Thursday, April 2, 2009


Penyalahgunaan perkataan "Barisan Nasional"

Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.


Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:

1."Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan.

2.Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.
3."Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?

4."Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan sebuah pertubuhan yang haram.”

5.Berbeza dengan Umno yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."
Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.
Maka persoalan yang timbul ialah:

1.Bilakah Barisan Nasional diluluskan? Bilakah Barisan Nasional menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang – undang? Buktikan bahawa Barisan Nasional mempunyai rekod di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikenali sebagai Registrar of Society.
2.Gabungan 13 komponen Barisan Nasional tidak pernah ditubuhkan secara rasmi dan Barisan Nasional juga tidak mempunyai perlembagaan sendiri?
3.Mengapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta – mengunakan perkataan Barisan Nasional yang tidak diwujudkan secara sah dan mengikut perundangan di Malaysia?
4. Adakah ini bermaksud, Barisan Nasional juga merupakan pertubuhan yang haram dan penggunaan perkataan Barisan Nasional wajib diharamkan?
5.Bukankah penubuhan Barisan Nasional juga merupakan serpihan – serpihan 13 komponen
walaupun hanya UMNO yang dilahirkan di Istana?
Tambanan pula, kami ingin memperingatkan Pemuda Umno khususnya, Nur Saidi Nayan bahawa dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat telah bertanding dengan namanya sendiri yang sah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).
Manakala, Barisan Nasional, sebaliknya dalam pilihanraya 2008 dan sebelumnya, telah bertanding atas nama Barisan Nasional yang tidak ditubuhkan secara sah mengikut perundangan. Yang ditubuhkan secara rasmi ialah UMNO, MIC, MCA dan komponen – komponen lain dan bukannya Barisan Nasional.
Bukankah UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional perlu bertanding dengan menggunakan nama pertubuhan mereka yang sah? Bukankah mereka perlu bertanding mengunakan logo masing – masing? Mengapa mereka menggunakan perkataan Barisan Nasional dan logo Barisan Nasional yang tidak sah di sisi undang – undang?
Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah.

Adakah ini bermaksud Barisan Nasional sedang mentadbir negara kita melalui perlantikan dan pemilihan yang tidak sah?
Kami, menyeru Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu sebelum membahaskan sesuatu perkara. Ini menunjukkan identiti dan pendirian yang bercanggah dengan sejarah dan persefahaman di Malaysia. Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara.
Sekian.
Yang Benar,
Manivanan Gowin
Pro-Term President of CYM

KENALI CALON BN BUKIT GANTANG.....

Umno/BN menggunakan poster 'Mohon Restu Rakyat' dalam kempen PRK Bukit Gantang kali ini.Ungkapan begitu sangat menarik perhatian sesiapa sahaja.

Ada poster Najib dengan kalimah tersebut; orang ramai mudah faham perlunya Najib memohon restu rakyat supaya di terima sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Najib punyai rekod yang amat buruk.Najib dikaitkan dengan skandal rasuah yang berat-berat sewaktu menjawat Menteri Pertahanan.Dia juga didakwa terlibat dengan pembunuhan model Altantuya.Sehingga kini Najib tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa dia 'bersih'.
Lantaran itu, Najib mengambil kesempatan untuk merayu dan memohon restu rakyat dalam kempen Bukit Gantang ini supaya, walau macam mana jahat dan buruk kelakuaknnya itu, terimalah dia sebagai PM Malaysia.

Ada pula poster siZambry dengan kalimah yang sama- Mohon Restu Rakyat! Ini lagi satu pelesit yang cuba mengambil kesempatan untuk merayu agar rakyat Perak menerimanya sebagai Menteri Besar Perak!
Ah! rupa-rupanya dia sedar yang rakyat Perak rejek dia sebagai MB yang sah dan dia terpaksa menagih pengiktirafan sebagai MB melalui kempen PRK Bukit Gantang! Haram tetap haram!
Apa benarkah Calon yang akan bertanding ini, memohon restu rakyat di Bukit Gantang kerana dia mempunyai rekod salah laku yang terlalu parah sewaktu berkhidmat hampir 10tahun sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung?

Khabarnya lagi, dia telah diarahkan supaya bersara lebih awal kerana rekod buruk yang teramat sangat sewaktu disitu.
Antaranya :

Perasuah Tegar
* Sepanjang dia menjawat jawatan Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender Majlis Perbandaran M*nj*ng hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa dia menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan Majlis Perbandaran Manjung beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil.

"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

* Beberapa kakitangan wanita Majlis Perbandaran Manjung seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung tetapi hanya dia sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

* Dia seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

Salahguna Kuasa

* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung kerana menggunakan kenderaan Majlis Perbandaran Manjung untuk parti (UMNO).

* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi Majlis Perbandaran Manjung di Sitiawan yang didiaminya diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

Demi kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah dia dalam Siri Ke-2..!

Kalau kita memberikan undi kita kepada mereka, bermakna kita merestui salah laku dan kemungkaran yang telah mereka lakukan selama ini.Tunjukan ketegasan kita yang menentang kezaliman dan rasuah dengan mengundi Nizar, calon Pakatan Rakyat dengan memangkah lambang PAS



Gaya kempen BN dan UMNO...Menjatuhkan Moral...
Duduk di depan tu, Menteri UMNO yang jaga agama.
Selamba aje dia...

Majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.
Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.
"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. "(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. "Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya. (malaysiakini)
Dicatat oleh ar_rawa

2) Yang Benar….!!!!

Hari ini, riuh rendah plak UMNO mendakwa ada surat layang memburukkan kempen BN di Bukit Gantang. Maka sekoyong-koyong la pemimpin UMNO dan BN mengutuk perbuatan ini. Antara surat layang yang dikhabarkan kepada media adalah sabotaj program oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T.Murugiah. Tan Sri Mahyuddin Yasin menghebahkan bahawa ada individu yang meletakkan program cabutan bertuah ketika program Timbalan Menteri tersebut sedangkan cabutan bertuah itu tiada. BN mengutuk keras perbuatan yang tidak bermoral ini. Beliau berkata masyarakat tidak boleh menerima isi mana-mana surat layang.

Jawapan :
Baru hari ini BN nak kutuk perbuatan penyebaran surat layang yang sudah pasti sebagai alasan terdesak yang dicari BN untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan permainan politik kotor mereka. Apakah mereka tidak sedar perbuatan mereka yang mempercayai surat layang yang dihebahkan mereka berhubung kenyataan seorang EXCO Kedah menghina Tuanku Sultan? Maka, pencacai-pencacai bangsa ini menyerang Wisma Darul Aman memohon agar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak menyiasat dan memecat EXCO yang tidak diketahui. Apabila ditanya, siapa EXCO berkenaan itu, jawapan mereka “ adalah, adalah ”. Kadang-kadang merasakan cakap dengan orang gila,sudah tentu tak akan mengaku kegilaan mereka apatah lagi mereka sedang gila talak apabila tewas di tangan rakyat. Hari ini baru mereka sedar bahawa surat layang tidak boleh dipercayai. Adakah rakyat akan percaya ????!!! 7 April 2009, ramai-ramai kita buktikan dan kita aka tambahkan sakit gila BN dengan undi PR dan jatuh dan kuburkan UMNO-BN.

Wednesday, April 1, 2009



1)Yang Benar........!!!

Penipuan MB Kudeta BN, Dr Zambry
" Calon Pas Bukit Gantang Rampas Mikrofon Masjid Simpang dan Ambil Alih Program BN "
" Calon Pas gunakan Masjid untuk Kempen "

Perkara sebenar???Baca Tulisan YB Nizar yang diambil dari blog beliau..........

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya.

Pohon sembah derkaha!Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbandaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama.

Pimpinan UMNO berada disaf pertama.Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion).

Saya mengelak bagi memelihara suasana.Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".

Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

SAH!!!!MB Kudeta BN gila talak...Cetak dan sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia......




UMNO Pemusnah Agama Islam.Hangpa Tak Percaya !!!!!Baca Surat Dari Setiausaha UMNO Sendiri dibawah ini.....................................

Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.

Tuan-Tuan,

GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA.

Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.

Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.

Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.

3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.

Sekian, terima kasih.
Hormat dari saya,

SAMAN BIN HAJI AHMAD
Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.
s.k.
YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.

KEHANGATAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL
Pertama sekali, ingin ku memohon jutaan kemaafan kepada teman-teman apabila sangat-sangat tidak berkesempatan menaik tarafkan blog kesayangan ku ini. Manakan tidak, masa cukup mencemburui ku dalam kehidupan seharian. apatah lagi sekarang ini, kehangatan berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang untuk mempertahankan amanah rakyat dari dirampas dari Parti Pembunuh Demokrasi iaitu BN. 29 Mac lepas, aku berkesempatan mengikuti perarakan calon keADILan di Bukit Selambau. Signal dari rakyat menjelaskan keinginan rakyat untuk membuat 1 lagi kejutan buat BN-Umno. Kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi oleh Pemerintah Zalim lagi. Buat kalian teman-teman, teruskan berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada rakyat dalam menjatuhkan pemerintahan yang zalim-Reformasi !!!

Sunday, February 8, 2009

Konspirasi Nizar-Anwar
oleh: MSK
Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.
Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.

Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.
Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.
Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.
Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.
Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.
Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.
Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.
Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.


Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.
Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?
Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?
Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?
Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”
Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”
Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.
Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.
MASIHKAH RAKYAT PERCAYA TEMBELANG PIMPINAN DAN MEDIA UMNO-BN?

Kenapa kecoh bila pimpinan Pakatan pakai Toyota Camry sedangkan pemimpin BN pakai Rolls-Royce, Diamler, BMW dan Mercedes ???- Yb Saifuddin Nasution.

Di kala mereka kecoh dan bising pasal penggunaan kereta Toyota Camry oleh pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin BN di negeri yang mereka kuasai menggunakan kereta rasmi mewah dan mahal. Demikian pendedahan Pengarah Strategik KeADILan, YB Saifuddin Nasution.
Menurut Yb Saifuddin, maklumat yang diterimanya menunjukkan pemimpin-pemimpin BN terutamanya di Sarawak dan Terengganu menggunakan kereta yang sangat mewah yang jarang mampu dimiliki oleh rakyat biasa.
“Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud mempunyai beberapa buah Rolls-Royce manakala dua timbalan menteri di negeri itu menggunakan BMW 7 series. Selain itu ada menteri di negeri itu menggunakan Diamler”, kata Yb Saifuddin.
Harga pasaran sebuah Rolls-Royce dianggarkan paling kurang RM1.5 juta sebuah, manakala BMW 7 series menjangkau RM700,000 sebuah. Manakala Diamler dalam lingkungan RM 1 juta bergantung kepada model.
“ Di Sarawak juga, lima pegawai kanan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan Setiausaha Kewangan menggunakan Mercedes Kompressor. Model yang sam juga digunakan oleh Exco-exco kerajaan di Terengganu,” ujar beliau lagi.
“ Jadi apa salahnya jika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak memutuskan untuk membeli Toyota Camry yang jauh lebih murah untuk kegunaan exco-exconya?” tanya Yb Saifuddin.
Harga pasaran Toyota Camry ialah RM140,000 hinggan RM170,000. Menurut Yb Saifuddin, sementara kerajaan Pakatan Rakyat telah pun menjelaskan pembelian Toyota Camry kerana ia lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol dan penyelenggaraan, BN perlu menjelaskan kepada rakyat alas an pembelian Rolls-Royce, Diamler, Mercedes Kompressor dan BMW untuk kegunaan pegawai dan exco-exconya
“ BN perlu memberi penjelasn kepada rakyat alas an pembelian kereta-kereta mewah ini kerana ia melibatkan pembaziran jutaan wang rakyat,” tambahnya.

-Sumber Suara KeADILan (4-11 Februari 2009)

PERMAINAN POLITIK JIJIK DAN HINA BN DAN NAJIB RAZAK.

Seluruh rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya kembali menyaksikan permainan kotor, jijik dan hina dalam merebut kuasa di negeri Perak. BN-UMNO yang terkenal dengan sedemikian rupa telah membelakangkan hak rakyat dan perlembagaan untuk berkuasa kembali di Perak. Sudahlah dimalukan oleh rakyat pada 8 mac 2008, kemudian di Permatang Pauh da mutakhir di Kuala Terengganu, BN-UMNO masih dilihat lupa semua ini. Mereka bukan cuba untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka akan tetapi meranapkan sedikit sebanyak kepercayaan yang masih diberikan oleh seorang dua orang yang dangkal politik Malaysia. Bahkan kemasukan 2 orang ADUN pencacai PKR ke BN-UMNO yang masih bergelumang dengan tuduhan rasuah wang dan juga rasuah “ betina ” akan mengikis keyakinan seluruh dunia kepada pemimpin yang bakal menjawat jawatan no 1 Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Abd Razak. Tun Dr Mahathir juga meluahkan rasa kekecewaannya apabila BN menerima kemasukan pencacai ke dalam BN. Mereka ini bukan sahaja mengkhianati undi rakyat bahkan menghina institusi Raja Perak. Seperti umum ketahui, selepas kemenangan PR di Perak, 2 orang ini juga yang menimbulkan pelbagai masalah antaranya keinginan pengkhianat Jamaludin Radzi yang begitu kebulur untuk memegang jawatan MB. Sehinggakan Sultan Perak memanggil semua ADUN PR dan mentanda tangani satu perakuan untuk taat setia kepada kerajaan PR dan jangan ada yang keluar dari PR kerana akan menimbulkan masalah kepada kerajaan. Hari ini, jelas lagi terang mereka lah yang mengingkari arahan DYMM Sultan Perak. Media elektronik dan cetak terus menyerang YAB Dato’ Seri Muhammad Nizar menuduh beliau yang menghina dan derhaka kepada Sultan. Lupakah kita apa yang berlaku di Terengganu dan Perlis selepas PRU-12??? Hari ini UMNO-BN cuba menjadi hero yang tidak ada maruah menyatakan mereka la yang mempertahankan institusi Raja berpelembagaan di Malaysia dan Perak.

Penulis cukup pelik kemanakah “ kemaluan ” najib merancang konspirasi meranapkan hak rakyat. Ini kah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6? Cukup tidak bermaruah dan tidak berakhlak. Dengan pendedahan demi pendedahan masalah rasuah, kronisme dan sehinggakan tuduhan pembunuhan Altantuya, Najib sudah lari jauh dari landasan seorang manusia yang berakhlak dan berjiwa rakyat. Dengan wajah yang tidk tahu malu mengumukan memperolehi majoriti mudah memerintah Perak. Padahal, keputusan Speaker untuk mengosongkan 2 kerusi DUN masih dalam peringkat mahkamah. Apakah sudah tersangat kebulur untuk memerintah sehinggakan tidak sempat untuk menunggu keputusan mahkamah atas 2 kes yang membelengu pengkhianat bangsa dan umat ini?

Di saat ini, apa yang harus kita buat adalah terus bersatu dan bersama menumbangkan hantu-hantu dan toyol-toyol gila kuasa. Bukan lgi mengeluarkan kenyataan yang akan mengguriskan hati sahabat kita. Seperti pesanan Dato’ Haji Mahfuz, jangan ada di kalangan ahli PAS yang berkata " inilah perangai orang keADILan ". "orang keADILan tak leh dipercayai ". Jangan sesekali kata macam tu. Adakah kita tahu dan lupa pemimpin PAS juga pernah lari dan masuk BN? Dato’ Nakahaie dulunya pimpinan PAS lari masuk BN. Adakah hendak kata PAS pun tidak boleh dipercayai? Yang salah mereka yang lari, menjadi pencacai, tali barut memusnahkan harapan rakyat kepada mereka sahaja bukannya kepada parti. Parti tetap parti dengan wadah dan perjuangan membela rakyat dan menegakkan Islam. Ketahuilah mereka lari keluar adalah takdir dan pertolongan dari Allah untuk bersihkan jamaah kita dari mereka yang gilakan kuasa dan tamakkan dunia. Sepatutnya kita bersyukur Allah mengeluarkan mereka ini dari jamaah kita.

Semalam umat Islam bermunajat dan mendirikan solat hajat agar Allah memberi pertolongan untuk mengekalkan kuasa kerajaan yang ingin menegakkan agama Allah di Perak. Ada yang berkata kepada penulis “ dah banyak kali kita solat hajat dan munajat ”. jawab penulis, “ bagi Allah segala-galanya mudah. Akan tetapi ketahuilah dihujungnya pasti ada hikmah yang tidak tersimpul oleh fikiran manusia. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah suka mendengar rintihan dan doa dari hamba-hambanya. Bagi Allah, bila disebut “ Kun”, maka jadilah. ”. Bahkan penulis sendiri pun telah menitis airmata bila fikirkan ini adalah mahar perjuangan yang harus di bayar untuk mengakkan Islam dan terkenangkan situsi politik Perak. Terkadang kita di atas, tetapi dijatuhkan dengan perbuatan yang lebih dahsyat dari yahudi. Bagi penulis yang masih lemah dalam semua ini, membayangkan bagaimana perasaan Dato’ Seri Muhammad Nizar dalam menghadapi situasi genting ini. Penulis yang berkesempatan makan tengahari bersama beliau ketika kempen pilihanraya Kuala Terengganu mengenali beliau seorang yang lemah lembut, penyayang dan berkasih saying. Cara beliau duduk, makan, bersembang cukup menyentuh hati penulis dan mengangap beliau adalah bapa yang mithali. Hari ini, kerakusan pemimpin yang gilakan kuasa melaksanakan agenda yang cukup keji.

Sahabat-sahabatku seluruh dunia, ketika umat Islam Palestin berhadapan Israel dan Zionis, kta di Malaysia juga berhadapan pemimpin yang hampir menyerupai perangai yahudi laknatullah. Rampasan kuasa di Perak boleh disamakan dengan kejadian dan cubaan memusnahkan penduduk dan umat palestin oleh kerajaan Yahudi Laknatullah. Teruskanlah berdoa dan bermunajat untuk Allah membantu hamba-hambanya dalam menegakkan agamaNya. Jangan sesekali berhenti merintih, berdoa, bermunajat untuk kembalikan kuasa rakyat di Perak dan dibukakan hati DYMM Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak.

TERUSKAN BERDOA, BERMUNAJAT, MERINTIH MEMOHON ALLAH MEMBUKA HATI DYMM SULTAN UNTUK MEMBUBARKAN DUN DAN MENGEMBALIKAN KUASA PEMILIHAN DI TANGAN RAKYAT….DAN POHONLAH AGAR ALLAH MUSNAHKAN BN DAN KERAJAANNYA..

ALLAHUAKBAR 3X!!!!!!

Thursday, February 5, 2009

‘TRAGEDI HITAM RAMPASAN KUASA DI PERAK…’
Feb 6th, 2009 | By Webmaster | Category: Isi II
Oleh : Mohd Ezli Mashut (LL.B (Hons) UIAM

Laman Blog : www.ezli007.blogspot.com / email :ezli007.blogspot.com /

No Tel : 017-6543974

‘Rampasan kuasa oleh UMNO/Barisan Nasional di Perak Darul Ridzuan merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi di Malaysia. Ia umpama merobek kuasa rakyat dengan melalui taktik kuasa wang, ancaman dan ugutan. Apa yang berlaku tidak ubah sepertimana tindakan Kerajaan Zionist Israel yang tidak menghormati pilihan rakyat Palestin apabila memilih HAMAS sebagai kuasa pentadbir …’

‘Dalam PRU-12 DUN Perak, Pakatan Rakyat mendapat 442,660 undi dan BN 399,565 undi (berdasarkan undi polular). Ini menunjukkan 43,095 lebih undi daripada BN. Menafikan pilihanraya baru adalah satu ketidakadilan’….

Situasi politik di Perak semakin meruncing dan rumit. Kejutan politik yang berlaku kini akan menjadi lipatan sejarah hitam tragedi demokrasi kuasa rakyat di Perak Darul Ridzuan. Detik itu juga akan dikenang sebagai hari ‘Kejatuhan Kerajaan Rakyat Perak ‘ ataupun ‘The Fall Of Perak People Kingdom’ kerana saat itu kuasa wang menjadi raja di sana. Taktik kotor dan jijik itu seumpama tindakan Zionist Israel yang tidak mengiktiraf Kerajaan Hamas yang menjadi pilihan rakyat Palestin untuk mentadbir wilayah tersebut.

Tindakan tidak bermaruah ini iaitu penculikan politik, ancam dan ugut juga sebenarnya telah merampas kuasa pilihan rakyat yang telah membuat pilihan sewaktu 08hb Mac 2008. Kuasa yang sah pilihan rakyat ini juga sewajarnya dipelihara dan dihormati oleh semua pihak khususnya kepada ahli-ahli DUN yang telah diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab.

Sebenarnya rampasan kuasa rakyat ini hanya memberi persepsi dan gambaran jelas keadaan UMNO/BN sudah berada di penghujung kuasa dan pengaruh atau ‘The End Of BN Era’. Jika benar UMNO/BN masih mendapat sokongan rakyat, kepimpinan mereka tidak perlu gentar untuk berhadapan dalam PRU-13 atau pembubaran DUN. Rampasan kuasa ini juga menjadi bukti UMNO/BN sanggup ‘by hook or by crook’ melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa tanpa mempedulikan kuasa pilihan rakyat Perak yang telah menobatkan Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Pada asasnya kini tindakan UMNO/BN merampas kuasa melalui tindakannya hanya akan menyebabkan kerajaan yang dibina bertunjangkan asas-asas yang cukup lemah. Dijangkakan usia kerajaan rampasan kuasa ini hanya akan berkuasa dalam tempoh yang pendek dan penuh pergolakkan. Strategi yang telah dilaksanakan juga akan menjadi asas terbaik untuk Pakatan Rakyat membuka pintu Putrajaya yang dijangka berlaku pada sidang Parlimen bermula 16hb Februari 2009.

Mengikut pemerhatian kita pertukaran kuasa melalui tindakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kabinetnya yang mengikut kehendak lunas-lunas Perlembagaan Malaysia diyakini bakal berlaku antara minggu keempat dan kelima iaitu antara 09hb Mac 2009 sehingga 19hb Mac 2009 ini. Tarikh tersebut amat sesuai untuk pertukaran kuasa kerana saat itu juga UMNO sedang bergelut di saat akhirnya jawatan-jawatan tertinggi yang akan menjadi faktor berpecahnya perpaduan UMNO secara total.

Tempoh 11 bulan Perak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat walaupun satu waktu yang begitu singkat boleh diumpamakan sebagaimana pemerintahan Khalifah Agung Umar Abdul Aziz. Walaupun tempoh pemerintahan Umar Abdul Aziz hanya 2 setengah tahun, era tersebut dikenang sebagai kemuncak tempoh paling gemilang tamadun Islam. Usia pemerintahan yang singkat bukan menjadi faktor penghalang untuk melaksanakan usaha perubahan dan reformatif. 11 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan terus dikenang oleh rakyat Perak generasi akan datang sebagai era tempoh paling gemilang dalam erti kuasa rakyat kuasa keramat.

Rampasan kuasa oleh UMNO/BN ini boleh diibaratkan sepertimana taktik yang digunakan oleh pihak Zionist Israel dalam menghadapi tentangan daripada pimpinan Hamas di Palestin. Kita melihat gaya dan taktik ala-Mossad ini mula menyerap dalam taktik UMNO/BN di Malaysia. Ketika seluruh dunia mengutuk tindakan kejam serangan Zionist Israel kepada rakyat Palestin. Rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang meniru-niru gaya dan taktik pihak yang kejam dan zalim itu.

Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan perlu dipertahankan. Kita melihat tokoh-tokoh pahlawan negeri Perak selama ini yang menjadi pejuang pembebasan menentang penjajah dahulu kini semangatnya kembali memugar. Ketika saat penjajah datang dahulu tokoh-tokoh pejuang seperti Dato Maharajalela, Tok Sagor dan para ulama menunjukkan semangat mempertahankan tanahair dan agama daripada dirobek oleh para penjajah. Tetapi hari ini walaupun penjajah sudah lama diusir tetapi pemikiran dan tindakan UMNO/BN tidak ubah seperti penjajah yang datang ke Perak untuk merampas hak kuasa rakyat melalui rampasan kuasa.Kini pejuang-pejuang yang mempertahankan kuasa rakyat akan menjadi benteng kepada kedaulatan Perak Darul Ridzuan.

Memetik satu catatan bersejarah negeri Perak :

Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat di dalam Hikayat Misa Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair “Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya” sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.

Gambaran sejarah di atas menceritakan saat kegemilangan Negeri Perak pada ketika itu. Mungkin gambaran di atas juga akan tercatat dalam sejarah Perak di mana tahun antara Mac 2008 sehingga Feb 2009 akan dikenang sebagai zaman kegemilangan Perak di mana dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti dan karektor yang tersendiri. Namun episod bersejarah kebangkitan rakyat negeri Perak dalam mempertahankan Kerajaan Rakyat Perak baru sahaja bermula.

Rampasan kuasa terbaru oleh UMNO/BN ini dilihat akan menjadi titik tolak kepada penolakkan rakyat Perak Darul Ridzuan secara total dalam PRU-13. Apabila kuasa rakyat sudah diinjak-injak oleh penguasa korup ini maka letusan kebangkitan rakyat akan diterjemahkan dengan penolakkan secara total terhadap tindakan yang tidak berpelembagaan dan menolak majoriti pilihan rakyat. Ini adalah episod baru perjuangan rakyat yang akan berterusan bermula detik hari ini. Setelah 11 bulan mandat rakyat dinobat, hari ini menjadi saksi mandat itu dirampas dengan rakusnya oleh UMNO/BN.

Berikut adalah beberapa komen menarik yang dipetik dalam laman Facebook Mohammad Nizar Jamaluddin yang menjadi bukti sokongan tidak berbelah-bagi rakyat Perak dan Malaysia.

Nor Sahidah Bt Hamid wrote at 10:12pm

Tidak pernah sekali pun pemimpin tertinggi BN yang berjiwa seperti dato sri. Sanggup memberi kuliah subuh di setiap masjid. memberi tazkirah di surau-surau jabatan kerajaan.Semua dilakukan tanpa sambutan carpet,kompang dan imbuhan. Boleh menjadi imam dengan wirid yang panjang. Talkin kan jenazah, memberi khutbah tanpa teks. Anak2 yang berjaya dunia…

Mohd Shahrir wrote at 10:14pm

Mereka (BN) tewas kepada nafsu dan ketamakan untuk merampas kuasa..kebencian yang meluap dikalangan seluruh rakyat akan akan terbayar juga Insya Allah…Dato’ Seri terus bersabar. Demi Allah dan Rasul, kebatilan tidak pernah kekal. Allah bersama-sama orang yang sabar

Dheva Naveendran Appavoo wrote at 9:43pm

dato seri, i’ve always regarded you as a very good leader and at this point of time where we are facing this diemma, you can be well assured that all the RAKYAT is in support of you and our prayers will always be there for you and the entire PAKATAN RAKYAT.

Mohd Ezli Mashut wrote at 11:56pm

Rampasan kuasa ini akan menjadi detik kebangkitan rakyat untuk terus mengangkat martabat Pakatan Rakyat di Malaysia. Tragedi ini umpama tindakan Zionist Israel yang menzalimi Hamas di Palestin…Ayuh bangkit rakyat pertahan Kerajaan Rakyat Perak…

Sehingga artikel ini ditulis komen-komen sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin terus diterima daripada seluruh pelusuk negeri dan dunia. Ini menjadi bukti bahawa sokongan rakyat semakin meningkat. Intelek rakyat pada hari ini tidak boleh dipermain-mainkan lagi oleh putaran media yang bias dan mengampu.

Rampasan kuasa ini tidak akan berakhir sehingga rakyat kembali bersuara dan menunjukkan kuasa keramatnya. Kita yakin di akhir episod kemelut politik di Perak ini akan lahir hero-hero rakyat yang akan terus mempertahankan kuasa keramat rakyat.

Akhirnya, rampasan kuasa ini akan terus dikutuk sepanjang generasi akan datang. Buku-buku sejarah akan mencatatkan peristiwa hitam ini sebagai detik matinya kuasa rakyat. Namun sejarah perjuangan ini masih bermula. Anda yang sedang membaca ini adalah bakal-bakal hero dan pejuang yang akan menghiasi buku-buku sejarah akan datang jika menjadi benteng pertahanan terakhir mempertahankan kuasa Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan. Ayuh..rakyat Malaysia semua kita bangkit pertahan perjuangan kita daripada tindakan dayus dan zalim ini.

Monday, January 26, 2009

Mesej jelas dari Rakyat Kuala Terengganu dan seluruh Negara.
Kemenangan PAS di dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 memberi isyarat jelas kepimpinan Pak Lah dan pengantinya, Dato’ Najib bakal berakhir dan terkubur di persada politik Malaysia. Pembangunan yang dijanjikan hanyalah retorik yang tidak berkesudahan dinoktahkan oleh pengundi dengan menolak calon BN, Dato’ Wan Farid sekaligus memilih calon PAS yang lebih mesra rakyat, Mohd Abd Wahid bin Endut. Calon BN yang terpaksa ‘ dibersihkan ’ imejnya yang elitis oleh setiap pimpinan yang datng berkempen untuk BN. Namun dalam kegairahan berkempen, UMNO dan BN masih sombong dengan rakyat. Dengan biliboard memaparkan gambar pimpinan BN pusat dan negeri berlatar belakangkan langit tertulis “ dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat ”. rakyat melihat ini petanda golongan ini golongan bangsawan. Manakan tidak berlatarbelakangkan langit seolah-olah baru turun dari kayangan. Namun itu lah alamat atau ptanda sikap pemimpin BN yang jelas. Hanya turun bertemu rakyat bila pilihanraya. Berbeza pimpinan PAS yang sentiasa dekat di hati rakyat marhean dan semua lapisan. Aku yang ditugaskan bersam skuad “ Kontinjen PAS Kedah ” bagi kawasan Pokok Sena dan Langkawi ditempatkan di Markaz UPU Losong Dato’ Amar, DUN Wakaf Mempelam berdekatan dengan Muzium Negeri. Di sini aku letakkan beberapa keping gambar sebagai kenangan kemenangan PAS dan rakyat Kuala Terengganu menjatuhkan kesombongan BN dan pimpinannya.

berdoa menadah tangan memohon keredhaan Allah sebelum bertolak ke Kuala Terengganu.

Taklimat dan ucapan semangat dari YAB Dato' Seri MB Kedah.


Bertugas di UPU Losong Dato' Amar, DUN Wakaf Mempelam.

Bersama Al-Fadhil Ustaz Zainal Asri di hadapan Rumah Kontinjen Kedah

menadah tangan berdoa agar diberikan kekuatan setiap pagi sebelum keluar menjalankan tugas.






Tuesday, January 20, 2009


PERUBAHAN SENTIASA BERLAKU WALAUPUN DIKALANGAN MAHASISWA...HIDUP ISLAM!!!!
SEMUA PENDOKONG GERAKAN DAN PERJUANGAN ISLAM DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN.
YA ALLAH AKU MUSNAHKAN LAH GOLONGAN YAHUDI DAN PEMBANTU MEREKA!!!!!
Akhbar Berita Harian hari ini menyiarkan satu artikel yang bertajuk " pendita yahudi membenarkan ( halahlkan ) pembunuhan dilakukan dikalangan wanita dan kanak-kanak Palestin ". Dan pada artikel yang berbeza menyiarkan satu lagi kisah yang menyayat hati yang diceritakan oleh doktor-doktor dari mesir " bagaimana kanak-kanak palestin dijadikan sasaran tembakan di kepala oleh tentera yahudi laknatullah ".Tidak pelik lah perkara-perkara ini terjadi di kalangan yahudi kerana mereka sendiri telah mengangap bangsa selain dari yahudi adalah binatang yang harus dihapuskan dari muka bumi ini. Namun yang semakin pelik adalah umat Islam dan bangsa lain sanggup bersekongkol dan membantu bangsa yahudi dalam pelbagai perkara. Cukup hina mereka ini kerana sanggup bersama sekalipun yahudi menganggap mereka ini macam binatang. Apakah perasaan anda apabila ada yang menyamakan anda dengan binatang???adakah anda sanggup lagi nak berkerjasama dengan mereka.???jawapannya cukup mudah...dan semua anda tahu jawapannya...
Sudah tentu sekali anda tidak mahu bersekongkol dengan mereka ini...kan???bohonglah kalau anda menyatakan " tak per la "....kita akan bersama sekalipun dihina...manusia gila pun tidak sanggup dihina apatah lagi dianggap binatang....!!!
namun apakan yang telah meracuni pemikiran mereka ini hinggakan menjadi dungu dengan keadaan sebegini???
Tepuklah dada dan tenyalah iman anda dan mereka ini.
Kadang-kadang aku merasa sangat pelik dengan fenomena ini...kalau yang menyokong yahudi dan kelompok pembantunya adalah yang jahil tentang agama, bolehlah kita katakan teruk. namun kalau yang berserban dan ada title haji di depan nama, apatah lagi yang menuntut ilmu agama, bergelar ustaz,ustazah....apa yang kita nak labelkan mereka ini???sangat teruk??terlalu teruk???terserahlah kepada anda.
Apa yang boleh kita lakukan adalah terus-terusan berdoa kepada Allah agar membuka hati mereka dan jikalau Allah tidak mahu membukakan hati mereka kita berdoa agar Allah memusnahkan yahudi dan penolong-penolongnya.Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, January 19, 2009

TAHNIAH KEMENANGAN PAS P036 KUALA TERENGGANU....
Rakyat sudah membuat keputusan menghumban UMNO BN ke kancah yang semakin melarat dalam era politik di Malaysia sekarang...kekalahan yang menjelma buat kali ke dua selepas permatang pauh memberi isyarat jelas bahawa kepimpinan Dato' Seri Abdullah dan Dato' Seri Najib sudah tidak relevan.peningkatan undi majoriti ke tahap melebihi 2000 mengambarkan betapa meluatnya rakyat terhadap politik ugut, rasuah dan sogokan yang sudah tidak keruan di dalam UMNO lagi. rakyat sudah membuka mata, membina pemikiran baru, membuang mentaliti lama untuk memberi undi kepada Mohd Abdul Wahid Bin Endut menjadi wakil rakyat mereka seterusnya membawa suara rakyat Kuala Terengganu ke Dewan Rakyat. PAS sudah berjaya menambah lagi satu kerusi dari 22 ke 23 sekaligus mengurangkan kerusi BN di sana....aku yang ditugaskan bersama JPN Negeri Kedah berada di sana selama seminggu bersama kontinjen Pas Pokok Sena di UPU Losong Dato Amar. Alhamdulillah...
tempat yang menjadi kubu kuat UMNO berjaya kita robohkan dan kita bina baru kubu PAS. ketika GAZA dihujani peluru Israel menghentam sana, kita turut berjuang membawa Islam ke hadapan di Malaysia.....
TAHNIAH BUAT PENGUNDI KUALA TERENGGANU YANG MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK DAN MATANG....DAN UCAPAN TAHNIAH BUAT MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT KERANA BERJAYA MEMENANGI PILIHANRAYA KECIL P036 KUALA TERENGGANU.SEMOGA YB BARU DAPAT MEMBERI KHIDMAT YANG TERBAIK....
TAKBIR 3X !!!!!

Wednesday, January 7, 2009

SEDARLAH WAHAI SEKELIAN PEROKOK
Artikal ini ditujukan khusus kepada perokok-perokok yang beragama islam . Adakah mereka sedar bahawa mereka juga terlibat secara tidak langsung di dalam memberikan dana kepada israel untuk menyerang palestin ?

Syarikat-syarikat rokok seperti Benson , Dunhill dan Peter Stuyvesant dimiliki oleh barat. Walaupun syarikat ini bukan dimiliki oleh orang Yahudi tetapi pemiliknya membayar cukai kepada kerajaan Amerika yang mana setiap tahun akan ada peruntukan dana khas untuk diberi kepada negara haram israel. Dana ini diperolehi daripada cukai yang dibayar oleh rakyat serta syarikat-syarikat korporat Amerika termasuklah syarikat-syarikat rokok tadi.

Jadi jika kita berdemo atau memboikot barang Amerika serta berhajat untuk menjadi mujahidin di Gaza tetapi puting rokok tidak pernah lekang dimulut segala usaha ini akan sia - sia belaka dan memang golongan perokok tidak berguna langsung.

Monday, January 5, 2009

Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu berakhir, 3 calon serah borang

January 6, 2009
KUALA TERENGGANU: Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu telah pun berakhir pada pukul 10 pagi tadi menyaksikan tiga calon telah menyerahkan borang penamaan mereka untuk bertanding.

Tiga calon tersebut adalah daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Pada masa ini, sesi bantahan terhadap calon-calon sedang berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi tadi
.
Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.
Azharuddin, 56, merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengurus pilihan raya kecil, Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.

Beberapa minit selepas pengumuman itu, Wan Ahmad Farid diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid pula memasuki pusat penamaan calon diiringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.
Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Seorang lagi calon bebas yang semalam mengesahkan untuk bertanding, Isma Airfath Hassanuddin bagaimanapun tidak hadir pada proses penamaan calon tersebut.

Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang.
Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan ’survival masa depan’ yang paling sengit.
Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.
Wan Ahmad Farid berkata: “Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan.”

Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.
“Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini),” katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.
Sebelum ini, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin.
Pertandingan pada kali ini dijangka empat penjuru termasuk Harun.
Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati, para penyokong sudah mula berkumpul untuk bergerak menuju ke Staduium Negeri - tempat berlangsungnya penamaan calon.
Stadium Negeri terletak bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon.
Kata beliau, berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.

Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.

Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.
Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.
Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan membenarkan kira-kira 150 orang pemimpin dan penyokong bagi setiap parti dan calon yang bertanding memasuki kawasan dalam Stadium Negeri.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berada di luar pusat penamaan calon.
Kata beliau lagi, sebaik sahaja sesi bantahan berakhir, pihaknya kan mengumumkan status calon yang bertanding, dijangka antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Cuaca pada pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan
MENJELANG PILIHANRAYA KECIL P036 KUALA TERENGGANU.
Kurang lagi 2 minggu rakyat di ibu negeri Terengganu Darul Iman akan membuang undi untuk memilih ahli parlimen yang baru menggantikan Dato' Razali ismail, mantan timbalan Menteri Pelajaran yang meninggal dunia. BN meletakkan Dato' Wan Farid sebagai calon yang dianggap oleh Tun Dr Mahathir sebagai calon yang tidak layak dan buruk. Manakala PAS meletakkan Mohd Wahid Endut sebagai calon pilihan kepada rakyat Kuala Terengganu. Beliau yang juga ADUN wakaf mempelam selamai 5 penggal tidak dapat dinafikan jasanya kepada rakyat kuala terengganu. Apa-apa pun semuanya terletak ditangan pengundi kuala terengganu seramai 80.000 lebih untuk memilih ahli parlimen yang berwibawa. Bukan memilih ahli parlimen yang sesudah menang akan mangautkan keuntungan untuk dirinya dan ahli keluarga termasuk kroni.

UNDILAH PAS....TAKBIR...ALLAHU AKBAR 3X