Sunday, September 5, 2010

06 SEPTEMBER 2010
Projek Lailatulqadr lebih besar dari tawan Putrajaya
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Ramadhan sudah memasuki fasa terakhir. Rasulullah SAW memberitahu bahawa ia adalah fasa pembebasan dari api neraka. Kewajipan menjauhkan diri dari api neraka sangatlah penting kerana ia adalah isu survival jangka masa panjang.

Syurga neraka bukan isu kecil. Ia adalah perkara yang sangat-sangat besar, kerana di sana adalah tempat semua umat manusia bermukim secara kekal abadi. Jika tempat tinggalnya di neraka, maka kecelakaan yang ditempuh itu lebih besar dari segala mala petaka dunia. Lebih besar dari petaka Aids dan Tsunami. Bahkan ledakan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki tidak sehebat ledakan api neraka

Di zaman Rasululah SAW terdapat sahabat yang pengsan apabila teringatkan neraka. Di antara sebab Rasulullah SAW diutuskan ke dunia ialah untuk menyelamatkan umat manusia dari azab neraka.
Pelbagai forum antarabangsa diadakan untuk membincangkan ancaman pelapisan Ozon, ancaman pelupusan haiwan dan hidupan liar, ancaman pemusnahan hutan serta ancaman pelbagai wabak penyakit yang melanda dunia.

Namun hampir tidak pernah kita mendengar satu forum di peringkat antarabangsa di adakan untuk membincangkan perihal mengelak ancaman api neraka di akhirat. Setidak-tidaknya umat Islam yang beriman kepada Allah yang menganjurkan forum seumpama itu, tetapi tidak pernah berlaku.

Barangkali jika terdapat forum seumpama itu, maka dunia akan bergelak berguling melihatnya. Apa yang dibincangkan tak habis-habis ialah bagaimana menjaga survival ummah untuk hidup selamat dan selesa di atas dunia. Tak habis-habis isu duniawi. Di peringkat antarabangsa, dalam negara; Pusat mahupun Negeri saban hari berbicara mengenai survival dunia lebih banyak dari persoalan survival akhirat.

Umat Islam rata-rata tahu mengenai kelebihan bulan Ramadhan yang di dalamnya terhimpun segala ganjaran. Malangnya usaha yang dibuat untuk menuntut ganjarannya tidak setimpal dengan kebesaran dan keagungan Ramadhan.

Semua tahu perihal Lailatulqadar, iaitu malam di mana Allah menggandakan ibadat seseorang bersamaan 1000 bulan. Rasulullah SAW menggerakkan ahli keluarganya untuk beribadat (berqiyamullail) di 10 malam terakhir. Ulamak semacam bersepakat bahawa Lailatulqadar turun di sepuluh malam terakhir. Ganjarannya jauh lebih besar dari NCER, KHTP atau SULIHH. Jika projek untuk menawan Putrajaya yang belum pasti adalah projek besar, maka projek mendapatkan Lailatulqadar yang sudah pasti itu sepatutnya digembelengkan secara besar-besaran dn bersungguh-sungguh.

Di negara kita, tidak seperti di kebanyakan negara Arab, masjid ‘menjadi siang’ di sepuluh malam terakhir. Sejak lama, hanya beberapa masjid tertentu menganjurkan program memakmurkan sepuluh malam terakhir Ramadhan. PAS ada menganjurkan tetapi tidaklah menyeluruh.

Tahun lalu, di Kedah, program mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramadhan menjadi program penting di hampir setiap PAS kawasan. Mereka memilih masjid-masjid tertentu digilirkan bermula malam ke 21. Setiap malam penglibatan YB diwajibkan. Program qiyamulail dibimbing oleh Urusan Ulamak. Habis qiamulail orang ramai dihidangkan jamuan bersahur secara percuma.

Sepatutnya pada tahun ini program tersebut diangkat menjadi program rasmi Lajnah Tarbiyyah PAS supaya ianya dilaksanakan dengan lebih besar, tersusun dan menyeluruh. Malangnya, Lajnah Tarbiyyah agak perlahan.

Kerajaan negeri yang ditadbir PAS mampu melakukannya. Jadikan beribadah pada 10 malam terakhir sebagai program rasmi negeri. Program ini sangat mudah dilakukan kerana ianya langsung tidak mengganggu sensitiviti penganut agama lain. Ia juga tidak memerlukan majoriti dua pertiga ahli Dewan. Cabarannya cuma satu, iaitu memikirkan cara untuk memberi motivasi kepada umat Islam supaya sanggup untuk berenggang barang sejam dua dengan bantal busuk dan tilam di waktu awal pagi untuk bermunajat kepada Allah SWT. Cabaran itu pun tidaklah besar sangat kerana terbukti bahawa rakyat Malaysia mampu untuk ‘berqiyamullail’ hampir setiap malam sewaktu berlangsungnya piala dunia, sekalipun FIFA tidak memberi upah kepada mereka satu sen pun. Inikan pula amalan yang pasti mendapat ganjarannya. Jadikan semua surau dan masjid mengadakan program ibadah pada 10 malam terakhir seperti mana mereka menjayakan Solat Tarawih di hampir setiap surau dan masjid. Gerakkan ia sebagai satu budaya.

Galakkan juga program infak pada 10 malam terakhir. Bayangkan kalau kita menderma untuk perjuangan Islam RM10 pada malam Lailatulqadar itu maka sama seolah-olah kita menderma RM300,000. Berapa orang antara kita pernah meninfaq RM300 ribu untuk fisabilillah? Sebab itulah seluruh umat Islam perlu menganggap bahawa Lailatulqadar adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian besar.

Dari aspek tarbiyah dan membina kekuatan dalaman perjuangan, program seperti ini sangatlah penting. Berjuang dalam jamaah Islam berbeza dengan perjuangan golongan sekular. Tiada imbuhan duniawi, sebaliknya banyak berkorban. Ia berbeza dengan berjuang dalam parti sekular Umno, boleh sapu kiri kanan. Oleh kerana dalam PAS menuntut pengorbanan, maka ‘kekuatan dalaman’ sangat perlu. Alang-alang tiada kekuatan seorang aktivis boleh tinggalkan perjuangan begitu sahaja.

Kekuatan dalaman ini boleh dikuatkan melalui tarbiyah kerohanian. Antara penjana kekuatannya ialah program-program qiyamullail seperti ini. Ibadat khusus serta amalan kerohanian seperti ini, banyak membantu datangnya pertolongan Allah. Penganalisis politik sekular menghuraikan pelbagai sebab mengapa Tok Guru Nik Aziz dan PAS mampu pertahankan Kelantan selama hampir 20 tahun. Tapi perkara yang mereka tidak sentuh dan tidak nampak ialah kekuatan kerohanian tok guru yang menjadikan qiyamulail amalan ‘wajib’ harian beliau. Puluhan ribu rakyat Kelantan boleh bermunajat dari dinihari hingga ke Subuh di stadium. Ini kekuatan yang tidak ada pada musuh.

Jadikanlah Ramadhan sebagai sebahagian dari aspek politik kita iaitu mencari kekuatan dalam perjuangan serta membuka peluang terhadap kesejahteraan rakyat yang beriman di negeri yang tiada penghujungnya

Saturday, September 4, 2010

Ramdhan Kareem.....
Kurang seminggu, ramadhan 1431 H akan pergi meninggalkan kita buat selamanya. Kita pasti tidak akan dapat mengundurkan diri lagi untuk mengecapi ramadhan 1431 H untuk selama-lamanya. Muhasabahlah diri kita sendiri, apa amalan kita cukup pada ramadhan kali ini??? apa masih seperti tahun-tahun kebiasaan yang mana ramadhan berlalu tanpa ada perubahan baik perubahan sedikit atau ketara??? Sabda Nabi Muhammad SAW, "Celakalah bagi mereka yang hidup di bulan ramadhan tetapi ramadhan berlalu tanpa dosa mereka di ampunkan ". apakan kita yakin kita mampu hidup sehingga tahun hadapan dan mengecapi ramadhan buat kesekian kalinya??? dan pastikah kita sekiranya ramadhan yang akan datang, kita akan berubah???
Cerita yang sangat menyentuh hati ketika khalifah Umar Abd Aziz naik sebagai khalifah. beliau ingin tidur buat sementara waktu. tapi dibangunkan oleh anaknya dan meminta ayahnya menyelesaikan beberapa permasalahan. lalu Umar Abd Aziz berkata " aku ingin tidur sebentar. selepas zohor, aku akan menyelesaikannya ". jawab si anak " apakah bapa yakin akan diberikan umur yang panjang sehingga zohor nanti ??? ". ketika itu, umar Abd Aziz memeluk anaknya lalu berkata " maha suci Allah yang telah mengeluarkan zuriat dari tulang sulbi ku yang mampu menyedarkanku ". renungilah kehidupan kita ketika ini...terutama penulis yang banyak lalai kepada perintah Allah....
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. janganlah biarkan kami di dalam kecelakaan kerana dosa kami tidak di ampunkan pada ramadhan kali ini.....

Wednesday, September 1, 2010


Budak dulu dan budak sekarang- Main Mercun……
Heran ye….banyak sangat la ni dok dengaq budak-budak putus jari kerana main mercun…sat dengaq kat sini, satgi dengaq kat sana plak……..awat jadi cmtu ha…..???mungkin disini boleh sikit diceritakan kenapa boleh jadi macam tu….
Nak kata aku tak main mercun dulu-dulu, lagi dahsyat kami main…bukan setakat mercun, main meriam lagi…tu dulu la…la ni dah tobat dah….besaq panjang mak aku kata, takkan nak main mercun lagi….jadi aku sebagai anak yang taat, xmain la….alhamdulillah,kami main dulu, tak ada yang jadi cacat..main meriam lagi…ada sorang kawan aku, lagi champian..buat meriam pakai saluran air yang dibuat dari simen..kalau kami panggil koq taik… hebatnya kami main, kawan aku ni letak buah nyioq depan mulut meriam, sekali cucuh, melambung buah nyioq tu…punya kuat..pastu pakat lari sebab kena ligan dengan orang kampong..hingaq…dok 2 minit, mai pulak…cucuh lagi…tapi yang bagusnya budak-budak ni, sanggup bawa ayaq, tunggu masuk azan maghrib ja, lepa cucuh meriam…nak bagitau masuk waktu berbuka (aku tak pernah wat camtuuu…sebab mak aku tak bagi keluaq waktu berbuka…dengaq ja la..)…tang tu la bgus…..satu lagi waktu sahur, nak bangunkan orang…..sanggup bangun awal….
Tapi la ni, awat kerap dengaq putuih jari….meletup kat tangan…muka seghebeh…aku dok tertanya awat dok jadi camtu…semalam aku tengok budak kampong main mercun…baru aku tau…lepa lagi champian… pengalaman aku main mercun guruih, lepas cucuh terus baling…budak-budak semalam, lepas cucuh tunggu dulu, agak nak meletup baru baling naik atas langit…kononnya nak bagi meletup atas dan bunyi lagi kuat…patutla putuih jari…sebab salah jangka…dok rasa lambat meletup lagi…gaya nak baling, meletup kat tangan…hebat..hebat….tu baru mercun guruih…kalau mercun bola, ketupat????hilang lengan dan mata, muka jadi herot….
Apa-apa pun, langkah kerajaan menyekat permainan mercun tu ada pro dan kontra…yang pandai main mercun, rasa tak puas hati….sebab tak leh main lagi…mereka professional..main bertahun-tahun, tapi tak putuih jari….yang terlebih pandai, lagi tak puas hati..walaupun baru main setahun…dan menyebabkan merka putuih jari…tapi dengan sebab mereka jadi macam tu, doktor dapat gheja free..kalu tak, doktor dok menganga bulan posa ni…..tapi dari sudut Islam…rugi woo..dok bakaq duit..macam hisap rokok la….free2 ja duit terbakar…lebih baik membantu mereka yang memerlukan…
Selamat Menyambut Malam Tujuh Likur – Perbanyakkan Amalan Akhir-akhir Ramadhan…

Wednesday, August 18, 2010

Salam semua...
hari ini genap seminggu aku bekerja di Kolej Islam Darul Ulum....
sekalipun aku masih belum dinyatakan sebagai staff KIDU yang tetap, aku merasa bangga dapat berkhidmat di sini. tidak lain kerana aku pernah menuntut ilmu di sini. mungkin kalau nak dikatakan sebagai membalas jasa, mungkin boleh juga.
aku diberi jawatan sebagai penolong pendaftar bahagian perhubungan awam dan teknologi maklumat.alhamdulillah, aku merasa senang dengan tugasan ini dan aku akan cuba untuk memperkenalkan kaedah baru supaya KIDU menjadi lebih terkenal dan menarik minat rakyat malaysia untuk mendaftar sebagai mahasiswa Kolej Islam Darul Ulum pada tahun-tahun mendatang...
aku memohon doa dari semua pihak agar aku diberikan kekuatan, kesihatan dan keupayaan dalam menjalankan tugasan ini dengan terbaik...amiiin ya rabbal 'alamin.

Thursday, July 22, 2010

Adakah PAS dilihat jahat jika menolak

Penulis Tamu - edyesdotcom,

Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Apa kata Timbalan Presiden PAS;

PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.

Apa kata Presiden PAS ;

(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)

Apa kata Mursyidul Am PAS;

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!

Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini.

Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?

Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!

PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat.

Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.

Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.

Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !

Sumber - Kedahlanie.blogspot.com

Saturday, July 17, 2010


Salam Kerinduan….

Mungkin ini lafaz yang sesuai aku gunakan pada kali ini. Apa yang nak aku jelaskan bahawa kerinduanku pada my web blog aku yang sudah berserawang dan ditumbuhi lalang dan juga semak-semak kerana sudah lama tidak aku peduli. Entah kenapa aku sering bersikap begini. Padahal dahulu, setiap hari aku pasti akan menaik tarafkan web blog aku. Nak kata tak buka internet, tipulah. Dalam seminggu pasti aku buka juga. Sekurang-kurangnya mengetahui perkembangan politik Malaysia yang menjadi minat aku. Bahkan aku sering menaik tarafkan web blog ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada kerana aku adalah pegawainya. Yang mengherankan tiada keinginan dari diriku untuk menaik tarafkan blog aku sendiri. Kali ini aku akan cuba bersikap istiqomah menaik tarafkan blog aku untuk kepuasan diri sendiri. Mungkin juga untuk santapan teman-teman yang dekat dengan aku untuk mengetahui perkembanganku dan cerita-cerita yang menarik dariku.

Aku berada di negara yang banyak pulau. Bahkan paling banyak umat Islam. Ada cerita-cerita menarik yang aku akan kongsi disini. Dan Insya Allah, tidak akan aku tinggalkan perbahasan politik atau apa yang ada kaitan dengannya di dalam blog aku nanti. Doalah aku diberi semangat dan juga kesempatan untuk terus menulis. Jadikan penulisan sebagai wasilah penghubung saudara juga sebagai pedang pemotong kezaliman.

Semalam aku buka blog teman di Syria. Dari situ muncul semangat untuk aku naik tarafkan blog aku. Sedih rasanya apabila mengenang kenangan selama di Syria. Aku merindukan Syam, tempat yang membentuk diriku. Membentuk pengetahuanku tentang pelbagai perkara. Aku merindukan Syam...ya Allah, kau perkenankanlah hajat aku untuk menjejakkan kaki lagi ke Bumi Syam....apabila aku buka laptop yang termampang gambar aku ketika di Qol’ah Halab, ya Allah...kadang-kadang mahu menitis air mata mengenang kenangan di sana..makan kebab syawi, syawarma....dan yang paling tidak aku lupakan, pengajian di sana. Hari selasa, pengajian Dr Wahbah Zuhaili. Hari Jumaat, Dr Bouti, hari Isnin, Syeikh Naem dan sebagainya....selepas zohor, pengajian Kitab Sohih Bukhari dengan Syeikh Sattar....dan juga teman-teman yang menyenangkan...oooiiiii, che mat, hassan su, hambali dan lain-lain....kangen......

Nantilah aku ceritakan...ini baru info atau mungkin ada istilah yang lebih bagus digunakan untuk mengambarkan bahawa ini adalah pengkhabaran awwalan.......

WE MUST SAVE MALAYSIA !!!!!