Wednesday, October 29, 2008





KUALA LUMPUR YANG PENUH PANCAROBA
Aku pulang tahun ni ke Malaysia, tanah air aku yang tercinta. Tanah tumpah kelahiran aku yang sangat aku rindui selepas 2 tahun aku tidak pulang. Walaupun diriku yang lahir di utara Malaysia, Kedah yang sekarang ni diberi gelaran KEDAH SEJAHTERA di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR). Namun umum kenali, negeri Kedah merupakan salah satu negeri yang terletak di dalam peta Malaysia. Alhamdulillah, sampai hari ini aku rasa sangat tenang berada di Kedah. Bukan hanya kerana negeri kelahiran aku namun kerana pemerintahan yang baru menguasai Kedah. Pernah ditanya kepada Dato’ Seri Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Bin Abd Razak, kenapa memilih tema Kedah Sejahtera? Jawapannya mudah sahaja. Apa guna di beri nama Kedah Darul Aman sedangkan rakyatnya tidak sejahtera. Setakat aman sahaja tidak memadai bahkan perlu kepada kesejahteraan. Namun, di sebalik aku berada di Kedah, aku menjejakkan kaki ke ibu kota Kuala Lumpur yang terkenal pesat membangun di seluruh dunia. Keberadaan aku di sana antaranya adalah mengikuti persidangan parlimen Malaysia. Aku berada di sana selama 3 hari 2 malam. Walaupun diriku kurang menyenangi kepesatan Kuala Lumpur, namun apa yang aku boleh buat apabila diminta untuk membuat laporan persidangan parlimen. Terpaksa aku pergi jua. Walaupun rasa gembira menyertai persidangan dewan rakyat namun di sebaliknya, gelora di hati cukup tak tertanggung dengan kesibukan Kuala Lumpur. Tinggal di rumah sahabat dari Universiti Malaya yang banyak membantu, Saudara Mohd Khairul Naim Bin Che’ Nordin yang aku kenali semasa beliau menuntut ilmu bahasa arab di Syria. Selain mengikuti persidangan parlimen, sempat jua aku menziarahi teman-teman yang aku kenali di Syria termasuk seorang pensyarah Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, Dr Faisal Bin Ahmad Shah yang sudi menjamu makan malam di kediamannya. Aku juga dapat bertemu sahabat sekampung yang bertugas sebagai anggota polis di Dang Wangi. Tahniah aku ucapkan kepada beliau dan aku mendoakan agar dapat menjalankan tugas mengikut yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. apa yang nak aku ceritakan di sini betapa gawatnya maksiat yang berleluasa di Kuala Lumpur. Aku sempat meninjau beberapa kawasan hitam di sana. Premis pelacuran bergerak bebas. Di Lorong Hj Taib, Petaling Street, dan Jalan Tun Sambathan berkeliaran pelacur. Di Petaling Street, tanpa segan silu jualan VCD Lucah dijual secara bebas. Apakah tidakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menangani semua ini? Itu tidak dibahaskan ‘gadis kuaci’ yang menunggu di tepi-tepi tiang bagunan yang menawarkan perkhidmatan yang terkutuk itu dengan harga RM 30 satu sesi. Bahkan ada seorang anggota polis, sahabat aku memaklumkan kepada aku bahawa setiap kali membuat serbuan, tempat-tempat sebegini bagaikan tiada. Makluman yang dia terima, ada anggota dalam membocori rahsia. Jikalau apa yang dikhabarkan oleh sahabat aku ini betul, ini adalah musibah yang cukup besar melanda Malaysia. Cukuplah sekadar ini untuk aku ceritakan berkaitan pancaroba Kuala Lumpur. Bukan semua rakyatnya begitu, bahkan ramai yang alim ulama berasa di sana. Cuma apa yang nak aku katakan kepada pimpinan, kalau masih mengganggap Malaysia negara Islam, siasatlah dan bersihkan ibu kota dari semua ini. Semoga kita berada dalam naungan Allah S.W.T.

No comments: