Monday, July 13, 2009

Pengalaman Yang Memberikan Keistimewaan
Saja aku menulis entry macam ni. Mungkin sebagai mengisi masa luang aku yang hanya kadang-kadang muncul. Bukan tidak mahu pedulikan blog kesayangan aku ni. Tapi masa cukup terbatas. Sejurus aku meletak jawatan sebagai Setiausaha Kerja, aku terlibat dalam program-program motivasi. Bersama sahabat, 4 orang kesemuanya, kami menubuhkan 1 kumpulan pengisian program. Bernaung dengan sebuah syarikat di Kuala Lumpur, kami memcipta modul untuk program-program anjuran syarikat ini. Ini yang kadang-kadang membuatkan aku bertambah sibuk. Aku yang baru saja menamatkan pengajian di KIDU. Dan sekarang ini sedang menunggu hari bersejarah untuk Konvokesyen. Alhamdulillah, tarikh yang tunggu-tunggu akan tiba. Selepas dimaklumkan oleh pentadbiran KIDU hari ini. Namun, di saat menunggu tarikh tersebut, aku tetap dengan kerjaya aku dalam menguruskan program motivasi yang akan berlangsung pada 7-9 ogos 2009. Banyak benda perlu persiapan lagi. Aku semakin sibuk. Pada waktu yang sama, aku dalam urusan untuk menyambung pengajian ke Indonesia. Mungkin ke IAIN Raden Fatah, Palembang. Permohonan kemasukan ke sana telah pun dihantar oleh seorang ustaz. Sekarang hanya menunggu pengesahan penerimaan. Bila dah dapat pengesahan, aku akan bergegas membuat visa dan menempah tiket kapal terbang. Mungkin keluarga aku akan menemani aku ke sana. Waktu yang sama gak, aku bersiap sedia untuk berkampung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani dari 22-28 Julai ni. Aku dilantik sebagai petugas tetap untuk khemah pameran SMIDU dan KIDU pada Festival Kedah Sejahtera. Seminggu aku akan berulang alik dari Alor Setar ke Sungai Petani. Motor kesayangan aku sekali lagi akan memberikan khidmat terbaiknya. Aku mendoakan dia tak buat kelaku. Pergi pukul 6.30 pagi, balik malam. Waktu yang sama gak, kumpulan aku akan mendapat 1 lagi projek motivasi. Tapi tempat belum pasti. Mungkin di Langkawi, mungkin di Kelantan, dan mungkin di Selangor lagi. Apa-apa pun, harapan aku dan sahabat-sahabat akan cuba laksanakan amanah yang diberikan dengan jayanya. Doakanlah.

No comments: