Friday, April 10, 2009

KEMENANGAN “ 2 BUKIT ” KEMENANGAN RAKYAT…
Pertama sekali, ucapan Alhamdulillah yang keluar dari mulut aku apabila diumumkan kemenangan YAB Dato’ Seri Muhammad Nizar mempertahankan kerusi P059 Bukit Gantang dan S. Manikumar mempertahankan N25 Bukit Selambau. Ketika hari pembuangan undi, aku yang bertugas di DUN Bukit Selambau dapat melihat dengan jelas mood pengundi yang mula muak dan benci dengan permainan politik kotor dan jijik parti pemerintah BN sekarang. Lebih 50 tahun rakyat diperbodohkan oleh mereka dalam mempertahankan kuasa kuku besi mereka. Cukup manis rasanya kemenangan ini dirayakan oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia. Manakan tidak, sebelum berlangsungnya kempen pilihanraya ini, berbagai pandangan yang diberikan. Di Bukit Gantang, PAS menganggap Bukit Gantang adalah reforandum menolak kerajaan haram BN di Perak. Manakala di Bukit Selambau, YAB Dato’ Seri MB Kedah menegaskan andai PR kalah di DUN ini, maka beliau akan mmbubarkan DUN Kedah untuk pilihanraya seluruh Kedah. Aku yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas di Bukit Selambau cukup bimbang dengan keadaan dan suasana mood penduduk di sini. Takut rakyat termakan gula-gula getah yang diberikan PM selepas mengangkat sumpah sebagai PM dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan pengembalian pengantungan Harakah dan Suara KeADILan. Juga isu yang dimainkan parti lawan berkaitan “ Sembah Derhaka ” dan sebagainya. Dengan isu EXCO Kedah menghina Sultan juga dianggap peluru oleh parti musuh menembak kerajaan PR Kedah. Isu ini sedikit sebanyak memberi impak kesan kepada pengundi melayu terutama di saluran 1 dan 2. Aku dapat melihat dengan jelas kesan ini apabila kawasan Pokok Sena yang dipertanggungjawabkan menjaga UPU Taman Bandar Bharu menganjurkan Majlis Gotong Royong pada hari Sabtu, 4 April 2009 bertempat di Padang sebelah Masjid Taman Bandar Bharu. Pada masa yang sama BN-UMNO menganjurkan program penerangan di sebelah padang yang berdekatan. Program mereka berbentuk hiburan dengan acara senamrobik, dendangan muzik dan sebagainya. Jelas apa yang dinamakan bangsa Melayu memenuhi program BN akan tetapi bangsa Hindu dan Cina memenuhi Program PR. Di situ aku cukup merasa malu dengan bangsa aku yang masih lgi segelintirnya terkapai-kapai membezakan mana yang baik dan buruk. Dengan gaya dan fersyen yang menjolok mata, anak-anak gadis melayu melangkah ke program hiburan anjuran BN. Akan tetapi, bangsa lain bersama PR bergotong royong membersihkan kawasan yang bukan tempat lain, tempat tinggal anak-anak gadis tadi juga. Di sini, aku dan teman-teman membuat andaian, BN akan mengusai undi melayu dan PR menguasai undi bukan melayu. Andaian kami akan menepati suasana. Pada hari pembuangan undi, aku ditugaskan sekali lagi di Bangsal Panas dalam tugasan menyemak system daftar pemilih. Dari pemerhatian aku dan teman-teman, jeas kelihatan bangsa hindu dan cina yang banyak masuk di Bangsal Panas PR untuk menyemak manakala melayu lebih cenderong ke Bangsal “ Kati Senget ”.

Aku bertugas hingga ke waktu makan dan selepas iu bergegas ke Bukit Gantang untuk meninjau suasana pengundian di sana. Sempat singgah di Rumah Ust Annuar di Serdang untuk solat Jama’ dan menikmati makan tengah hari di tepi Sungai Perak sebelum memecut laju ke Taiping. Tika sampai di sana, waktu pembuangan undi sudah pun tamat. Namun perayu undi dari PR masih lagi berdiri, berdoa dan berselawat dalam suasana hujan yang agak lebat. Aku sempat membunyikan hon tanda sokongan kepada mereka dan terus menuju ke Dewan Perbandaran Taiping, Pusat Penjumlahan Undi P059 Bukit Gantang. Sehingga jam 8 malam, belum ada lgi pengumuman keputusan mana-mana UPU dan saluran. Sabar menunggu di dalam hjan yang agak renyai-renyai. Pukul 8.15 malam, pengumuman keputusan di umumkan oleh SPR dimulai undi POS undi-undi di kawasan yang menyebelahi pihak BN. Rasa cukup sedih di kawasan majoriti melayu seperti Air Kuning, PAS tewas. Namun sinar kembali cerah apabila DUN Kuala Sepetang yang majoriti cina diumumkan keputusannya, cukup jelas menunjukkan bangsa cina memahami landskap politik Perak. Sehinggalah pada jam 9.40, Pegawai Pengurus SPR mengumumkan keputusan yang memihak kepada PAS yang mewakili PR. Manakala di Bukit Selambau, keputusan agak lewat diumumkan. Apa yang penting, kemenangan juga memihak kepada PKR yang mewakili PR.

Aku pulang malam tu, dengan seribu kepuasan. Meraikan kemenangan PR dengan mengikat bendera di sisi kereta dan membunyikan hon tanda gembira.

Itu cerita hari pengundian.

Semalam MAT Dewan Pemuda PAS Pokok Sena berlangsung dengan lancar. MAT wajib dibuat mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan PAS. Dan tahun ini juga tahun pemilihan pucuk pimpinan baru. Ketua Dewan Pemuda PAS Pokok Sena ( DPPPS ) adalah YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki ( Bos Aku ) mengantikan Al-Fadhil Ustaz Zainol Asri Bin Ramli yang sudah cukup umur kepemudaan. Dan beberapa nama lagi yang pasti akan merancakkan jentera pemuda Pokok Sena mempertahankan kemenangan rakyat. Tugasan aku tak selesai lagi. Aku terus berkhimat dengan YB menyuun beberapa program bertemu rakyat. Malam ni, ada Majlis Makan Malam Bersama MB dan Dialog bersama Ketua Kampung Dengan YB di DUN Bukit Lada. Esok dan lusa, terus bersama menggerakkan tema “ Kedah Sejahtera, Nimmat Untuk Semua ” dengan penyusunan bebrapa program dan bantuan kebajikan untuk rakyat DUN Bukit Lada.

No comments: