Thursday, October 9, 2008

Kullu 'Am Wa Antum Bi Khair-Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kali ni, aku beraya di Malaysia, Tanah Air yang tercinta. Bersama-sama keluarga yang tercinta lagi dirindui. Rasa puas sangat-sangat selepas 2 tahun berkelana di Bumi Syam, Syria yang aku sedang tempuhi perjalanan yang manis dan pahit untuk bergelar seorang yang berpelajaran. Sebelum aku lupa, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kullu 'Am Wan Antum Bi Khair kepada semua yang mengenali diri ini. Terutama sahabat-sahabat pimpinan dan ahli Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS). Jutaan kemaafan aku pohon andai diri ini ada melakukan kesalahan yang mengguris hati, perasaan dan sebagainya. Minta maaflah sebab lama tak update blog ini. Bukan malas, tetapi banyak sangat tugasan sepanjang balik Malaysia ini. Apatah lagi menguruskan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Ulama' Kedah bersama YAB Dato' Seri MB Kedah. Tapi, sesibuk mana pun, aku sempat pergi beraya ke rumah ' Seseorang' yang cukup istimewa buat diri ku. Sapa orang tu?? itu adalah rahsia aku. Hehe...Jangan marah. Kepada teman-teman, jemputlah datang beraya di teratak buruk aku di Hutan Kampung, Alor Star Kedah. Telefon dulu kalau nak mai tau.....Kepada semua Ahli KKDS, jangan lupa, MAT hari sabtu ni, 11 Oktober 2008. Undi ahli yang mampu membawa kesejahteraan pada semua. Bukan kepada segelintir kawan-kawannya sahaja. Masa depan KKDS terletak di Tangan Anda. Buatlah Pilihan Yang Terbaik.

2 comments:

hakim dirani said...

nak tau sapa seseorang tu. haha

selamat hari raya.

ahli kampung said...

Nak tau ke sapa orang tu????tunggu dan lihat yer...
Lagipun tertulis kat situ " Rahsia Aku ".so, faham-fahamlah kalau dah rahsia sesorang tu. jangan korek rahsia orang.tak baik...hehehehe...