Wednesday, May 22, 2013

Sudah selesai PRU-13.Umum semua mengetahui keputusannya. Ada yang gembira, ada yang berduka lara, ada yang bertambah semangat, ada yang jatuh semangat. Tak kurang yang jatuh sakit akibat gembira menang dan sudah pasti ada yang hampir rebah apabila diumumkan kalah. Itu belum masuk bab menangis sehingga tidak berlagu disaat pengumuman beliau kalah. Aduhai….Bagi aku, sebulan juga bersama calon dari komponen Pakatan Rakyat iaitu calon PAS N09 Bukit Lada membantu turun menyelami permasalahan rakyat selain mengambil peluang dan saat yang baik untuk berkempen. Maklumlah, untuk mempertahankan sesebuah kerajaan itu adalah sangat payah berbanding menyerang untuk merampas sebuah kerajaan Namun segalanya sudah ditakdirkan, DUN yang dijaga oleh aku dan rakan-rakan ditawan kembali oleh pihak sinun. Ya, mungkin ada kekurangan dari kelemahan kami tetapi tidak dinafikan permasalahan wang sangat membebankan dan menyebelkan sesetengah jiwa pengundi. Aku, sebulan diberi perlepasan khas untuk membantu di dalam PRU kali ini. Selesai pengumuman, aku kembali sebagai rutin harian aku selaku Pegawai di Kolej Islam Darul Ulum. Pelik, kenapa hari ini rasa nak menulis kembali di damai-kampungku. Mungkin ada suatu semangat yang mendorong aku untuk menulis hari ini..Cukup banyak yang berlaku sepanjang penyepian aku dari dunia penulisan ini…Cukup setakat ini..Nanti sambunng lain…Sebab la ni aku di pejabat..Hari khamis adalah hari program usrah kakitangan Kolej Islam Darul Ulum

No comments: