Wednesday, May 22, 2013

Jom Beramal kat KIDU...Moga dapat pahala dan dimasukkan ke Syurga dengan rahmatnya....
Sudah selesai PRU-13.Umum semua mengetahui keputusannya. Ada yang gembira, ada yang berduka lara, ada yang bertambah semangat, ada yang jatuh semangat. Tak kurang yang jatuh sakit akibat gembira menang dan sudah pasti ada yang hampir rebah apabila diumumkan kalah. Itu belum masuk bab menangis sehingga tidak berlagu disaat pengumuman beliau kalah. Aduhai….Bagi aku, sebulan juga bersama calon dari komponen Pakatan Rakyat iaitu calon PAS N09 Bukit Lada membantu turun menyelami permasalahan rakyat selain mengambil peluang dan saat yang baik untuk berkempen. Maklumlah, untuk mempertahankan sesebuah kerajaan itu adalah sangat payah berbanding menyerang untuk merampas sebuah kerajaan Namun segalanya sudah ditakdirkan, DUN yang dijaga oleh aku dan rakan-rakan ditawan kembali oleh pihak sinun. Ya, mungkin ada kekurangan dari kelemahan kami tetapi tidak dinafikan permasalahan wang sangat membebankan dan menyebelkan sesetengah jiwa pengundi. Aku, sebulan diberi perlepasan khas untuk membantu di dalam PRU kali ini. Selesai pengumuman, aku kembali sebagai rutin harian aku selaku Pegawai di Kolej Islam Darul Ulum. Pelik, kenapa hari ini rasa nak menulis kembali di damai-kampungku. Mungkin ada suatu semangat yang mendorong aku untuk menulis hari ini..Cukup banyak yang berlaku sepanjang penyepian aku dari dunia penulisan ini…Cukup setakat ini..Nanti sambunng lain…Sebab la ni aku di pejabat..Hari khamis adalah hari program usrah kakitangan Kolej Islam Darul Ulum

Tuesday, March 26, 2013

Meninggalkan apa yang harus di tinggalkan

Ya Allah, rasanya hampir bertahun aku tidak menulis di dalam blog kesayanganku ini. alasan yang selalu dibuat-buat dalam hati ini adalah sibuk, sibuk, sibuk dan sibuk. benarkah aku sibuk???mungkin dan hampir tidak sesibuk para pimpinan yang walaupun sibuk namun masih mampu menulis buku, menterjemah kitab, mentelaah buku, menyusun gerak kerja dan sebagainya. aku akui bahawa sifat malas yang meruntui semuanya agar jari ini berat untuk menanip sesuatu yang boleh membawa kepada kebaikan. Ya Allah, bertahun aku melakukan maksiat yang mungkin tidak aku sedari. jiwa manusia yang imannya terkadang naik, dan terkadang berkurangan. Ya Allah, ampunilah segala salah silap ku, ampunilah segala doasa-dosaku. Aku pasti meninggalkan segala larangan mu pada kali ini dan seterusnya. Ya Allah, bimbinglah aku ke arah keredhaanMu ya Allah. Cukup dahului intro yang pertama pada tahun ini. Sesungguhnya aku ingin bertaubat dari segala salah dan silap tahun-tahun sebelum ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.