Friday, May 8, 2009

APABILA PARTI PEMERINTAH TAKUT KEPADA BAYANG-BAYANG.
SPR hari ini mengumumkan keputusan tarikh pilihanraya kecil DUN Penanti Pulau Pinang. Pilihanraya kecil kali ini dilaksanakan berikutan perletakkan jawatan oleh ADUN Penanti, YB Muhammad Fairuz yang juga TKM 1 Pulau Pinang. Pelbagai spekulasi yang timbul berikutan kelewatan pengumuman oleh SPR. Bahkan timbul desas-desus yang tidak keruan. Antaranya muncul desas-desus bahawa BN-UMNO yang merupakan parti pemerintah persekutuan tidak mahu meletakkan calon di PRK kali ini. Ini adalah antara ucapan Presiden UMNO. Akan tetapi, ramai pimpinan UMNO mahukan BN meletakkan calon. Juga disebut bahawa pilihanraya menyebabkan pembaziran wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menghadapi situasi kegawatan ekonomi global yang melanda Malaysia. Bagi pihak Pakatan Rakyat sangat mengalu-alukan keputusan BN untuk tidak meletakkan calonnya. Situasi sekarang yang menyebabkan PR berasa yakin kemenangan akan menyebelahi perjuangan rakyat yang didokong oleh PR. Sesudah kemenangan 4 -1 dalam PRK setakat ini membuatkan BN bagaikan menikus takut berhadapan rakyat.

SPR telah membuat keputusan penamaan calon pada 23 Mei 2009 dan hari pembuangan undi pada 31 Mei 2009. Namun di sebalik semua ini, SPR juga membuat beberapa undang-undang yang dilihat menafikan sistem demokrasi dalam Malaysia. Parti politik tidak dibenarkan mendirikan bangsal panas dan merayu undi pada hari pembuangan undi. Undang-undang yang dilihat memihak kepada BN. Maklum tahu, BN cukup takut apabila rakyat berubah fikiran di saat-saat akhir sebelum memasuki kawasan pembuangan undi. Disebabkan kesungguhan perayu undi PR yang gigih berkempen di saat-saat akhir. Berbeza dengan perayu undi BN yang hanya mampu bertahan hingga jam 12 tengahari. Sebelum itu, juga ada aura-ura untuk menghadkan jumlah penyokong ketika penamaan calon, hari pengundian dan ketika pengumuman keputusan. Undang-undang rimba yang menyekat kebebasan rakyat untuk menyokong mana-mana parti politik dalam Malaysia. SPR dilihat dalam keadaan terdesak untuk berhadapan dengan rakyat dan dalam keadaan tertekan untuk membantu kemenangan BN.

BN dalam keadaan cukup dilemma. Mereka takut berhadapan dengan rakyat yang pasti membawa kekalahan buat kali ke-5 sekaligus menjatuhkan air muka dan moral di mata rakyat. Akan tetapi, jika tidak meletakkan calon, tercipta 1 sejarah baru Malaysia, parti pemerintah takut berhadapan dengan rakyat dan juga sekaligus menjatuhkan moral mereka. Pengalaman berhadapan dengan situasi ketika berpuluh ribu rakyat bersama mengiringi calon PR di dua PRK terbaru membuatkan mereka tidak tidur lena sehinggakan undang-undang yang tidak relevan terpaksa di adakan. Bermatlamatkan untuk memastikan kemenangan menyebelahi BN walau apa cara sekalipun tanpa mereka sedari setiap perbuatan dan perkara yang mereka lakukan menambahkan kebencian rakyat dan keinginan rakyat menumbangkan kerajaan BN memuncak. Krisis yang berlaku di Perak adalah punca yang membuatkan rakyat begitu marah dengan BN. Apabila demokrasi dicabuli hanya semata-mata memastikan kekuasaan terus di genggaman pemerintah kuku besi di dalam Malaysia. PR harus sentiasa bersiap siaga berhadapan dengan pelbagai serangan dari pelbagai sudut untuk merosakkan sokongan rakyat kepada kepimpinan PR. Inilah masa serangan maut untuk menumbangkan kerajaan BN dan dalam masa yang memperkukuhkan hubungan di kalangan pimpinan PR.

No comments: