Sunday, July 27, 2008

Pindaan Auku, kemenangan awal perjuangan mahasiswa

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Hrkh) - Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mohamad Khaled Nordin dianggap suatu kemenangan awal perjuangan mahasiswa. Iklan

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata kenyataan Khaled bahawa dengan pindaan Auku yang membenarkan pemimpin parti politik termasuk pembangkang masuk ke dalam kampus sememangnya telah lama diperjuangkan oleh mahasiswa sebelum ini.

"Namun apa yang dibimbangi adalah ianya sekadar gimik politik semata-mata kerana ia masih belum diluluskan oleh Dewan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun, beliau masih menganggap apa yang dikatakan Khaled itu sebagai satu harapan baru yang menjelma pada masa depan para mahasiswa.

Dalam satu laporan akhbar, Khaled dilaporkan berkata dalam pindaan Auku yang baru akan membenarkan pemimpin politik masuk ke kampus.

Namun pimpinan politik boleh berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah mengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa, kata Khaled.

"Saya berharap biarlah tajuk program pengisian yang dijalankan oleh pihak IPT dan para mahasiswa agar menjurus kepada kepentingan pengajian dan negara," ujarnya.

Mengulas isu yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr Shafie Abu Bakar pula berharap agar KPT dapat bersikap telus dalam keterbukaan yang diamalkan ketika melaksanakan pindaan Auku kelak.

"Harapnya jangan 'double standard' kerana jika dilihat kepada mahasiswa di luar negara terdapat kelab parti politik seperti kelab umno luar negara,"katanya.

Sungguhpun begitu, pihaknya masih melihat perkembangan mengenai pindaan Auku tersebut sebagai suatu yang positif apabila mahasiswa diberikan peluang untuk menjemput mana-mana pemimpin politik.

"Ia suatu yang positif dan sangat dialu-alukan kerana mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang boleh menilai mengenai hasrat pemimpin dan kerajaan yang memerlukan keterbukaan," ujarnya lagi.

Namun, beliau yang merupakan bekas pensyarah jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia meminta pihak KPT mendedahkan pindaan tersebut kepada umum.

"Kita hendak tahu mengenai pindaan keseluruhan didedahkan terutamanya mengenai IPT supaya ianya dapat dinilai kerana semuanya tiada erti memandangkan golongan mahasiswa ini merupakan generasi pelapis pemimpin pada masa akan datang.

"Jika pandangan mereka dikongkong, ianya akan mempengaruhi kecenderungan dan sikap mereka," katanya./wann _

Sunday, July 20, 2008






Tanggal 15 Julai 2008, terciptalah suatu lagi episod penting dalam sejarah Negeri Kedah Darul Aman apabila genap 50 tahun pemerintahan KDYMM Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Zaman berzaman kesultanan Kedah telah melalui pelbagai episod yang panjang hingga mencecah hampir 900 tahun. Tuanku Sultan Abdul Halim mula menaiki takhta pada 15 Julai 1958 dan secara rasmi ditabalkan pada 20 Febuari 1959 menjadikan Tuanku sebagai Sultan paling lama memerintah yang masih hidup ketika ini.

Tuanku Sultan Kedah juga ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Sebagai seorang Raja berjiwa rakyat, Tuanku Sultan cukup disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Kedah. Baginda juga dikenali sebagai seorang Sultan yang begitu menghargai ulama-ulama sesuai dengan peranan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri Kedah.

Tuanku sentiasa menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat Negeri Kedah dan juga tempat rakyat berpayung. Justeru, sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ini , patik sebagai Rakyat Kedah mengucapkan jutaan Tahniah dan mendoakan agar Tuanku dipanjangkan umur dan sihat sentiasa di dalam Iman.

DIRGAHAYU TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Sunday, July 6, 2008


SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAH KU YANG TERSAYANG.

Semalam, bertarikh 2 Julai 2008, adalah tarikh keramat bagiku setiap tahun kerana ini adalah tarikh sambutan ulang tahun kelahiran orang yang paling banyak berjasa untuk aku. Abah aku yang tersayang, Hj Ahmad Jamaludin Bin Md Said yang dilahirkan pada 2 Julai 1960. Semalam genaplah umur abah aku 48 tahun. Abah aku yang bertugas di MARDI Bukit Tangga, Kedah Darul Aman menjadi inspirasiku untuk berjaya dalam hidup seharian. Abah tabah menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang dari hari kehari. Pengorbanan abah sangat berharga buatku. Abah tak pernah merungut akan keletihan dengan kerja-kerja harian abah. Walaupun abah dah berjawatan pegawai yang agak tinggi, setiap minggu ke Kuala Lumpur bermesyuarat, menaiki kapal terbang kelas Bussines, tapi abah tetap mengusahakan sawah padi kepunyaan tokwan dan yang abah beli sendiri. Abah cakap semua ni, abah buat untuk kemudahan anak-anak abah melanjutkan pengajian. Apatah lagi aku berda di luar negara. Memerlukan duit yang banyak. Abah berpendidikan bahagian pertanian. Abah pernah cakap, abah tak nak anak-anak abah tak tahu berkaitan agama. Sebab tu kami dari kecil lagi dihantar bersekolah di sekolah agama. Semua adik beradik aku bersekolah rendah di sekolah yang sama, Sekolah Rendah Islam Alor Star ( yang dulu dikenali Sekolah Rendah Islam ABIM ). Cuma bila masuk menengah, abah bagi kelonggaran memilih sekolah. Tapi dengan syarat, sekolah agama jugak. Aku mendaftarkan diriku di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum ( SMIDU ), adik aku yang pertama di Maahad Mahmud Alor Star. Cuma adik kedua je masih di sekolah rendah. Tahun ni habis la adik aku sorang tu. Semalam bersempena sambutan kelahiran abah aku, abah aku memberikan hadiah yang cukup berharga bagiku. Abah menghadiahkanku tiket kapal terbang untuk balik malaysia. Mak pernah cakap, abah nak bagi satu kejutan kat aku. Dan inilah kejutannya. Sepatutnya, aku yang memberikan hadiah kepada abah, ni tak, terbalik plak. Apa-apa pun, aku harap kejayaan dalam pengajian Diploma Bahasa Arab aku menjadi hadiah yang membanggakan abah. Apa tak nya, hanya sekadar Jayyid Jiddan ajer yang mampu aku perolehi setelah penat berusaha. Aku doakan abah terus dirahmati Allah, dimurahkan rezeki yang berlimpah kali ganda, diberi kesihatan yang baik, dan dilapangkan masa.SELAMAT HARI LAHIR KE 48 BUAT ABAH KU YANG TERSAYANG-dari anakmu di perantauan, Syria, Bumi Anbiya’
SAYANG AKU SAKIT BARU-BARU NI...
Pening kepala aku memikirkan perkara ni. Tak tido 2 malam aku dibuatnya. Mana tak nya, selalu nya seharian aku bersamanya. Buat kerja bersama, menemani ketika aku berseorangan. Kali ni die meragam plak. Masuk komputer sana tak boleh, komputer sini tak boleh. Ha, aku dah pening kepala ni. Macam mana ni. Last target, g bahsah la. Terus ke kedai Siyanah Mu’tamad. Tokey kedai cakap, ada dua cara jer. Kalau boleh baiki, aku baiki. Kalau tak, aku pindah maklumat jer la. 3 hari tempoh diberi. 3 hari bagaikan 3 tahun korang tahu menunggu sayang aku tu. Dah cukup 3 hari, terus bergegas ke kedai tu. Tak boleh dibaiki, hanya boleh pindah maklumta jer. Tak perlah. Nak wat camna kan? Keluar kedai tu, terus beli KEKASIH baru....inilah cerita USB kesayanganku yang rosak baru-baru ni.....
SEMALAM, HARI INI DAN ESOK…………
Terkadang diri ini perlu gak untuk pergi berjalan-jalan melihat ciptaan Allah yang Maha Agung. Sesekali keluar Damsyik bersama teman-teman, boleh menghilangkan sedikit tension yang sentiasa berlegar di ruang kepala dan benak fikiran aku. Tension yang kadang-kadang kalau tak terkawal, rasa macam nak mengamuk jer 24 jam. Entahlah, semakin mengenjak umur ni, makin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Semalam, aku dipilih lagi mengekalkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) sesi 2008. Ingatkan hanya setahun jer diberi tanggungjawab amanah ni. Tak sangka pulak berlanjutan untuk tahun kedua. Bertambahla tugasan aku. Sebagai seorang pelajar lagi yang harus aku tempuhi hidup ini. Jadi SU, aku rasa lebih lagi tugasan berbanding Yang Di-Pertua (YDP). Seluruh hidup terpaksa diabadikan untuk kerja-kerja persatuan. Camtu lah rasanya. Mana taknya, SU la yang bertanggungjawab atas perjalanan pentadbiran. Baik buruk perjalanan sesebuah organisasi, terletak atas bahu SU sambil dibantu rakan-rakan yang lain. Tak tau lah apa pandangan korang semua kan?? Itu cerita semalam, tak buka buku untuk hari ni lagi. Buka buku cerita arini plak.bukan pasal arini saja. Kalau ikut arini saja, waktu aku dok menaip entri ni, aku masih dalam pejalanan pulang dari jalan-jalan bersama teman-teman dari UM ( 3 Julai 2008 ) ke Homs, Hamma, Buhaira Asad dan Halab. Maksud aku apa yang aku sedang lalui di musim cuti persekolahan Syria sempena musim panas ni. Mengurus teman-teman dari UM cukup menyeronokkan walaupan agak meletihkan. Namun, bila difikirkan balik tugasan aku pada KKDS, ha, yang tu buat sakit kepala. Tak sakit macam mana, buat endah tak endah jer. Peristiwa buruk berlaku pada hari mesyuarat EXCO KKDS kali ke-6. Aku boleh tak jaga tido. Dah sedar, tepat time mesyuarat. Mau tak kelam kabut aku dibuatnya. Aduhai....apatah lagi KKDS akan anjurkan Inspeksi Separuh Tahun Pentadbiran KKDS, sabtu, 5 Julai ni. Nak jawab apa yer? Rasanya, dah bersedia kot dengan beberapa soalan Spot dari ahli yang mungkin akan bertanya sebab nakkan penjelasan dan mungkin jugak yang akan bertanya sebagai jadi kontroversi. Apa-apa pun, jawatan SU adalah jawatan panas. Sehinggakan PPB tidak hebahkan pemilihan Presidennya, tapi bila pemilihan SU nya, bagai nak rak satu dunia ni. Kan? Insya allah, aku bersedia setiap sudut. Bukan untuk menyerang, tapi mempertahankan. Itu cerita arini. Cerita esok plak. Telefon mak baru-baru ni. Puas telefon rumah, tak ada orang angkat. Kemana semua?? Telefon handset mak, pun tak angkat. Pelik..Akhir sekali dengan tekad yang bulat, telefon handset abah lah. Abah angkat. Abah terus tanya, nak cakap ngan mak ker? Aku pun spontan jawab, boleh gak. Terus diberikan fone kat mak. Sembang-sembang ngan mak, macamlah. Tapi tak leh sembang benda-benda secret la. Sebab mak dan abah waktu tu ada kat rumah kawan abah. Ada urusan sikit. Mak cakap abah nak beli sesuatu. Aku rasa tanah pulak abah akan beli. Dah tu minat abah iaitu mengumpul tanah-tanah bendang. Jaminan masa depan, abah cakap. Dalam sembang-sembang, mak cerita la apa tugasan aku bila balik Malaysia nanti. Ha, keluar dah cerita pasal esok. Belum habis lagi tanggungjawab disini, dah bakal diberikan tugasan untuk ari-ari esok. Sudah aku....Hanya yang mampu aku buat, cuba kumpulkan segala ilmu untuk menghadapi hari esok. Masyrakat, agama, dan negara. Dalam keadaan yang sangat genting ni, apa-apa pun boleh berlaku. Kan? Doa jer yang berterusan agar semoga Allah sentiasa disisi baik ketika senang atau susah.

Tuesday, July 1, 2008

Tuesday, July 1, 2008

DSAI TERKINI - Zulkifli Nordin
Assalamua'laikum to all,

Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.
Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:

1 - Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj.

2 - Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan.

3 - Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit.

4 - Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu.

5 - Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne.

Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan.
Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih.

AdiosZulkifli Noordin

Jom PROTES Kenaikan Harga Minyak....


Zahirkan kePROTESan anda atas kenaikan harga minyak yang menggila oleh kerajaan malaysia pada :

6 Julai 2008, Ahad
Bertempat : Amcorp, Ampang.


Peserta digalakkan memakai pakaian berwarna merah sebagai tanda PROTES.!!!!