Friday, August 14, 2009





Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum Kali Ke IX.
Hari ini adalah hari yang cukup mengembirakan aku dan keluarga. Hari ini adalah hari Konvokesyen pengajian aku di Kolej Islam Darul Ulum. Konvo kali ini diadakan di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Jalan Sungai Petani. Seramai 23 orng graduan yang berjaya menamatkan pengajian di KIDU menerima Diploma Syariah dan Pengajian Islam. Walaupun aku hanya dianggap sebagai menumpang di sini, selama 3 bulan sahaja aku bergelar mahasiswa KIDU, konvokesyen ini cukup memberikan aku satu makna yang besar. Maka bermulalah fasa yang seterusnya dalam aku mengamalkan apa yang di pelajari di sini setelah 3 tahun aku bertungkus lumus di Syria. 24 Ogos, aku akan berlepas ke Indonesia dalam rangka menyambung pengajian aku di sana. Aku ingin ucapkan jutaan terima kasih buat ibu bapa aku, tok dan tok wan, keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan aku dan senantiasa tidak jemu memberikan semangat. Buat teman-teman dan rakan taulan yang sentiasa bersama dalam kejayaan aku di sini. Terima kasih banyak-banyak daun keladi.

No comments: