Wednesday, October 29, 2008





KUALA LUMPUR YANG PENUH PANCAROBA
Aku pulang tahun ni ke Malaysia, tanah air aku yang tercinta. Tanah tumpah kelahiran aku yang sangat aku rindui selepas 2 tahun aku tidak pulang. Walaupun diriku yang lahir di utara Malaysia, Kedah yang sekarang ni diberi gelaran KEDAH SEJAHTERA di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR). Namun umum kenali, negeri Kedah merupakan salah satu negeri yang terletak di dalam peta Malaysia. Alhamdulillah, sampai hari ini aku rasa sangat tenang berada di Kedah. Bukan hanya kerana negeri kelahiran aku namun kerana pemerintahan yang baru menguasai Kedah. Pernah ditanya kepada Dato’ Seri Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Bin Abd Razak, kenapa memilih tema Kedah Sejahtera? Jawapannya mudah sahaja. Apa guna di beri nama Kedah Darul Aman sedangkan rakyatnya tidak sejahtera. Setakat aman sahaja tidak memadai bahkan perlu kepada kesejahteraan. Namun, di sebalik aku berada di Kedah, aku menjejakkan kaki ke ibu kota Kuala Lumpur yang terkenal pesat membangun di seluruh dunia. Keberadaan aku di sana antaranya adalah mengikuti persidangan parlimen Malaysia. Aku berada di sana selama 3 hari 2 malam. Walaupun diriku kurang menyenangi kepesatan Kuala Lumpur, namun apa yang aku boleh buat apabila diminta untuk membuat laporan persidangan parlimen. Terpaksa aku pergi jua. Walaupun rasa gembira menyertai persidangan dewan rakyat namun di sebaliknya, gelora di hati cukup tak tertanggung dengan kesibukan Kuala Lumpur. Tinggal di rumah sahabat dari Universiti Malaya yang banyak membantu, Saudara Mohd Khairul Naim Bin Che’ Nordin yang aku kenali semasa beliau menuntut ilmu bahasa arab di Syria. Selain mengikuti persidangan parlimen, sempat jua aku menziarahi teman-teman yang aku kenali di Syria termasuk seorang pensyarah Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, Dr Faisal Bin Ahmad Shah yang sudi menjamu makan malam di kediamannya. Aku juga dapat bertemu sahabat sekampung yang bertugas sebagai anggota polis di Dang Wangi. Tahniah aku ucapkan kepada beliau dan aku mendoakan agar dapat menjalankan tugas mengikut yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. apa yang nak aku ceritakan di sini betapa gawatnya maksiat yang berleluasa di Kuala Lumpur. Aku sempat meninjau beberapa kawasan hitam di sana. Premis pelacuran bergerak bebas. Di Lorong Hj Taib, Petaling Street, dan Jalan Tun Sambathan berkeliaran pelacur. Di Petaling Street, tanpa segan silu jualan VCD Lucah dijual secara bebas. Apakah tidakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menangani semua ini? Itu tidak dibahaskan ‘gadis kuaci’ yang menunggu di tepi-tepi tiang bagunan yang menawarkan perkhidmatan yang terkutuk itu dengan harga RM 30 satu sesi. Bahkan ada seorang anggota polis, sahabat aku memaklumkan kepada aku bahawa setiap kali membuat serbuan, tempat-tempat sebegini bagaikan tiada. Makluman yang dia terima, ada anggota dalam membocori rahsia. Jikalau apa yang dikhabarkan oleh sahabat aku ini betul, ini adalah musibah yang cukup besar melanda Malaysia. Cukuplah sekadar ini untuk aku ceritakan berkaitan pancaroba Kuala Lumpur. Bukan semua rakyatnya begitu, bahkan ramai yang alim ulama berasa di sana. Cuma apa yang nak aku katakan kepada pimpinan, kalau masih mengganggap Malaysia negara Islam, siasatlah dan bersihkan ibu kota dari semua ini. Semoga kita berada dalam naungan Allah S.W.T.

Sunday, October 12, 2008

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.
Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) baru sudah selesai pemilihan pimpinan bagi sesi 2009 baru-baru ini. Aku ingin ucapkan jutaan TAHNIAH kepada yang memenangi pemilihan kali ini. Semoga kehadiran antum sebagai pimpinan yang baru akan mencemerlangkan KKDS dan ahli-ahlinya. Dan pesanan dari aku selaku Mantan Setiausaha Agung kepada pimpinan baru, perlantikan antum adalah dari Allah S.W.T dengan wasilah manusia. Amanah yang diberikan cukup berat dan Allah telah nukilkan berkaitan amanah khalifah di dalam Al-Quran yang mafhumnya bermaksud " Bukit-bukau, gunung-ganang tidak mampu menerima amanah khalifah tetapi manusia bersedia menerimanya ". Semoga Antum semua dapat bekerja dengan terbaik Lillahi Taala. Wasalam.

Thursday, October 9, 2008

Kullu 'Am Wa Antum Bi Khair-Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kali ni, aku beraya di Malaysia, Tanah Air yang tercinta. Bersama-sama keluarga yang tercinta lagi dirindui. Rasa puas sangat-sangat selepas 2 tahun berkelana di Bumi Syam, Syria yang aku sedang tempuhi perjalanan yang manis dan pahit untuk bergelar seorang yang berpelajaran. Sebelum aku lupa, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kullu 'Am Wan Antum Bi Khair kepada semua yang mengenali diri ini. Terutama sahabat-sahabat pimpinan dan ahli Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS). Jutaan kemaafan aku pohon andai diri ini ada melakukan kesalahan yang mengguris hati, perasaan dan sebagainya. Minta maaflah sebab lama tak update blog ini. Bukan malas, tetapi banyak sangat tugasan sepanjang balik Malaysia ini. Apatah lagi menguruskan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Ulama' Kedah bersama YAB Dato' Seri MB Kedah. Tapi, sesibuk mana pun, aku sempat pergi beraya ke rumah ' Seseorang' yang cukup istimewa buat diri ku. Sapa orang tu?? itu adalah rahsia aku. Hehe...Jangan marah. Kepada teman-teman, jemputlah datang beraya di teratak buruk aku di Hutan Kampung, Alor Star Kedah. Telefon dulu kalau nak mai tau.....Kepada semua Ahli KKDS, jangan lupa, MAT hari sabtu ni, 11 Oktober 2008. Undi ahli yang mampu membawa kesejahteraan pada semua. Bukan kepada segelintir kawan-kawannya sahaja. Masa depan KKDS terletak di Tangan Anda. Buatlah Pilihan Yang Terbaik.

Tuesday, October 7, 2008

Pemilihan Pimpinan Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) Sesi 2009

Ahli-ahli Pilihan yang layak untuk dicalonkan dan untuk Diundi.

Yang Di-Pertua : Ahmad Ubadillah Bin Abdullah
Timbalan Yang Di-Pertua : Mohd Shahrizan Bin Abdul Mutalib
Ahli Jawatankuasa Tertinggi : Mohd Fakhrurazi Bin Mat Arif
Ahmad Lutfullah Bin Yaakob
Mohd Yusof Bin Zakaria
Mohd Zulhelmi Bin Abdul Rasid
Mohd Bilal Bin Md Zain
Anwar Majdi Bin Ashan
Pengerusi Tetap : Muhammad Mujahid Bin Mokhtar
Timbalan Pengerusi Tetap :Shamshol Bin Mohd Sabudin
Pemeriksa Kira-kira 1 : Mohd Khairi Bin Johari
Pemeriksa Kira-kira 2 : Mohd Faris Bin Alsanadi

Undilah Ahli Yang Akan Membawa Kesejahteraan Kepada Semua.
Tolak Ahli Yang Inginkan Jawatan Kerana Pangkat, Nama dan Kewangan..!!!

Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.