Monday, August 10, 2009


KEHIDUPAN AKU………………………………….
Aku baru pulang dari Kem Anak Soleh ( KASIH09 ) yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak, Hulu Langat dari 7 – 9 Ogos 2009. Aku bersama 4 orang sahabat lagi yang merupakan lepasan Syria ditugaskan sebagai moderator dengan kumpulan kami dinamakan SAHAM Group. Keletihan badan masih lagi terasa. Tambahan pulak, kerajaan Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan agar rakyat Malaysia tidak ikut apa jua program yang melibatkan kehadiran yang ramai dibimbangi berjangkitnya penyakit yang sedang mengganas di Malaysia dan seluruh dunia iaitu H1N1. Namun aku yakin, Allah S.W.T melindungi penganjuran kem ini dari penyakit tersebut.
Dalam KASIH09, aku mengisi slot kegemaran aku. Slot Jana Minda. Aku hanya sempat conduct 2 slot sahaja berkaitan Jana Minda. Rescue 911 dan Tengkolok Merdeka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dan aku mengharap apa yang dipersembahkan dalam slot aku dapat mengubah kehidupan peserta ke arah yang lebih baik. Niat aku hanya ingin melihat para peserta mempunyai daya fikiran yang luas dan cepat membuat keputusan yang penting seterusnya menghormati orang terutama ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua dari mereka. Memberi tumpuan ketika belajar dan sebagainya.
Setelah kesekian kalinya aku bersama group ni, aku telah membuat keputusan yang payah untuk menelannya. Namun, jika ini yang terbaik untuk diriku dan group ni, aku sanggup asalkan semuanya sentiasa dalam keadaan baik-baik ajer. Lagipun aku mempunyai komitmen yang tersendiri. Tempoh 2 minggu lagi,aku akan berlepas ke Indonesia untuk kesinambungan pengajian aku disana. Sudah tentu akan menyukarkan group ini jika aku masih sebagai ahli. Maka, dengan keluarnya aku buat sementara waktu dari group ni, tak perlu lagi ahli lain menunggu aku untuk apa jua penganjuran kem-kem selepas ni. Bukan bermaksud aku tidak sayangkan group ni sehinggakan aku sanggup mengambil keputusan ini. Aku mengharapkan orang yang berada disekeliling aku memahami keadaan aku. Dan sentiasa mendoakan kejayaan aku dalam kesinambungan menuntut ilmu. Bagiku, aku ingin melihat group ini terus bergerak dalam landasannya ke arah yang sentiasa terbaik. Dan jika aku masih diperlukan lagi, aku sentiasa mempunyai masa untuk kebaikan group ini. Cuma untuk tempoh yang tertentu, niat dan tekad aku hanyalah untuk meneruskan kesinambungan ilmu aku di luar Negara dan aku sudah memasang impian untuk melanjutkan pengajian di peringkat M.A di Eropah. Semoga impian dan cita-cita aku tercapai.


Minggu lepas,seminggu aku sibuk dengan tugasan sebagai Urusetia Pameran di Festival Kedah Sejahtera. Berulang alik dari Alor Setar ke Sungai Petani setiap hari cukup membuatkan aku keletihan yang teramat. Mana tidaknya,pukul 8 pagi dah terpacak di tapak Festuval, pukul 2 pagi baru sampai rumah. Cukup membuatkan badan aku tercabar. Namun aku bersyukur, sekurang-kurangnya ini bantuan aku untuk mempertahankan kerajaan Kedah dan seterusnya membantu mempromosi Kompleks Pengajian Muassasah Darul Ulum.Alfatihah buat Al-Marhum Ust Fadzil Nor.

No comments: