Wednesday, May 28, 2008

Sindrom Malas Menguasai Pemikiran Dan Kehidupanku...
Rasanya dah berbulan aku abaikan blog kesayanganku ni..Entah kenapa rasa malas sangat-sangat nak update blog yang sedamai kampungku..Walaupun boleh dikatakan aku masuk CC ari-ari..Tapi tak terdetik lansung untuk menulis dalam blog ni lagi. Bukan tak cemburu tengok blog kawan-kawan yang sentiasa ada berita-berita dan perkhabaran baru dari tuan punya blog tu. Tu la, mungkin sahabat-sahabat aku ada masa dan ada keinginan untuk itu, tapi aku rasa aku tak banyak masa. Pening memikirkan jawatan dan tugas aku sebagai Setiausaha Agung Keluarga Anak Kedah Syria ( KKDS ) sesi ni. Banyak masa aku habis dengan perkara-perkara ni. Mana nak ngaji lagi. Tapi tu la, banyak sahabat-sahabat yang membantu aku. Dalam banyak perkara pulak tu. Bersyukur sangat-sangat. La ni, aku berterima kasih kat Timbalan aku, Ustazah Hazirah Binti Abd Kadir yang banyak bantu aku dalam menyelesaikan kerja berkaitan Jabatan Setiausaha (JSU) KKDS. Tapi aku pun difahamkan dia jugak sibuk dengan kerja-kerja dia. Kesian gak kat dia bila difikirkan balik. La ni, yang dah habis exam, hanya pelajar-pelajar ta’hili jer. Mana nak urus berkaitan Pendaftaran ahli KKDS lagi. Tapi alhamdulillah, Unit Pendaftaran pun dah selesai exam, jadi dah boleh bergerak. Maklumat ahli pun tak masuk lagi dalam data. Unit Maklumat Ahli sedang exam..tak nak ganggu la. Macam tu gak Unit Tugas-tugas Khas, juga dalam fatrah imtihan. Tak leh kacau la.. Apa-apa pun, pertua yang diberi, tarik nafas dalam-dalam, minum air perlahan-lahan, insya Allah ok.Sekarang ni mungkin semangat untuk lebih tumpu kepada blog ini kembali balik. Mungkin juga disebabkan semangat kemenangan Parti Islam kembali menguasai aku. Jadi,mau tak mau, aku kena buang jauh-jauh sindrom malas ni bak kata Prof Dr Haron Din, " kita kena bekerja keras menjaga kemenangan ini ". Maka tidak dapat tidak sindrom malas ni mesti la dihapuskan tak kira la pada apa-apa pekerjaan pun asalkan tidak melanggar syara'. Kan????

No comments: