Sunday, April 17, 2011

GERAKAN HIMPUNAN BERSIH KE-2 : KENAPA PERLU ?

Semenjak himpunan bersih pada hujung tahun 2007 berjaya menghimpunkan lebih dari 100 ribu rakyat dalam menuntut Pilihanraya yang bersih, kita dapat melihat lonjakan semangat rakyat begitu tinggi untuk melihat proses pilihanraya di Malaysia benar-benar bersih. Sekalipun pada pilihanraya kali ke-12 masih berlaku beberapa perkara-perkara yang boleh dipertikaikan kesahihan keputusan tersebut, namun keputusan yang telah dibuat oleh rakyat menunjukkan memang benar rakyat mahukan suatu perubahan dari bawah hingga ke tahap yang tinggi. Dengan tumbangnya beberapa negeri yang selama ini menjadi kebanggaan UMNO-BN membuktikan kemahuan rakyat yang ingin melihat Malaysia dan negeri-negeri di bawahnya diperintah oleh mereka yang layak. Keberhasilan menganjurkan Himpunan Bersih kali pertama sudah terbukti di persada politik Malaysia pada kali ini.
Mungkin ada yang tidak pernah terlintas dalam fikiran, betapa berjayanya penganjuran Himpunan Bersih sekalipun para hadirin dihidangkan dengan gas pemedih mata, air asid dan sebagainya. Namun semua itu tidak pernah dikesalkan malah bertambah kuat dan kukuh semangat reformasi di Malaysia.

Selepas berakhirnya pilihanraya umum ke-12, berlakulah beberapa pilihanraya kecil yang cukup mengejutkan Negara kerana begitu banyak PRK selepas PRU-12. Bermula dengan pilihanray kecil permatang pauh sehinggalah kepada pilihanraya kecil merlimau dan kerdau yang diadakan sererntak. Tidak kurang dari 10 PRK yang diadakan selepas PRU-12. Di awal sesudah kemenangan PRU-12, rakyat dapat melihat PR sebagai sebuah gabungan yang mampu membela rakyat. Ini terbukti dengan kemampuan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak (walaupun hanya sempat memerintah 11 bulan), Selangor. Kelantan, usahlah dikira kerana sudah 20 tahun kerajaan negeri menunjukkan kemampuan memerintah sekalipun di anak tirikan oleh kerajaan pusat. Ini menyebabkan majority pengundian ke arah PR semakin hari meningkat. Malah PR Berjaya menguasai beberapa kerusi pada pilihanraya kecil yang sebelum ini, usahkan bermimpi, berangan pun jangan untuk memenangi pilihanraya kecil. UMNO-BN menggunakan segala jentera yang mereka punya untuk memenangi sesuatu pilihanraya kecil.

Namun, apabila PR Berjaya menguasai beberapa negeri, dan juga menguasai beberapa kali pilihanraya kecil, kita dilihat seolah-olah berpuas hati dengan semua ini. Kita dan menang, bermakna proses pilihanraya sudah bersih. Benarkah begitu? SPR sudah adil? Benarkah 4 perkara yang menjadi tuntutan Bersih sudah dilaksanakan? Jawapannya, 1 pun belum dilaksanakan. Tetapi kenapa kita semua berasa puas hati? Makanya, PR harus menggerakkan kembali himpunan bersih kali kedua. Dengan jumlah yang mesti lebih besar dari sebelum ini. Untuk apa? Untuk menunjukkan kepada Kerajaan, jangan main-main dengan rakyat. Kami mahukan tuntutan kami dilaksanakan.

Gerakan Himpunan Bersih kali ini harus dimulai dari sekarang. Jangan lengah-lengahkan lagi.

No comments: