau, mak dah pegang 10 jawatan.Bila ku tanya mak, mak gelak-gelak jer.Tak nak bagitau.Dan banyak kali aku tengok mak dalam program PAS.Sembang ngan mak kejap jer.Sebab mak nak g mesyuarat plak.Tak perlah.Seminggu lepas tu,aku call mak sekali lagi.Kali ni baru puas sembang.Aku nak sembang ngan mak,sebab lepas jer keluar keputusan,aku dapat 2,3 tawaran keje kat Malaysia.Saja nak tanya pendapat mak.Dengar jer pasal keje,mak terus cakap, tak payahlah.Tumpu sampai habis ngaji dulu.Alahai.Tak Perlah.Tapi,bila jer abah dengar pasal ni,terus abah cakap,selagi umur tak cukup 25tahun,jangan berhenti ngaji.Abah siap bagi warning lagi.Tapi aku dah pun set dalam kepala aku,nak habiskan pengajian fakulti Syariah Dan Undang-undang aku dulu.Ada baki lagi 5tahun aku kat sini.Ok la tu.Abah cakap, pasal kewangan jangan risau.Bukan nak cakap famili aku orang berada.Tapi alhamdulillah,sebulan sebelum imtihan,aku call mak.Mak bagitau berita gembira.Abah dah disahkan jawatan baru.Naik ke A.R.O kat MARDI Bukit Tangga.Jadi,gaji abah pun dinaikkan la.Aku terus melawak ngan mak,boleh la mak bagi sebulan RM500 perbelanjaan kat sini.Mak cakap,abah dah rancang nak bagi camtu.Alhamdulillah.Tapi sekarang ni,minyak pulak dinaikkan.Tak tau la macam mana.Nak minta sebulan RM500 pun,aku jadi segan.Entahlah,macam-macam aku fikirkan.Perbelanjaan adik-adik lagi,keluarga la.Lagipun tahun ni,aku nak balik.Duit tiket lagi.Ya Allah,Bantu la kami.!!!
( Aku sentiasa berdoa agar keluarga aku dimurahkan rezeki dan semoga masa depan aku sentiasa cerah....Amin )

Friday, June 13, 2008

KEMUNCAK HIMPUNAN AMAN BANTAH KENAIKAN MINYAK.

Tarikh : 5 Julai 2008.
Hari : Sabtu.
Tempat: KLCC
Anjuran : Protes.

Semua rakyat Rakyat Malaysia dijemput hadir memberi sokongan agar kerajaan Malaysia menurunkan harga minyak yang semakin membebankan rakyat.Sama-sama kita memprotes kenaikan minyak yang mendadak ini agar hasil kekayaan Malaysia dikongsi bersama.Bukan hanya kepada Pimpinan Kerajaan Malaysia sahaja!!!
Allahuakbar !!!!!

Sunday, June 8, 2008

PERMUSUHAN YANG TIDAK PERNAH PADAM

Oleh : Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin

Bermula dari penghujung tahun 2001 sehinggalah sekarang merupakan tahun serangan pihak barat yang bertali arus dan semakin mengancam Islam dan umatnya. Serangan bukan sahaja dalam bentuk peperangan ke atas negara Islam tetapi juga ke atas Islam itu sendiri. Kuasa politik barat dan gereja kini melakukan serangan ke atas agama Islam secara terbuka. Dasar kebebasan beragama yang kononnya mereka sanjungi kini sudah tidak dihormati lagi.

Serangan ke atas Islam oleh Pope Benedict XVI baru-baru ini begitu mengejutkan. Kenyataan Pope itu bercanggah dengan pendirian sederhana Vatican yang sedang berusaha mengadakan dialog antara agama. Ramai tertanya-tanya kenapa hal ini boleh berlaku. Selama ini Vatican begitu dikenali dengan dasar sederhananya. Semua agama di dunia menghormati institusi kristian itu. Semasa kematian Pope John Paul II, kebanyakan negara telah menghantar wakilnya ke istiadat pengkebumian Pope tersebut termasuk juga Malaysia. Ini membuktikan tentang wujudnya jalinan yang baik di antara Vatican dengan seluruh negara di dunia termasuklah negara-negara Islam.

Kini Pope Benedict XVI melupai segala-galanya. Ia menyerang Islam sebagai pengganas dan mengatakan Islam disebarkan melalui mata pedang. Dakwaan ini bukan sesuatu yang baru, tetapi ia telah dilaungkan oleh pihak barat sejak berabad-abad yang lalu. Keganasan pihak kristian ke atas dunia Islam cuba ditutup dengan dakwaan keganasan Islam yang tidak berasas itu. Pope Benedict XVI kini memohon maaf kepada umat Islam di atas kenyataan itu dan Perdana Menteri Malaysia merupakan Ketua Negara Islam pertama menerima permohonan maaf itu. Pendirian Perdana Menteri Malaysia itu mungkin bertujuan untuk mengelak ketegangan antara agama yang mula berputik di Malaysia. Bagi kita sikap biadab Pope itu tidak seharusnya dimaafi dengan begitu mudah.

Kenyataan yang negatif terhadap Islam sebenarnya bertolak dari dua asas utama iaitu :

Pertama : Untuk membuktikan kepada dunia barat bahawa Vatican bersama mereka dalam memerangi keganasan yang kononnya didalangi oleh militan Islam. Kenyataan itu akan memberi keselesaan kepada kerajaan barat yang kini mula ditentang oleh rakyat mereka sendiri. Kita semua mengetahui bahawa barat begitu hebat berusaha untuk menghalang penyebaran dah perlaksanaan ajaran Islam di dalam negara-negara umat Islam, melalui kerajaan-kerajaan yang menjadi tali barut mereka. Dasar ini secara tidak langsung menolong Vatican mendapat laluan mudah untuk menyebarkan agama kristian di dalam negara umat Islam.

Kedua : Dendam kesumat puak kristian terhadap kekuatan Islam sejak zaman-berzaman, terutama kekalahan mereka dalam perang Salib yang bermula di zaman Abbasiyyah sehingga kekalahan besar mereka di tangan Solahuddin Al Ayyubi. Ini menunjukkan bahawa Islam bukan saja mantap dan kukuh di dalam negara-negara, tetapi ia kini semakin mantap dan terpaksa diberi pengiktirafan oleh negara-negara tersebut. Keadaan begitu berbeza dengan kedudukan agama kristian itu sendiri di mana banyak gereja ditutup dan dibeli oleh umat Islam dan dijadikan masjid. Di England pihak berkuasa terpaksa mengadakan undang-undang melarang gereja dijual kepada umat Islam, jika tidak mungkin semua gereja di sana akan bertukar menjadi masjid. Sungguhpun golongan kristian barat tidak begitu kuat beramal dengan ajaran agamanya tetapi taksub dan sentimen agama terus wujud. Sekurang-kurangnya mereka merasai bahawa kristian adalah agama golongan maju. Mereka begitu cemburu dengan perkembangan dan pengaruh Islam yang pada pandangan mereka Islam adalah milik bangsa yang tidak maju. Perkembangan terakhir Islam telah tertonjol sebagai pencabar utama dan menggugat kepentingan barat.

Rentetan serangan ke atas agama Islam dapat dilihat seperti berikut :

1) Kejadian 11 September merupakan propaganda barat untuk menyerang negara umat Islam dan menuduh umat Islam sebagai pengganas.Propaganda ini bertolak dari sikap cemburu pihak barat melihat kemakmuran dan keamanan negara umat Islam serta ingin mencuri kekayaan hasil minyak negara umat Islam.


2) Pada penghujung 2005 sebuah akhbar di Denmark telah menyiarkan lukisan karikatur Nabi S.A.W di mana di atas serban Baginda diletakkan bom bertujuan mengambarkan betapa ganasnya Islam.

3) Pada bulan Januari 2006 lebih 50 orang imam dari negara-negara Islam ditahan memasuki Negara Kesatuan Eropah untuk bertugas sebagai imam di sana.Mereka tidak begitu senang dengan bertambahnya masjid di sana.

4) Di Perancis, kerajaan menguatkuasakan undang-undang melarang wanita Islam memakai tudung. Tindakan ini bercanggah dengan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan mereka sendiri. Dalam masa yang sama mereka juga melarang pusat-pusat percetakan daripada mencetak buku-buku mengenai Islam.

5) Perancis, Itali dan Jerman meluluskan undang-undang memerangi keganasan. Peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada kerajaan menghalau keluar para imam-imam masjid dan menutup masjid, mereka juga menarik balik kerakyatan daripada seseorang warga negaranya yang disyaki terlibat dengan gerakan keganasan. Mereka juga mengetatkan undang-undang imigresen untuk tujuan melarang kemasukan umat Islam ke negara mereka.

Layanan negara Islam kepada penduduk bukan Islam adalah begitu baik. Tiada siapa yang menganggu dan menghalang mereka. Agama mereka terus dihormati sungguhpun demikian kristian telah melakukan berbagai usaha untuk memperkasakan kewujudan mereka. Atas nama kebebasan beragama mereka bukan sahaja menuntut hak mereka tetapi juga sanggup mencabar kedaulatan Islam di dalam negara-negara tersebut. Mereka sebenarnya mendapat sokongan dari kuasa kristian dunia. Tindakan yang mereka lakukan sebenarnya adalah sebahagian dari agenda kristian dunia dalam usaha mereka untuk menguasai umat dan negara Islam.

Firman Allah :

Bermaksud : Banyak di antara ahli kitab (yahudi dan nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman,kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad S.A.W). Oleh itu,maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka) sehingga Allah S.W.T datangkan perintahNya.Sesungguhnya Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Baqarah 109

Sebagai seorang pelajar Islam, kita patut peka dengan suasana ini. Kita patut mempertahankan kesucian agama kita. Kita tidak seharusnya bertolak ansur dengan golongan-golongan yang berniat jahat terhadap Islam. Agama kita mengajar kita supaya menghormati agama lain. Tetapi dasar ini tidak pernah mereka hormati sebaliknya mereka cuba mencabar dan mengganggu-gugat agama kita. Mereka mengambil kesempatan di atas keikhlasan, kebajikan dan kelalaian kita. Mereka begitu berani untuk melakukan apa sahaja walaupun ia menyentuh perasaan dan sensitiviti kita. Keberanian mereka ini adalah disebabkan kerajaan yang memerintah bukan mempertahankan Islam bahkan menyerang dan memperlekehkan kesuciannya.Akhir sekali renungilah Firman Allah :

Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha sekali-kali kepada kamu sehingga kamu menurut ajaran mereka. Katakanlah,( Wahai Muhammad SAW ) Sesungguhnya Allah itulah merupakan petunjuk yang sebenar. Dan jika kamu mengikuti kemahuan dan kehendak mereka setelah datang kepadamu pengetahuan, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Al-Baqarah 120

Walaupun begitu, kita selaku umat Islam masih yakin dan terus yakin dengan janji yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berbunyi :

Maksudnya : Akan tetap ada di kalangan umatku golongan yang bangkit menyatakan kebenaran agama Islam, mereka tidak mudah diperlakukan sewenag-wenangnya oleh golongan yang menentang sehingga datang urusan daripada Allah.


Wallahua’lam.

TERIMA KASIH BUAT KERAJAAN BN !!!!
Terkadang aku berfikir, berhati perutkah pemimpin BN atas kenaikan harga minyak ini....
Tidakkah mereka berfikir dengan kesusahan rakyat bawahan.....???
Petani....??? Pemandu Teksi....???? Nelayan....???
Pegawai-pegawai kerajaan bawahan...???
Pernah kawan aku cakap, kalau Pakatan Rakyat ( PR ) memerintah sekalipun, tak dapat nak kawal kenaikan harga minyak juga...
Betul aku cakap...
Apa yang dipersoalkan sekarang ni, kemana perginya keuntungan Petronas tiap-tiap tahun...???
Sehingga mencecah RM 80 Bilion setahun !!!!
Kenapa tak digunakan keuntungan Petronas tersebut untuk dibuat subsidi kepada rakyat...????
Keuntungan ini hanya untuk membela kroni-kroni pemimpin dan periuk nasi mereka sahajakah...???
Petronas bukan syarikat pensendirian...!!!
Tapi ianya syarikat kerajaan...
Sebelum pilihanraya, berbagai taburan janji diberikan...
Minyak tak akan dinaikan (Najib)
Minyak akan hanya dinaikkan bulan 8 (Pak Lah)
Hari ini...???
Mereka ini pemimpin yang berbohong...???
Atau hanya nak mengaburi mata rakyat...????
Ya Allah, Kami dizalimi, kami ditindas...
Hanya kepada Engkau sahajala tempat kami mengadu....
Berikanlah kami pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat...
Jauhilah kami dari pemimpin yang hanya tahu menjaga kroni dan perut mereka sahaja..............
Mafhum hadis Nabi S.A.W : Doa orang zalim tidak ada hijab antara Allah dan mereka....
Apa aku nak cakap sini...
Tahniah banyak-banyak buat pengundi-pengundi BN...
Ari ini, pemimpin kamu memberi hadiah yang cukup istimewa...
Teruskan memberi sokongan dulu, kini dan selamanya....
Kalau kamu semua masih lagi berfikiran hanya BN yang layak memerintah....

Thursday, June 5, 2008

DEMONTRASI KENAIKAN HARGA MINYAK.....
Dijemput kepada semua rakyat ke " Demontrasi Kenaikan Harga Minyak " anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah pada :

Tarikh : 6 Jun 2008.
Hari : Jumaat.
Jam : 2.30 Petang.
Tempat : Masjid Muzaffar Shah bergerak ke Jam Besar, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Semua rakyat dijemput hadir untuk memprotes kenaikan ini agar kita tidak dizalimi oleh kerajaan yang menggila. Penyokong BN amat-amatlah dialu-alukan kehadiran untuk menyedarkan kerajaan. " Kenaikan Harga Minyak merupakan Hadiah Istimewa Kerajaan BN kepada rakyat terutama yang memberi undian kepada kerajaan BN "

Monday, June 2, 2008

Program Menziarahi Pensyarah-pensyarah Maahad Ta’hili Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro..
Ahad= Ustaz Nadzir ‘Adas ( Duma, Rif Dimasyq )
1 Jun 2008 Pensyarah Madah Usul Fiqh, Aqidah Islamiyah, Feqah.

Isnin =Ustaz Ahmad Najjar ( Midan, Dimasyq )
2 Jun 2008 Pensyarah Madah Dirasat Adabiyah, Balaghah, ‘Arud

Selasa =Ustaz Mahmud Syahadah ( Hajar Aswad, Dimasyq )
3 Jun 2008 Pensyarah Madah Khitobah dan Hadis Arbaien Nawawi

Rabu =Ustaz Nadzir Zaqashiro Mudir ( Souq Sarijeh, Dimasyq )
4 Jun 2008 Pensyarah Madah Tafsir dan Tazkiah An-Nafs

Khamis = Jamuan Makan Tengah Hari Rumah Ustaz Ahmad Najjar
5 Jun 2008 ( Terhad kepada 10 orang sahaja )

Ahad =Ustaz Hani Salhani
8 Jun 2008 Pensyarah Madah Bahasa Arab

* Kepada Sahabat2 yang ingin mengikuti program ziarah ini, boleh menghubungi ana. Insya Allah, kita akan menziarahi tenaga2 pengajar yang kita sayangi bersama di samping beramah mesra bersama mereka.
* Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
* Sahabat2 yang ingin membawa buah tangan untuk Ustaz2, sangat2 dialu-alukan.