Friday, April 17, 2009
KERAJAAN Selangor takut, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus. Sebab itu, ia memujuk Elizabeth Wong kembali sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.
Shukor berkata, jika peletakan jawatan Wong diterima, maka kerajaan negeri akan menghadapi rakyat yang kini tahu bagaimana menilai prestasinya sejak setahun memerintah negeri berkenaan. Katanya, rekod kerajaan negeri buruk dan itu jadi punca ketakutannya melepaskan Wong.
Shukor juga berkata, langkah kerajaan negeri itu juga menunjukkan kerajaan negeri tiada mempunyai pemimpin yang sesuai untuk diketengahkan jika berlaku pilihanraya kecil.
Namun lain pula nada Umno di Pulau Pinang. Sebaik pecah khabar Ahli Dewan Negeri Penanti, Mohamad Fairuz Khairuddin meletak jawatan, Ketua Pembangkang dari Umno, Datuk Azhar Ibrahim berkata, itu adalah helah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merugikan dana awam.
Katanya, pilihanraya hanya akan menyusahkan rakyat.
Sementara sekutunya dalam Barisan Nasional Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dari MCA dan Dr Teng Hock Nan dari Gerakan berpendapat, pengumuman peletakan jawatan Fairus itu adalah cara PKR untuk meraih publisiti.
Oleh itu, mereka dan beberapa kerabat Barisan Nasional menyimpulkan bahawa tindakan PKR menggunakan pendekatan ini untuk “membersarakan” wakil-wakil rakyatnya yang bermasalah, adalah satu “salahguna” proses demokrasi.
Mereka menyebut pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh; Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah dan terakhir sekali mungkin bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, sebagai alasan hujah.
Laungan mereka ini disokong oleh kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Aziz Yusof apabila beliau menyatakan pilihanraya kecil memakan biaya yang besar.
Bagaimanapun katanya, jika ada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun parlimen, SPR tetap akan menguruskan pilihanraya kecil demi memastikan rakyat mempunyai wakil yang sah di dewan berkenaan.
Namun yang menjadi persoalan mengapa soal belanja dijadikan asas perkiraan? Benarkah ini merugikan? Jika benar, maka betullah tindakan kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak mahu pilihanraya kecil berlaku di Bukit Lanjan kerana soal kos pilihanraya. Jika demikian, kurang bijaklah Ketua Pemuda Umno Selangor mengatakan kerajaan negeri takut menghadapi rakyat!
Namun apabila PKR berani dan sanggup pula mengosongkan kerusi Penanti hanya untuk mengisinya dengan calon yang lebih efektif, tindakan itu dikatakan sebagai membazir dan menyusahkan rakyat.
Jika benar demikian kenapa Umno tidak rujuk sahaja kepada dan bekas Menterinya, Shahrir Samad berhubung tindakannya meletak jawatan ahli Parlimen Johor Bahru dan bertanding semula sebagai calon bebas lebih 20 tahun lalu? Shahrir bukan sahaja menang malah dapat membuktikan Umno (terutama Umno baru yang didaftar semula pada 1988) sudah tidak dapat kepercayaan rakyat lagi.
Oleh itu Umno perlu tentukan sikap – perlu atau tidak pilihanraya kecil di Penanti diadakan? Bila Pakatan Rakyat tidak mahu izinkan pilihanraya kecil berlaku di Bukit Lanjan, ia dikatakan penakut. Namun apabila ia hendak diadakan di Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan peluang menang tipis, ia dikatakan membazir.
Wakil PKR di Bukit Selambau meletakkan jawatan dan melorongkan pilihanraya kecil berlaku kerana keselamatan beliau dan keluarga terancam. Laporan polis dibuat, tetapi tiada tindakan tegas diambil. Bagaimana Arumugam hendak menumpukan perhatian kepada tugasnya jika keselamatan beliau tidak keluarga tidak terjamin? Maka beliau berhenti. Dan, pilihanraya kecil berlaku.
Fairuz pula berhenti kerana hendak beri tumpuan kepada keluarga dan melanjutkan pelajaran. Beliau juga hendak mengambil peluang di luar lingkungan tugas politik untuk membersihkan namanya dari pelbagai tohmahan. Salahkah tindakan itu?
Kes pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh lapan bulan lalu adalah unik. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua orang, baik kawan mahupun lawan akan mengakui hakikat bahawa potensi beliau sebagai pemimpin adalah besar. Dan, beliau tidak boleh menjadi wakil rakyat kerana dianiaya oleh musuh-musuh politiknya. Maka salahkan jika isterinya berkorban melepaskan kerusi parlimen supaya Anwar bertanding dan rakyat dan negara dapat memanfaatkan potensi kepemimpinannya?
Kini jelas kedudukan, mentaliti dan tahap keyakinan diri Umno. Jika Umno berani menghadapi rakyat, adakanlah pilihanraya kecil Behrang dan Cangkat Jering. Lebih baik lagi bubarkanlah Dewan Undangan Negeri. Ini akan membantu selesaikan kemelut politik Perak. Itu baru berani namanya. (TVantara)
Wednesday, April 15, 2009
Tadi handfone aku berbunyi mesej. Mesej dari Harakah. Maklumlah, semenjak bekerja dengan orang politik, aku melanggan harakah melalui khidmat pesanan ringkas yang dikenakan bayaran RM5 sebulan. Murahkan? berita kali ini, berita yang sudah dijangkakan pelbagai pihak. Termasuk aku. Cuma aku berdoa agar tidak menjadi realiti. Namun, aku yakin ALLAh nakkan kami turun untuk berjuang lagi mencapai matlamat yang diimpikan. YB Mohd Fairuz Khairuddin, Mantan TKM 1 Pulau Pinang memaklumkan beliau telah meletak jawatan sebagai ADUN Penanti berkuatkuasa hari ni. Alasan yang diberikan adalah untuk menumpukan sepenuh masa kepada pengajian kerana beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian siswazah lanjutan. Dan juga ingin memberi masa kepada keluarga yang banyak berkorban. Aku hormati keputusannya. Mengikut undang-undang, SPR mesti menetapkan tarikh untuk pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari. Cuma sekarang ni, marilah kita turun memastikan kerusi Penanti terus kekal di tangan PR walaupun yang bakal menjadi calon adalah PKR.....Sama-samalah kita mendoakan agar diberikan kemenangan lagi untuk untuk PRK kali ni.
Tuesday, April 14, 2009
Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi PAS. Sekarang ini PAS Kawasan di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat.Saya menjangkakan tahun ini akan ada pemimpin baru yang muncul untuk mendepani POLITIK BARU yang diasaskan oleh PAS. Antara nama-nama baru yang bakal diketengahkan ialah Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang begitu popular dan telah teruji kepimpinan dan ketahanannya.
Beliau juga membuktikan keupayaannya memimpin kerajaan Kedah sehingga kini.Ustaz Azizan sehingga kini telah mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden dari PAS kawasan Temerloh.
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu Harakahdaily, keretanya dicuri ketika beliau berada di Kota Bharu semalam.
Kereta jenis Rexton 270 bernombor pendaftaran MAR 4555 hilang di hadapan sebuah hotel di Kota Bharu selepas Mahfuz menghadiri satu undangan ceramah di sana.
Beliau memaklumkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu berhubung kehilangan tersebut.
Namun Mahfuz memaklumkan tiada barangan penting dalam kenderaannya yang hilang.
"Yang ada hanya keropok dan kain-kain baju kawan saya yang ikut serta dengan saya ke Kota Bharu,"katanya.
Pagi ni, aku belek surat khabar lama. Saja tak ada keje pa. belek punya belek, aku terjumpa satu berita berbentuk bantahan dari sebuah persatuan bernama USIA. Apa yang mereka bantahkan? Mereka membantah seorang Exco Perak, Nga Kor Meng membaca ayat Al-Quran yang mulia. Kononnya menghina sensitiviti umat Islam sedangkan si pembaca bukan beragama Islam. Terus muncul dalam benak fikiran ku, apakah maksud bantahan ni? Seorang bukan Islam membaca Quran sebagai menghina? Apa yang menyedihkan, bantahan itu datang dari mulut orang yang bergelar Dato’, berpendidikan Islam yang agak tinggi ( aku tak pasti la orang tu faham tak pa yang dia pelajari ), mengetuai pertubuhan Islam yang agak besar. Sedih bila dikenangkan semua ini. Mereka menggangap semua ni menghina Islam sedangkan berapa ramai remaja Islam yang tidak mampu mengucap tidak pernah di ambil kisah oleh pertubuhan ini. Atau mana-mana pertubuhan Islam yang mengkeji perbuatan Nga Kor Meng. Pernah mereka bertanya atau membuat kaji selidik berapa ramai remaja Islam yang tidak mampu membaca Quran seperti Nga Kor Meng? Ini lagi menghina Islam. UMAT ISLAM TIDAK MAMPU MEMBACA QURAN SEDANGKAN BUKAN ISLAM MAMPU MEMBACA QURAN DARI UMAT ISLAM!!!!!!! Apakah jenis makhluk-makhluk ini?? Makhluk yang mengaku penganut Islam, namun kitab yang dipegang tidak mampu di baca. Apatah lagi untuk di fahami!!!. Sedarlah wahai Dato’, jangan kuman seberang laut kita Nampak, gajah depan mata buat-buat buta.
Afiq (berkopiah hitam)
Semalam, aku menziarahi sahabatku, Mohd Afiq Uthman Bin Abdul Latif yang ditimpa ujian berlanggar dengan kereta. Dan sekarang ni ditempatkan di ICU Hospital Taiping. Afiq merupakan junior aku di SMIDU. Dan kemuadian aku melanjutkan pengajian ke Syria, dia juga melanjutkan pengajian ke sana. Aku pernah tinggal sebuah rumah dengan dia di depan Jami’ Nablusi. Mengikut apa yang aku lihat semalam agak kritikal keadaan dia. Mengikut cerita yang aku dengari dari sahabat sekampungnya, beliau dalam perjalanan menghantar keropok lekor yang merupakan sumber pendapatan keluarganya. Dia yang mengambil alih tugas bapanya yang meninggal dunia tahun lepas akibat kanser tengkok. Tiba di satu jalan, beliau ingin memotong sebuah kereta. Dan tidak semena-mena, kereta dihadapanya berhenti mengejut. Lalu dia melanggar kereta dihadapan dan terjatuh di laluan bertentangan dan datang kereta di laluan tersebut melanggar dan menyeretnya hinggakan 3 lapis seluar yang dipakainya, hancur. Bahkan dompet yang mengandungi kad pengenalan pun terhakis akibat seretan atas tar yang panas. Apa yang kami tengok semalam, kulit belakangnya sudah tidak kelihatan. Nampak putih isi sahaja. Bahkan diberitahu, ada tulang di pinggangya patah. Inilah yang dinamakan ujianNya yang tidak sekali mampu kita menduga. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali Afiq, marilah kita mendoakan agar dia cepat sembuh dan mampu menyara keluarganya. Banyakkan solat hajat. Aku yang menunggang motor dari Alor Setar ke Taiping tiba di rumah pukul 12.30 malam. Sepanjang perjalanan, aku dan sahabat membaca apa yang patut untuk didoakan agar Afiq cepat sembuh.
Hari ini, aku menghubungi sebuah kampong bertanyakan persiapan untuk lawatan YB. Akan tetapi, agak sedih jawapan yang diberikan. Mereka minta tangguh atas sebab-sebab yang tertentu. Kadang-kadang timbul perasaan geram dalam jiwa, dulu mereka ni yang bisisng-bising kononnya YB tak turun jengok masyarakat. Bila dah PKWR susun, dan maklum awal, mereka pulak macam-macam alasan. Bagiku hendak seribu daya, tak mau seribu dalih. Yang menyedihkan, belum apa lagi, jawapan yang diberikan, orang kampong payah..mereka kerja…Aku macam nak tanya, Encik dah tanya orang kampong boleh ke tak? Dah usaha kumpulkan orang kampong ke belum? Dan rancang program ke belum? Ni tak, belum apa lagi, dia jawab bagi pihak orang kampong. Ini juga ujian yang menimpa tanpa dugaan kita. Aku fikir mudah kerja YB. Bila aku terlibat semua ini, semakin hari semakin aku sedar. Doalah agar Allah berikan aku kekuatan menghadapi semua ini.
Badanku masih keletihan lagi. Namun mana mungkin bisa aku tidur. Kerja masih enggak dibereskan lagi. Ada kawan-kawan bertanya, tak sambung ngaji lagi ker? Aku menjawab, aku masih mengaji. Cuma tahun ni, aku ngaji secara tak formal. Tahun ni, aku minta kat family nak rehat setahun dari pengajian formal. Sekarang aku mula menceburi bidang politik yang menjadi minat aku dari dulu. Susah payah dalam perjuangan Islam menjadi kepuasan bagiku. Hinggakan kemenangan Bukit Gantang, air mata aku menitis. Rasa berbaloi dengan segala penat lelah berkempen. Allah membayar tunai kepadaku. Ya Allah, terima kasih Ya Allah memberikan kami kekuatan dan kemampuan untuk terus bergerak, berjuang untuk agamaMu. Hari ni, aku makin mengenali orang-orang politik diperingkat atasan. YB Ust Izzat ( memanglah aku kenal – my boss ), YB Dato’ Haji Mahfuz, Dato Ir Amiruddin, Dato’ Taulan dan aktivis-aktivis politik dalam perjuangan PAS dan PR. Bahkn aku di ajar pelbagai cabang dalam politik, kebajikan rakyat, mengambil hati pengundi, bergaul dengan golongan marhean. Semua ini perlu kerana ku akan berhadapan dengan ribuan orang yang berlainan perangai dan ideologi. Buat teman-teman yang bertanya, kenap aku tidak menyambung pengajian lagi, ini jawapan ku – Tahun ni, aku nak ngaji ilmu politik sekejap. Dan tahun depan aku akan kembali menadah kitab di Universiti Islam Negeri, Jakarta, Indonesia, Insya Allah.. Tahun ni, berikan aku sedikit ruang untuk mencapai impian aku menceburi bidang paling aku minanti, bidang politik. Boleh????
Friday, April 10, 2009
Pertama sekali, ucapan Alhamdulillah yang keluar dari mulut aku apabila diumumkan kemenangan YAB Dato’ Seri Muhammad Nizar mempertahankan kerusi P059 Bukit Gantang dan S. Manikumar mempertahankan N25 Bukit Selambau. Ketika hari pembuangan undi, aku yang bertugas di DUN Bukit Selambau dapat melihat dengan jelas mood pengundi yang mula muak dan benci dengan permainan politik kotor dan jijik parti pemerintah BN sekarang. Lebih 50 tahun rakyat diperbodohkan oleh mereka dalam mempertahankan kuasa kuku besi mereka. Cukup manis rasanya kemenangan ini dirayakan oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia. Manakan tidak, sebelum berlangsungnya kempen pilihanraya ini, berbagai pandangan yang diberikan. Di Bukit Gantang, PAS menganggap Bukit Gantang adalah reforandum menolak kerajaan haram BN di Perak. Manakala di Bukit Selambau, YAB Dato’ Seri MB Kedah menegaskan andai PR kalah di DUN ini, maka beliau akan mmbubarkan DUN Kedah untuk pilihanraya seluruh Kedah. Aku yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas di Bukit Selambau cukup bimbang dengan keadaan dan suasana mood penduduk di sini. Takut rakyat termakan gula-gula getah yang diberikan PM selepas mengangkat sumpah sebagai PM dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan pengembalian pengantungan Harakah dan Suara KeADILan. Juga isu yang dimainkan parti lawan berkaitan “ Sembah Derhaka ” dan sebagainya. Dengan isu EXCO Kedah menghina Sultan juga dianggap peluru oleh parti musuh menembak kerajaan PR Kedah. Isu ini sedikit sebanyak memberi impak kesan kepada pengundi melayu terutama di saluran 1 dan 2. Aku dapat melihat dengan jelas kesan ini apabila kawasan Pokok Sena yang dipertanggungjawabkan menjaga UPU Taman Bandar Bharu menganjurkan Majlis Gotong Royong pada hari Sabtu, 4 April 2009 bertempat di Padang sebelah Masjid Taman Bandar Bharu. Pada masa yang sama BN-UMNO menganjurkan program penerangan di sebelah padang yang berdekatan. Program mereka berbentuk hiburan dengan acara senamrobik, dendangan muzik dan sebagainya. Jelas apa yang dinamakan bangsa Melayu memenuhi program BN akan tetapi bangsa Hindu dan Cina memenuhi Program PR. Di situ aku cukup merasa malu dengan bangsa aku yang masih lgi segelintirnya terkapai-kapai membezakan mana yang baik dan buruk. Dengan gaya dan fersyen yang menjolok mata, anak-anak gadis melayu melangkah ke program hiburan anjuran BN. Akan tetapi, bangsa lain bersama PR bergotong royong membersihkan kawasan yang bukan tempat lain, tempat tinggal anak-anak gadis tadi juga. Di sini, aku dan teman-teman membuat andaian, BN akan mengusai undi melayu dan PR menguasai undi bukan melayu. Andaian kami akan menepati suasana. Pada hari pembuangan undi, aku ditugaskan sekali lagi di Bangsal Panas dalam tugasan menyemak system daftar pemilih. Dari pemerhatian aku dan teman-teman, jeas kelihatan bangsa hindu dan cina yang banyak masuk di Bangsal Panas PR untuk menyemak manakala melayu lebih cenderong ke Bangsal “ Kati Senget ”.
Aku bertugas hingga ke waktu makan dan selepas iu bergegas ke Bukit Gantang untuk meninjau suasana pengundian di sana. Sempat singgah di Rumah Ust Annuar di Serdang untuk solat Jama’ dan menikmati makan tengah hari di tepi Sungai Perak sebelum memecut laju ke Taiping. Tika sampai di sana, waktu pembuangan undi sudah pun tamat. Namun perayu undi dari PR masih lagi berdiri, berdoa dan berselawat dalam suasana hujan yang agak lebat. Aku sempat membunyikan hon tanda sokongan kepada mereka dan terus menuju ke Dewan Perbandaran Taiping, Pusat Penjumlahan Undi P059 Bukit Gantang. Sehingga jam 8 malam, belum ada lgi pengumuman keputusan mana-mana UPU dan saluran. Sabar menunggu di dalam hjan yang agak renyai-renyai. Pukul 8.15 malam, pengumuman keputusan di umumkan oleh SPR dimulai undi POS undi-undi di kawasan yang menyebelahi pihak BN. Rasa cukup sedih di kawasan majoriti melayu seperti Air Kuning, PAS tewas. Namun sinar kembali cerah apabila DUN Kuala Sepetang yang majoriti cina diumumkan keputusannya, cukup jelas menunjukkan bangsa cina memahami landskap politik Perak. Sehinggalah pada jam 9.40, Pegawai Pengurus SPR mengumumkan keputusan yang memihak kepada PAS yang mewakili PR. Manakala di Bukit Selambau, keputusan agak lewat diumumkan. Apa yang penting, kemenangan juga memihak kepada PKR yang mewakili PR.
Aku pulang malam tu, dengan seribu kepuasan. Meraikan kemenangan PR dengan mengikat bendera di sisi kereta dan membunyikan hon tanda gembira.
Itu cerita hari pengundian.
Semalam MAT Dewan Pemuda PAS Pokok Sena berlangsung dengan lancar. MAT wajib dibuat mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan PAS. Dan tahun ini juga tahun pemilihan pucuk pimpinan baru. Ketua Dewan Pemuda PAS Pokok Sena ( DPPPS ) adalah YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki ( Bos Aku ) mengantikan Al-Fadhil Ustaz Zainol Asri Bin Ramli yang sudah cukup umur kepemudaan. Dan beberapa nama lagi yang pasti akan merancakkan jentera pemuda Pokok Sena mempertahankan kemenangan rakyat. Tugasan aku tak selesai lagi. Aku terus berkhimat dengan YB menyuun beberapa program bertemu rakyat. Malam ni, ada Majlis Makan Malam Bersama MB dan Dialog bersama Ketua Kampung Dengan YB di DUN Bukit Lada. Esok dan lusa, terus bersama menggerakkan tema “ Kedah Sejahtera, Nimmat Untuk Semua ” dengan penyusunan bebrapa program dan bantuan kebajikan untuk rakyat DUN Bukit Lada.
Sunday, April 5, 2009
MENJUNGJUNG KASIH KE BAWAH DULI TUANKU YaNG DI PERTUAN AGONG KERANA MUDAHKAN PAKATAN RAKYATSEMASA artikel ini ditulis, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Angkat sumpah ini melengkapkan Teori RAHMAN yang sekian lama dicanangkan oleh pemerhati politik tentang susun atur Perdana Menteri Malaysia. Kita bersyukur kepada Allah kerana proses peralihan kuasa ini berlaku secara tenang dan bersusila walaupun banyak juga pihak merayu kepada Seri Paduka Baginda agar menangguhkan dahulu angkat sumpah Najib ini. Walaupun saya sendiri tidak seronok berperdanamenterikan seorang yang dipalitkan dengan pelbagai skandal, tetapi saya tidak mahu peralihan kuasa berlaku dalam keadaan yang tegang seperti yang dialami oleh negara jiran kita, Thailand.
Sebagai seorang penghuni di Seri Perdana, Najib sebenar membawa imej yang amat tercalar kerana beliau tidak membersihkan dirinya dari pelbagai tuduhan dan dakwaan. Bukan hanya suara rakyat dalam dalam negeri, bahkan media massa di luar negeri seperti Perancis, Indonesia, India hingga ke Korea memperkatakan kredibiliti Najib. Najib digambarkan seorang yang tidak bermoral, tidak punya integriti dan ketiadaan kredibiliti. Apa tidaknya, rakyat didedahkan pelbagai persoalan. Nama Najib tidak dibersihkan ketika dipalitkan dengan isu pembunuhan Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansur turut disabitkan sama. Mereka hanya menafikan, tidak membersihkan. Isu ini adalah isu antarabangsa yang melibatkan pelbagai pihak. Bukan Najib sahaja yang dituduh, bahkan seluruh Malaysia dimasukkan ke kandang tertuduh.
15 Penderhakaan UMNO - malaysiakini1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.
Thursday, April 2, 2009

Penyalahgunaan perkataan "Barisan Nasional"Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.
Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:
Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah.
Pro-Term President of CYM

KENALI CALON BN BUKIT GANTANG.....


Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.
Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.
Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.
"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.
"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.
Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.
"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. "(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. "Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.
"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya. (malaysiakini)
Dicatat oleh ar_rawa

2) Yang Benar….!!!!Hari ini, riuh rendah plak UMNO mendakwa ada surat layang memburukkan kempen BN di Bukit Gantang. Maka sekoyong-koyong la pemimpin UMNO dan BN mengutuk perbuatan ini. Antara surat layang yang dikhabarkan kepada media adalah sabotaj program oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T.Murugiah. Tan Sri Mahyuddin Yasin menghebahkan bahawa ada individu yang meletakkan program cabutan bertuah ketika program Timbalan Menteri tersebut sedangkan cabutan bertuah itu tiada. BN mengutuk keras perbuatan yang tidak bermoral ini. Beliau berkata masyarakat tidak boleh menerima isi mana-mana surat layang.
Jawapan :
Baru hari ini BN nak kutuk perbuatan penyebaran surat layang yang sudah pasti sebagai alasan terdesak yang dicari BN untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan permainan politik kotor mereka. Apakah mereka tidak sedar perbuatan mereka yang mempercayai surat layang yang dihebahkan mereka berhubung kenyataan seorang EXCO Kedah menghina Tuanku Sultan? Maka, pencacai-pencacai bangsa ini menyerang Wisma Darul Aman memohon agar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak menyiasat dan memecat EXCO yang tidak diketahui. Apabila ditanya, siapa EXCO berkenaan itu, jawapan mereka “ adalah, adalah ”. Kadang-kadang merasakan cakap dengan orang gila,sudah tentu tak akan mengaku kegilaan mereka apatah lagi mereka sedang gila talak apabila tewas di tangan rakyat. Hari ini baru mereka sedar bahawa surat layang tidak boleh dipercayai. Adakah rakyat akan percaya ????!!! 7 April 2009, ramai-ramai kita buktikan dan kita aka tambahkan sakit gila BN dengan undi PR dan jatuh dan kuburkan UMNO-BN.
Wednesday, April 1, 2009

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya.



Sunday, February 8, 2009
oleh: MSK
Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.
Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.
Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.
Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.
Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.
Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.
Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.
Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.
Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.
Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?
Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?
Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?
Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”
Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”
Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.
Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.
Kenapa kecoh bila pimpinan Pakatan pakai Toyota Camry sedangkan pemimpin BN pakai Rolls-Royce,
Diamler, BMW dan Mercedes ???- Yb Saifuddin Nasution.Di kala mereka kecoh dan bising pasal penggunaan kereta Toyota Camry oleh pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin BN di negeri yang mereka kuasai menggunakan kereta rasmi mewah dan mahal. Demikian pendedahan Pengarah Strategik KeADILan, YB Saifuddin Nasution.
Menurut Yb Saifuddin, maklumat yang diterimanya menunjukkan pemimpin-pemimpin BN terutamanya di Sarawak dan Terengganu menggunakan kereta yang sangat mewah yang jarang mampu dimiliki oleh rakyat biasa.
“Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud mempunyai beberapa buah Rolls-Royce manakala dua timbalan menteri di negeri itu menggunakan BMW 7 series. Selain itu ada menteri di negeri itu menggunakan Diamler”, kata Yb Saifuddin.

Harga pasaran sebuah Rolls-Royce dianggarkan paling kurang RM1.5 juta sebuah, manakala BMW 7 series menjangkau RM700,000 sebuah. Manakala Diamler dalam lingkungan RM 1 juta bergantung kepada model.
“ Di Sarawak juga, lima pegawai kanan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan Setiausaha Kewangan menggunakan Mercedes Kompressor. Model yang sam juga digunakan oleh Exco-exco kerajaan di Terengganu,” ujar beliau lagi.
“ Jadi apa salahnya jika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak memutuskan u
ntuk membeli Toyota Camry yang jauh lebih murah untuk kegunaan exco-exconya?” tanya Yb Saifuddin.Harga pasaran Toyota Camry ialah RM140,000 hinggan RM170,000. Menurut Yb Saifuddin, sementara kerajaan Pakatan Rakyat telah pun menjelaskan pembelian Toyota Camry kerana ia lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol dan penyelenggaraan, BN perlu menjelaskan kepada rakyat alas an pembelian Rolls-Royce, Diamler, Mercedes Kompressor dan BMW untuk kegunaan pegawai dan exco-exconya
“ BN perlu memberi penjelasn kepada rakyat alas an pembelian kereta-kereta mewah ini kerana ia melibatkan pembaziran jutaan wang rakyat,” tambahnya.
-Sumber Suara KeADILan (4-11 Februari 2009)

Seluruh rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya kembali menyaksikan permainan kotor, jijik dan hina dalam merebut kuasa di negeri Perak. BN-UMNO yang terkenal dengan sedemikian rupa telah membelakangkan hak rakyat dan perlembagaan untuk berkuasa kembali di Perak. Sudahlah dimalukan oleh rakyat pada 8 mac 2008, kemudian di Permatang Pauh da mutakhir di Kuala Terengganu, BN-UMNO masih dilihat lupa semua ini. Mereka bukan cuba untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka akan tetapi meranapkan sedikit sebanyak kepercayaan yang masih diberikan oleh seorang dua orang yang dangkal politik Malaysia. Bahkan kemasukan 2 orang ADUN pencacai PKR ke BN-UMNO yang masih bergelumang dengan tuduhan rasuah wang dan juga rasuah “ betina ” akan mengikis keyakinan seluruh dunia kepada pemimpin yang bakal menjawat jawatan no 1 Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Abd Razak. Tun Dr Mahathir juga meluahkan rasa kekecewaannya apabila BN menerima kemasukan pencacai ke dalam BN. Mereka ini bukan sahaja mengkhianati undi rakyat bahkan menghina institusi Raja Perak. Seperti umum ketahui, selepas kemenangan PR di Perak, 2 orang ini juga yang menimbulkan pelbagai masalah antaranya keinginan pengkhianat Jamaludin Radzi yang begitu kebulur untuk memegang jawatan MB. Sehinggakan Sultan Perak memanggil semua ADUN PR dan mentanda tangani satu perakuan untuk taat setia kepada kerajaan PR dan jangan ada yang keluar dari PR kerana akan menimbulkan masalah kepada kerajaan. Hari ini, jelas lagi terang mereka lah yang mengingkari arahan DYMM Sultan Perak. Media elektronik dan cetak terus menyerang YAB Dato’ Seri Muhammad Nizar menuduh beliau yang menghina dan derhaka kepada Sultan. Lupakah kita apa yang berlaku di Terengganu dan Perlis selepas PRU-12??? Hari ini UMNO-BN cuba menjadi hero yang tidak ada maruah menyatakan mereka la yang mempertahankan institusi Raja berpelembagaan di Malaysia dan Perak.
Penulis cukup pelik kemanakah “ kemaluan ” najib merancang konspirasi meranapkan hak rakyat. Ini kah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6? Cukup tidak bermaruah dan tidak berakhlak. Dengan pendedahan demi pendedahan masalah rasuah, kronisme dan sehinggakan tuduhan pembunuhan Altantuya, Najib sudah lari jauh dari landasan seorang manusia yang berakhlak dan berjiwa rakyat. Dengan wajah yang tidk tahu malu mengumukan memperolehi majoriti mudah memerintah Perak. Padahal, keputusan Speaker untuk mengosongkan 2 kerusi DUN masih dalam peringkat mahkamah. Apakah sudah tersangat kebulur untuk memerintah sehinggakan tidak sempat untuk menunggu keputusan mahkamah atas 2 kes yang membelengu pengkhianat bangsa dan umat ini?
Di saat ini, apa yang harus kita buat adalah terus bersatu dan bersama menumbangkan hantu-hantu dan toyol-toyol gila kuasa. Bukan lgi mengeluarkan kenyataan yang akan mengguriskan hati sahabat kita. Seperti pesanan Dato’ Haji Mahfuz, jangan ada di kalangan ahli PAS yang berkata " inilah perangai orang keADILan ". "orang keADILan tak leh dipercayai ". Jangan sesekali kata macam tu. Adakah kita tahu dan lupa pemimpin PAS juga pernah lari dan masuk BN? Dato’ Nakahaie dulunya pimpinan PAS lari masuk BN. Adakah hendak kata PAS pun tidak boleh dipercayai? Yang salah mereka yang lari, menjadi pencacai, tali barut memusnahkan harapan rakyat kepada mereka sahaja bukannya kepada parti. Parti tetap parti dengan wadah dan perjuangan membela rakyat dan menegakkan Islam. Ketahuilah mereka lari keluar adalah takdir dan pertolongan dari Allah untuk bersihkan jamaah kita dari mereka yang gilakan kuasa dan tamakkan dunia. Sepatutnya kita bersyukur Allah mengeluarkan mereka ini dari jamaah kita.
Semalam umat Islam bermunajat dan mendirikan solat hajat agar Allah memberi pertolongan untuk mengekalkan kuasa kerajaan yang ingin menegakkan agama Allah di Perak. Ada yang berkata kepada penulis “ dah banyak kali kita solat hajat dan munajat ”. jawab penulis, “ bagi Allah segala-galanya mudah. Akan tetapi ketahuilah dihujungnya pasti ada hikmah yang tidak tersimpul oleh fikiran manusia. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah suka mendengar rintihan dan doa dari hamba-hambanya. Bagi Allah, bila disebut “ Kun”, maka jadilah. ”. Bahkan penulis sendiri pun telah menitis airmata bila fikirkan ini adalah mahar perjuangan yang harus di bayar untuk mengakkan Islam dan terkenangkan situsi politik Perak. Terkadang kita di atas, tetapi dijatuhkan dengan perbuatan yang lebih dahsyat dari yahudi. Bagi penulis yang masih lemah dalam semua ini, membayangkan bagaimana perasaan Dato’ Seri Muhammad Nizar dalam menghadapi situasi genting ini. Penulis yang berkesempatan makan tengahari bersama beliau ketika kempen pilihanraya Kuala Terengganu mengenali beliau seorang yang lemah lembut, penyayang dan berkasih saying. Cara beliau duduk, makan, bersembang cukup menyentuh hati penulis dan mengangap beliau adalah bapa yang mithali. Hari ini, kerakusan pemimpin yang gilakan kuasa melaksanakan agenda yang cukup keji.
Sahabat-sahabatku seluruh dunia, ketika umat Islam Palestin berhadapan Israel dan Zionis, kta di Malaysia juga berhadapan pemimpin yang hampir menyerupai perangai yahudi laknatullah. Rampasan kuasa di Perak boleh disamakan dengan kejadian dan cubaan memusnahkan penduduk dan umat palestin oleh kerajaan Yahudi Laknatullah. Teruskanlah berdoa dan bermunajat untuk Allah membantu hamba-hambanya dalam menegakkan agamaNya. Jangan sesekali berhenti merintih, berdoa, bermunajat untuk kembalikan kuasa rakyat di Perak dan dibukakan hati DYMM Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak.
TERUSKAN BERDOA, BERMUNAJAT, MERINTIH MEMOHON ALLAH MEMBUKA HATI DYMM SULTAN UNTUK MEMBUBARKAN DUN DAN MENGEMBALIKAN KUASA PEMILIHAN DI TANGAN RAKYAT….DAN POHONLAH AGAR ALLAH MUSNAHKAN BN DAN KERAJAANNYA..
ALLAHUAKBAR 3X!!!!!!
Thursday, February 5, 2009
Feb 6th, 2009 | By Webmaster | Category: Isi II
Oleh : Mohd Ezli Mashut (LL.B (Hons) UIAM
Laman Blog : www.ezli007.blogspot.com / email :ezli007.blogspot.com /
No Tel : 017-6543974
‘Rampasan kuasa oleh UMNO/Barisan Nasional di Perak Darul Ridzuan merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi di Malaysia. Ia umpama merobek kuasa rakyat dengan melalui taktik kuasa wang, ancaman dan ugutan. Apa yang berlaku tidak ubah sepertimana tindakan Kerajaan Zionist Israel yang tidak menghormati pilihan rakyat Palestin apabila memilih HAMAS sebagai kuasa pentadbir …’
‘Dalam PRU-12 DUN Perak, Pakatan Rakyat mendapat 442,660 undi dan BN 399,565 undi (berdasarkan undi polular). Ini menunjukkan 43,095 lebih undi daripada BN. Menafikan pilihanraya baru adalah satu ketidakadilan’….
Situasi politik di Perak semakin meruncing dan rumit. Kejutan politik yang berlaku kini akan menjadi lipatan sejarah hitam tragedi demokrasi kuasa rakyat di Perak Darul Ridzuan. Detik itu juga akan dikenang sebagai hari ‘Kejatuhan Kerajaan Rakyat Perak ‘ ataupun ‘The Fall Of Perak People Kingdom’ kerana saat itu kuasa wang menjadi raja di sana. Taktik kotor dan jijik itu seumpama tindakan Zionist Israel yang tidak mengiktiraf Kerajaan Hamas yang menjadi pilihan rakyat Palestin untuk mentadbir wilayah tersebut.
Tindakan tidak bermaruah ini iaitu penculikan politik, ancam dan ugut juga sebenarnya telah merampas kuasa pilihan rakyat yang telah membuat pilihan sewaktu 08hb Mac 2008. Kuasa yang sah pilihan rakyat ini juga sewajarnya dipelihara dan dihormati oleh semua pihak khususnya kepada ahli-ahli DUN yang telah diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab.
Sebenarnya rampasan kuasa rakyat ini hanya memberi persepsi dan gambaran jelas keadaan UMNO/BN sudah berada di penghujung kuasa dan pengaruh atau ‘The End Of BN Era’. Jika benar UMNO/BN masih mendapat sokongan rakyat, kepimpinan mereka tidak perlu gentar untuk berhadapan dalam PRU-13 atau pembubaran DUN. Rampasan kuasa ini juga menjadi bukti UMNO/BN sanggup ‘by hook or by crook’ melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa tanpa mempedulikan kuasa pilihan rakyat Perak yang telah menobatkan Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Pada asasnya kini tindakan UMNO/BN merampas kuasa melalui tindakannya hanya akan menyebabkan kerajaan yang dibina bertunjangkan asas-asas yang cukup lemah. Dijangkakan usia kerajaan rampasan kuasa ini hanya akan berkuasa dalam tempoh yang pendek dan penuh pergolakkan. Strategi yang telah dilaksanakan juga akan menjadi asas terbaik untuk Pakatan Rakyat membuka pintu Putrajaya yang dijangka berlaku pada sidang Parlimen bermula 16hb Februari 2009.
Mengikut pemerhatian kita pertukaran kuasa melalui tindakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kabinetnya yang mengikut kehendak lunas-lunas Perlembagaan Malaysia diyakini bakal berlaku antara minggu keempat dan kelima iaitu antara 09hb Mac 2009 sehingga 19hb Mac 2009 ini. Tarikh tersebut amat sesuai untuk pertukaran kuasa kerana saat itu juga UMNO sedang bergelut di saat akhirnya jawatan-jawatan tertinggi yang akan menjadi faktor berpecahnya perpaduan UMNO secara total.
Tempoh 11 bulan Perak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat walaupun satu waktu yang begitu singkat boleh diumpamakan sebagaimana pemerintahan Khalifah Agung Umar Abdul Aziz. Walaupun tempoh pemerintahan Umar Abdul Aziz hanya 2 setengah tahun, era tersebut dikenang sebagai kemuncak tempoh paling gemilang tamadun Islam. Usia pemerintahan yang singkat bukan menjadi faktor penghalang untuk melaksanakan usaha perubahan dan reformatif. 11 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan terus dikenang oleh rakyat Perak generasi akan datang sebagai era tempoh paling gemilang dalam erti kuasa rakyat kuasa keramat.
Rampasan kuasa oleh UMNO/BN ini boleh diibaratkan sepertimana taktik yang digunakan oleh pihak Zionist Israel dalam menghadapi tentangan daripada pimpinan Hamas di Palestin. Kita melihat gaya dan taktik ala-Mossad ini mula menyerap dalam taktik UMNO/BN di Malaysia. Ketika seluruh dunia mengutuk tindakan kejam serangan Zionist Israel kepada rakyat Palestin. Rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang meniru-niru gaya dan taktik pihak yang kejam dan zalim itu.
Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan perlu dipertahankan. Kita melihat tokoh-tokoh pahlawan negeri Perak selama ini yang menjadi pejuang pembebasan menentang penjajah dahulu kini semangatnya kembali memugar. Ketika saat penjajah datang dahulu tokoh-tokoh pejuang seperti Dato Maharajalela, Tok Sagor dan para ulama menunjukkan semangat mempertahankan tanahair dan agama daripada dirobek oleh para penjajah. Tetapi hari ini walaupun penjajah sudah lama diusir tetapi pemikiran dan tindakan UMNO/BN tidak ubah seperti penjajah yang datang ke Perak untuk merampas hak kuasa rakyat melalui rampasan kuasa.Kini pejuang-pejuang yang mempertahankan kuasa rakyat akan menjadi benteng kepada kedaulatan Perak Darul Ridzuan.
Memetik satu catatan bersejarah negeri Perak :
Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat di dalam Hikayat Misa Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair “Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya” sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.
Gambaran sejarah di atas menceritakan saat kegemilangan Negeri Perak pada ketika itu. Mungkin gambaran di atas juga akan tercatat dalam sejarah Perak di mana tahun antara Mac 2008 sehingga Feb 2009 akan dikenang sebagai zaman kegemilangan Perak di mana dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti dan karektor yang tersendiri. Namun episod bersejarah kebangkitan rakyat negeri Perak dalam mempertahankan Kerajaan Rakyat Perak baru sahaja bermula.
Rampasan kuasa terbaru oleh UMNO/BN ini dilihat akan menjadi titik tolak kepada penolakkan rakyat Perak Darul Ridzuan secara total dalam PRU-13. Apabila kuasa rakyat sudah diinjak-injak oleh penguasa korup ini maka letusan kebangkitan rakyat akan diterjemahkan dengan penolakkan secara total terhadap tindakan yang tidak berpelembagaan dan menolak majoriti pilihan rakyat. Ini adalah episod baru perjuangan rakyat yang akan berterusan bermula detik hari ini. Setelah 11 bulan mandat rakyat dinobat, hari ini menjadi saksi mandat itu dirampas dengan rakusnya oleh UMNO/BN.
Berikut adalah beberapa komen menarik yang dipetik dalam laman Facebook Mohammad Nizar Jamaluddin yang menjadi bukti sokongan tidak berbelah-bagi rakyat Perak dan Malaysia.
Nor Sahidah Bt Hamid wrote at 10:12pm
Tidak pernah sekali pun pemimpin tertinggi BN yang berjiwa seperti dato sri. Sanggup memberi kuliah subuh di setiap masjid. memberi tazkirah di surau-surau jabatan kerajaan.Semua dilakukan tanpa sambutan carpet,kompang dan imbuhan. Boleh menjadi imam dengan wirid yang panjang. Talkin kan jenazah, memberi khutbah tanpa teks. Anak2 yang berjaya dunia…
Mohd Shahrir wrote at 10:14pm
Mereka (BN) tewas kepada nafsu dan ketamakan untuk merampas kuasa..kebencian yang meluap dikalangan seluruh rakyat akan akan terbayar juga Insya Allah…Dato’ Seri terus bersabar. Demi Allah dan Rasul, kebatilan tidak pernah kekal. Allah bersama-sama orang yang sabar
Dheva Naveendran Appavoo wrote at 9:43pm
dato seri, i’ve always regarded you as a very good leader and at this point of time where we are facing this diemma, you can be well assured that all the RAKYAT is in support of you and our prayers will always be there for you and the entire PAKATAN RAKYAT.
Mohd Ezli Mashut wrote at 11:56pm
Rampasan kuasa ini akan menjadi detik kebangkitan rakyat untuk terus mengangkat martabat Pakatan Rakyat di Malaysia. Tragedi ini umpama tindakan Zionist Israel yang menzalimi Hamas di Palestin…Ayuh bangkit rakyat pertahan Kerajaan Rakyat Perak…
Sehingga artikel ini ditulis komen-komen sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin terus diterima daripada seluruh pelusuk negeri dan dunia. Ini menjadi bukti bahawa sokongan rakyat semakin meningkat. Intelek rakyat pada hari ini tidak boleh dipermain-mainkan lagi oleh putaran media yang bias dan mengampu.
Rampasan kuasa ini tidak akan berakhir sehingga rakyat kembali bersuara dan menunjukkan kuasa keramatnya. Kita yakin di akhir episod kemelut politik di Perak ini akan lahir hero-hero rakyat yang akan terus mempertahankan kuasa keramat rakyat.
Akhirnya, rampasan kuasa ini akan terus dikutuk sepanjang generasi akan datang. Buku-buku sejarah akan mencatatkan peristiwa hitam ini sebagai detik matinya kuasa rakyat. Namun sejarah perjuangan ini masih bermula. Anda yang sedang membaca ini adalah bakal-bakal hero dan pejuang yang akan menghiasi buku-buku sejarah akan datang jika menjadi benteng pertahanan terakhir mempertahankan kuasa Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan. Ayuh..rakyat Malaysia semua kita bangkit pertahan perjuangan kita daripada tindakan dayus dan zalim ini.



