Sunday, February 8, 2009

MASIHKAH RAKYAT PERCAYA TEMBELANG PIMPINAN DAN MEDIA UMNO-BN?

Kenapa kecoh bila pimpinan Pakatan pakai Toyota Camry sedangkan pemimpin BN pakai Rolls-Royce, Diamler, BMW dan Mercedes ???- Yb Saifuddin Nasution.

Di kala mereka kecoh dan bising pasal penggunaan kereta Toyota Camry oleh pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin BN di negeri yang mereka kuasai menggunakan kereta rasmi mewah dan mahal. Demikian pendedahan Pengarah Strategik KeADILan, YB Saifuddin Nasution.
Menurut Yb Saifuddin, maklumat yang diterimanya menunjukkan pemimpin-pemimpin BN terutamanya di Sarawak dan Terengganu menggunakan kereta yang sangat mewah yang jarang mampu dimiliki oleh rakyat biasa.
“Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud mempunyai beberapa buah Rolls-Royce manakala dua timbalan menteri di negeri itu menggunakan BMW 7 series. Selain itu ada menteri di negeri itu menggunakan Diamler”, kata Yb Saifuddin.
Harga pasaran sebuah Rolls-Royce dianggarkan paling kurang RM1.5 juta sebuah, manakala BMW 7 series menjangkau RM700,000 sebuah. Manakala Diamler dalam lingkungan RM 1 juta bergantung kepada model.
“ Di Sarawak juga, lima pegawai kanan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan Setiausaha Kewangan menggunakan Mercedes Kompressor. Model yang sam juga digunakan oleh Exco-exco kerajaan di Terengganu,” ujar beliau lagi.
“ Jadi apa salahnya jika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak memutuskan untuk membeli Toyota Camry yang jauh lebih murah untuk kegunaan exco-exconya?” tanya Yb Saifuddin.
Harga pasaran Toyota Camry ialah RM140,000 hinggan RM170,000. Menurut Yb Saifuddin, sementara kerajaan Pakatan Rakyat telah pun menjelaskan pembelian Toyota Camry kerana ia lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol dan penyelenggaraan, BN perlu menjelaskan kepada rakyat alas an pembelian Rolls-Royce, Diamler, Mercedes Kompressor dan BMW untuk kegunaan pegawai dan exco-exconya
“ BN perlu memberi penjelasn kepada rakyat alas an pembelian kereta-kereta mewah ini kerana ia melibatkan pembaziran jutaan wang rakyat,” tambahnya.

-Sumber Suara KeADILan (4-11 Februari 2009)

No comments: