Sunday, July 6, 2008


SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAH KU YANG TERSAYANG.

Semalam, bertarikh 2 Julai 2008, adalah tarikh keramat bagiku setiap tahun kerana ini adalah tarikh sambutan ulang tahun kelahiran orang yang paling banyak berjasa untuk aku. Abah aku yang tersayang, Hj Ahmad Jamaludin Bin Md Said yang dilahirkan pada 2 Julai 1960. Semalam genaplah umur abah aku 48 tahun. Abah aku yang bertugas di MARDI Bukit Tangga, Kedah Darul Aman menjadi inspirasiku untuk berjaya dalam hidup seharian. Abah tabah menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang dari hari kehari. Pengorbanan abah sangat berharga buatku. Abah tak pernah merungut akan keletihan dengan kerja-kerja harian abah. Walaupun abah dah berjawatan pegawai yang agak tinggi, setiap minggu ke Kuala Lumpur bermesyuarat, menaiki kapal terbang kelas Bussines, tapi abah tetap mengusahakan sawah padi kepunyaan tokwan dan yang abah beli sendiri. Abah cakap semua ni, abah buat untuk kemudahan anak-anak abah melanjutkan pengajian. Apatah lagi aku berda di luar negara. Memerlukan duit yang banyak. Abah berpendidikan bahagian pertanian. Abah pernah cakap, abah tak nak anak-anak abah tak tahu berkaitan agama. Sebab tu kami dari kecil lagi dihantar bersekolah di sekolah agama. Semua adik beradik aku bersekolah rendah di sekolah yang sama, Sekolah Rendah Islam Alor Star ( yang dulu dikenali Sekolah Rendah Islam ABIM ). Cuma bila masuk menengah, abah bagi kelonggaran memilih sekolah. Tapi dengan syarat, sekolah agama jugak. Aku mendaftarkan diriku di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum ( SMIDU ), adik aku yang pertama di Maahad Mahmud Alor Star. Cuma adik kedua je masih di sekolah rendah. Tahun ni habis la adik aku sorang tu. Semalam bersempena sambutan kelahiran abah aku, abah aku memberikan hadiah yang cukup berharga bagiku. Abah menghadiahkanku tiket kapal terbang untuk balik malaysia. Mak pernah cakap, abah nak bagi satu kejutan kat aku. Dan inilah kejutannya. Sepatutnya, aku yang memberikan hadiah kepada abah, ni tak, terbalik plak. Apa-apa pun, aku harap kejayaan dalam pengajian Diploma Bahasa Arab aku menjadi hadiah yang membanggakan abah. Apa tak nya, hanya sekadar Jayyid Jiddan ajer yang mampu aku perolehi setelah penat berusaha. Aku doakan abah terus dirahmati Allah, dimurahkan rezeki yang berlimpah kali ganda, diberi kesihatan yang baik, dan dilapangkan masa.SELAMAT HARI LAHIR KE 48 BUAT ABAH KU YANG TERSAYANG-dari anakmu di perantauan, Syria, Bumi Anbiya’

No comments: